Tak Perlu Sempurna Untuk Mula Menulis
Tak perlu menunggu diri menjadi “pandai menulis” untuk mula berkongsi rasa. Kadang-kadang, sebuah tulisan lahir bukan daripada ilmu yang tinggi… tetapi daripada hati yang pernah singgah membaca sesuatu, lalu perlahan-lahan berkata:
Dan dari cubaan kecil itu, lahirlah ayat demi ayat. Lahir keberanian untuk bersuara. Lahir ruang untuk hati bernafas.
Menulis bukan tentang siapa paling hebat menyusun kata. Tetapi tentang siapa yang berani jujur dengan rasa.
Kerana ada tulisan yang tidak sempurna bahasanya, namun sangat sempurna menyentuh jiwa manusia.
Kadang-kadang, tulisan paling sederhana itulah yang menemani seseorang ketika mereka sedang penat dengan hidup. Hanya beberapa baris ayat, tetapi cukup membuat hati yang sunyi terasa difahami.
Jadi, kalau hari ini kau masih ragu-ragu untuk mula menulis… mulakan saja. Tidak perlu sempurna. Tidak perlu hebat. Kerana setiap penulis juga pernah bermula dengan satu ayat yang sederhana.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”