Antara Rindu, Cinta & Jiwa Yang Belajar Melepaskan

Antara Rindu, Cinta & Jiwa Yang Belajar Melepaskan

Antara Rindu, Cinta & Jiwa Yang Belajar Melepaskan

Tidak peduli bekas pelukan siapa. Tidak peduli setulus mana masa lalunya. Tidak peduli seberapa lama dia pernah dimiliki oleh kenangan yang lain. Yang penting… hari ini, dia hadir dalam hidupku.

Namun, hidup mengajar perlahan. Bahawa memiliki tidak selalu bermaksud kekal. Bahawa yang singgah… tidak semestinya menetap.

“Bila teringat, itulah rindu. Bila menangis kerananya, itulah sayang. Bila mendoakan tanpa memiliki, itulah cinta.”

Kadang kita fikir kita sedang mencintai seseorang… Rupanya kita sedang belajar melepaskan diri sendiri.

Dunia ini bukan tentang siapa melawan kita. Hakikatnya… kita sedang melawan diri sendiri.

“When you understand that the whole world is a mirror of your nervous system, you will realize… it’s you battling you.”

Semakin dewasa, semakin kita faham… yang berat itu bukan kehilangan. Tetapi istiqamah dalam perkara yang sederhana— seperti menjaga solat tepat pada waktunya.

Kita sering mencari yang besar, sedangkan Allah memperbaiki hidup kita melalui perkara kecil yang kita jaga dengan ikhlas.

“Padahal kamu hanya memperbaiki solatmu, tapi Allah memperbaiki seluruh hidupmu.”

Dan dalam dunia yang penuh penilaian ini… ada satu kebebasan yang jarang kita sedar:

“There is so much freedom in taking nothing personal.”

Biarlah orang menilai. Biarlah orang pergi. Biarlah orang tidak memahami.

Kerana akhirnya… yang kekal bukan siapa yang datang, tetapi siapa yang tetap beradab.

“Akhlaq dan adab adalah sebahagian daripada agama. Bukan sekadar ibadah, tetapi bagaimana kita memperlakukan manusia.”

Bukan semua yang datang itu untuk tinggal. Ada yang hadir hanya untuk mengajar.

Dan bukan semua ketulusan itu salah… cuma kadang ia diberikan pada tempat yang tidak sepatutnya.

“Bukan kamu yang jahat, tapi tulusku yang salah tempat.”

Akhirnya kita belajar— bahawa hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan pandangan orang.

Dan terlalu berharga… untuk tidak menjadi insan yang memberi manfaat.

“Jika kamu ingin bahagia selamanya, bantulah orang lain.”

Kerana pada akhirnya… yang akan dikenang bukan harta, bukan status— tetapi bagaimana kita memperlakukan manusia lain.

“I am not impressed by money or status, but by how someone treats others.”

Dan mungkin… inilah tujuan sebenar kita bersinar.

“Don’t shine so that others can see you. Shine so that through you… others can see Him.”

UPGRADE KESEDARAN DIRI : Episod 1 ~ 13 - 9:00 malam (18 April 2026 ~ 30 April 2026)


Penulis- Copyright - 2016 © #JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan