Andai ini yang terakhir…
aku minta maaf atas segalanya.
Maaf… kalau aku pernah hadir tak kena waktu.
Maaf… kalau aku pernah buat kau rasa terbeban dengan rasa aku.
Aku tak pernah niat untuk menyakiti…
cuma aku manusia.
Yang kadang terlalu jujur bila sayang.
Kalau aku pergi… halalkan segalanya.
Segala tawa, air mata, dan kenangan yang pernah kita simpan diam-diam.
Aku cuma mahu kau tahu —
aku pernah ikhlas.
Pernah sayang.
Dan pernah berharap…
walau akhirnya aku harus undur tanpa dipanggil semula.
Andai ini yang terakhir…
terima kasih…
kerana pernah buat aku percaya,
bahawa rasa itu pernah wujud… walau cuma sementara.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”