Selfish? Atau Aku Cuma Diam Menjaga Diri

Selfish? Atau Aku Cuma Diam Menjaga Diri

Selfish? Atau Aku Cuma Diam Menjaga Diri

#JMBELOG | Monolog Jiwa | Di Balik Nombor Giliran

“Selfish? Maksud selfish? Benarkah aku selfish?”

Aku bukan selfish… aku cuma tak nak susahkan orang lain.

Kadang-kadang, diam aku disalah tafsir. Jauh aku dianggap dingin. Menarik diri, dikata pentingkan diri.

Padahal… aku hanya sedang belajar, untuk tidak menjadi beban dalam hidup sesiapa.

Kadang-kadang aku sakit… aku diam. Kadang-kadang aku sakit… aku pergi hospital sendiri.

Bukan sebab aku kuat… tapi sebab aku dah terbiasa.

Terbiasa simpan rasa, terbiasa jalan sendiri, terbiasa urus sakit tanpa ditemani.

Dalam sunyi ruang menunggu, aku duduk sendiri… pegang nombor giliran, dan senyum pada dunia seolah-olah aku baik-baik saja.

Padahal dalam hati… ada bahagian kecil yang berharap— ada seseorang yang bertanya, “kau okay tak?”

Tapi aku pendam. Sebab aku tak nak ganggu sesiapa, tak nak buat orang risau, tak nak jadi beban dalam hidup mereka.

Jadi aku pilih untuk diam… walaupun diam itu kadang-kadang menyakitkan.

Kalau itu yang orang nampak sebagai “selfish”… mungkin mereka tak pernah tahu betapa penatnya aku cuba kuat tanpa menyusahkan sesiapa.

Aku bukan tak peduli, aku cuma terlalu peduli sampai aku pilih untuk menghilang seketika.

Kerana bagi aku… menjauh itu bukan bermaksud mengabaikan, tapi memberi ruang— agar tiada siapa yang terbeban dengan rasa aku.

Dan kalau menjaga diri sendiri itu salah di mata mereka, biarlah…

Sebab aku tahu, aku cuma sedang belajar untuk bertahan dalam diam, tanpa melukai sesiapa— termasuk diri sendiri.



Penulis- Copyright - 2016 © #JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan