Bila Yang Bersungguh Dipandang Biasa
Ditulis oleh #JMBELOG |
Kadang-kadang aku jadi ralat.
Yang mudah berkomunikasi dalam pekerjaan tiba-tiba berhenti. Yang leaving post semasa kerja boleh masuk semula. Yang kena tangkap tidur berbukti masih kekal.
Dan aku hanya mampu memandang semua itu dengan hati yang diam. Diam yang bukan kerana setuju, tapi diam sebab terlalu banyak perkara dalam hidup yang tak mampu kita ubah walaupun kita faham.
Mungkin benar… inilah lumrah kehidupan. Tidak semua yang bersungguh akan dihargai. Tidak semua yang jujur akan dipandang tinggi. Dan tidak semua yang bertahan akan difahami.
“Kadang-kadang hidup bukan tentang siapa paling sempurna, tapi siapa yang masih mampu bertahan walaupun sering dipandang biasa.”
Aku sedar… aku bukan orang yang pandai. Tak banyak ilmu pengetahuan. Tak banyak keterampilan. Tak sebagus orang lain.
Tapi In Syaa Allah, aku cuba berkongsi apa yang aku tahu tentang pekerjaan. Bukan sebab rasa diri hebat. Tapi sebab aku tahu bagaimana rasanya berada di tempat orang yang sedang mencari jawapan.
Kadang-kadang pengalaman lebih mengajar daripada pujian. Dan kadang-kadang luka lebih banyak memberi kefahaman daripada kata-kata manis manusia.
Tentang status aku pula… tiada sebut nama sesiapa. Tiada niat untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Sekadar tulisan biasa dari hati yang sedang memerhati kehidupan.
Tapi kalau ada yang terasa… mungkin hati sendiri lebih tahu apa yang cuba disembunyikan.
Aku cuma menulis. Selebihnya, biarlah manusia menilai dengan cara mereka sendiri.
“Tak semua yang diam itu lemah. Kadang-kadang dia cuma penat menjelaskan dirinya kepada manusia yang sudah memilih untuk tidak memahami.”