Hantu Langsir, Cerekarama TV3 - 27/12/2014


Hantu Lansir tv3

Sinopsis Hantu Langsir

Sumpahan hantu langsir terjadi kembali di kampung langsir. Ada disebalik cerita kenapa hantu langsir ini terjadi. Kerana mahukan kuasa, so ada komplot mahu jatuhkan ketua kampung yang sudah 35 tahun membangunkan kampung.


Dibintangi oleh harun salim bachik. Liza abdullah, afiq muiz, rahman ( arash mohamad) ahmad tarmimi sinegar ( penerbit bro) dan ramai lagi.


Siapa sebenarnya hantu langsir??


Disebabkan dengan kejadian hantu langsir, menjadikan  kampung langsir dah jadi kacau bilau. Di kacaunya warong, ketua kampung.


Pengajaran cerita ini, sebagai ketua kampung atau pemimpin mesti bertanggungjawab. Jangan fikir pasal untung semata-mata tapi kesan dalam 10-20 tahun akan datang kita tak tahu dalam pembangunan akan datang.


Selain itu ada selit unsur keagamaan, ada juga sebagai seorang lelaki kenalah cari kerja yang stabil. Tapi janganlah si hidung belang. Kaya tu kaya, tapi kerjanya menipu tak guna jugak. Siasat terlebih dahulu.


Apepun, dah kantoi apabila ketua kampung nekad untuk mencari jalan penyelesaian, jika tak selesai dalam masa seminggu... tok ketua kampung (harun salim bachik) mahu letak jawatan.


Apabila malam dalam misi mencari hantu langsir, tok ketua ketakutan dan terpaksa memanggil imam untuk menghalau hantu langsir. Tiba-tiba nampak kaki si hantu langsir pakai kasut jejak tanah, terus si imam terkam hantu tu. Namun gagal, hantu melarikan diri. Tapi hantu punya dompet pulak yang tercicir. Sekali tengok dompet siapa??? Tak sangka si Afiq Muiz yang punya. Rupanya dia jadi orang suruhan rahman kontraktor dalam menjadikan tok ketua meletakkan jawatan supaya mudah untuk dia kaut keuntungan hasil drp pembangunan yang bakal dilaksanakan.


Apepun, dari kejadian itu, rahman dan kulinya (hantu langsir) dihalau dari kampung itu. Last sekali….. tengok sendiri.. adakah hantu langsir benar-benar wujud? - BlogHiburanSemasa

SINOPSIS JANGAN PADAM RINDU

SINOPSIS JANGAN PADAM RINDU
Jangan padam rindu mengisahkan Elina  (Emma Maembong) menyangka Tuan Haji Mizan (Arash Mohd)melamarnya untuk dijadikan isteri. Sudah semestinya dia tidak mahu bersuamikan lelaki tua. Elina tidak mementingkan kebendaan meskipun dia sangat berkenan dengan telefon pintar yang Tuan Haji Mizan hadiahkan kepadanya. Tidak semudah itu Elina jatuh cinta dengan lelaki tua itu. Mujur Elina dan Tuan Haji Mizan tidak pernah bertemu, hanya berkomunikasi melalui aplikasi Whatsapp. Elina lebih rela Tuan Haji Mizan yang bertongkat itu menjadi bapa tirinya. Bagaimanapun, Elina tiada pilihan dan terpaksa akur dengan takdir itu. Tiba hari pertunangan, dia terkejut melihat bakal suaminya.
Arahan : Raja Ahmad Alauddin Raja Mohamed.
Penerbit : Rosyam Nor
Lakonan : Emma Maembong, Keith Foo, dan ramai lagi.
Tayangan : Saluran RTM 2018 / 20 episod
Kredit : HARIAN METRO - 14 Disember 2017 - Rap - m/s 8 & 9

Tonton SYURGA YANG KEDUA[2017] Full Episod

Tonton SYURGA YANG KEDUA[2017] Full Episod 

Tonton SYURGA YANG KEDUA[2017] Full Episod 

Nantikan drama bersiri Syurga Yang Kedua yang diadaptasi daripada sinetron Indonesia. Drama ini diarahkan oleh Zamri Zakaria, terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd. Dibintangi oleh Zarul Husin, Elizad Sharifuddin, Fasha Sandha, Beego, Fazlina Ahmad Daud, dan ramai lagi. Akan ditayangkan di slot Tiara saluran Astro Prima pada bulan Disember nanti.

JUDUL : SYURGA YANG KEDUA 
TARIKH / MASA : Sabtu, 7 Oktober 2017, 9.00 malam  
SIARAN : Slot Tiara (Astro Prima& Maya HD) 
PENGARAH : Zamri Zakaria 
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd 
PELAKON : Zarul Husin, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Nur Qistina Raisah, Doria Rachel Jolly, Beego , Fazlina Ahmad Daud, Dian P Ramlee, Aziza Kazan, Afifah Nasir, Dato Jalaludin Hassan, Fana Azizan

WATAK PELAKON 
Fasha Sandha sebagai Vivy 
Zarul Husin sebagai Daniel
Elizad Sharifuddin sebagai Sabrina

SINOPSIS

Konflik antara anak menantu dan ibu mertua. Daniel dan Sabrina sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Suatu hari ibu Daniel menyuruh Daniel berpoligami dan berkahwin dengan Doktor yang merawat ibunya iaitu Vivy. - KeliMerah


Pasti - Cherpen Band

Lirik Lagu Pasti – Cherpen Band

OST Drama Kekasih Paksa Rela

Tajuk Lagu: Pasti

Penyanyi: Cherpen Band

Kategori: OST Drama Melayu

Drama: Kekasih Paksa Rela

Lirik Lagu Pasti

teringat lagi tentang engkau
menggambarkan kenangan kita waktu dahulu
mana sahaja kau berada
mengharapkan semoga engkau memikirkanku

dimata hilang jangan dihati
meminta akan ada waktu
untuk bertemu
semestinya nanti

engkau kembalikan sentuhan lembutmu lagi
akan juga nanti
angin meniupkan rindu padamu
teringat lagi senyumanmu

begitulah erti sebenarnya ketenangan
walau dimana kau berada
imaginasikan segalanya tentang kita
dimata hilang jangan dihati

meminta akan ada waktu
untuk bertemu
semestinya nanti
engkau kembalikan sentuhan lembutmu lagi

akan juga nanti
angin meniupkan rindu padamu
semestinya nanti
engkau kembalikan sentuhan lembutmu lagi

akan juga nanti
angin meniupkan rindu padamu
semestinya nanti
engkau kembalikan sentuhan lembutmu lagi

Lagu Pasti nyanyian Cherpen Band membawa nuansa rindu dan ketenangan yang begitu dekat dengan hati pendengar. Melodi lembut serta lirik yang menyentuh perasaan menjadikan lagu ini antara OST drama Melayu yang sering diingati.
Kredit lirik: Lirik Lagu Dewi

KEKASIH PAKSA RELA TV3

Drama Kekasih Paksa Rela (TV3)

Drama romantik Slot Akasia TV3 lakonan Remy Ishak dan Intan Najuwa.

Drama Kekasih Paksa Rela

Nantikan drama bersiri Kekasih Paksa Rela yang mengisi Slot Akasia TV3. Drama sebanyak 28 episod ini diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd dan diarahkan oleh Idora Abdul Rahman.

Drama ini menampilkan gandingan pelakon popular seperti Remy Ishak, Intan Najuwa dan Ain Edruce. Ia mula ditayangkan pada 26 Disember 2017 bagi menggantikan drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku.

Info Drama

Judul: Kekasih Paksa Rela

Tarikh Tayangan: 26 Disember 2017

Siaran: Slot Akasia TV3

Skrip: Nieza Nahar

Pengarah: Idora Abdul Rahman

Terbitan: Creative Skill Solution Sdn Bhd

Barisan Pelakon

  • Remy Ishak
  • Intan Najuwa
  • Ain Edruce
  • Afzan Rahman
  • Dayang Areeda
  • Nynaa Harizal
  • Jalaludin Hassan
  • Emeleda Rosemila
  • Fizz Fairuz
  • Aman Graseka
  • Hazman Al-Idrus

Watak Pelakon

Remy Ishak sebagai Adham

Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira

Ain Edruce sebagai Rosnaida

Afzan A. Rahman sebagai Firdhaus

Nynaa Harizal sebagai Nonie

Dayang Areeda sebagai Shiqin

Lagu Tema / OST

Tajuk: Pasti

Artis: Cherpen Band

Sinopsis Kekasih Paksa Rela

Adham dan Rosnaida bernikah selepas tamat pengajian tanpa persetujuan ayah Rosnaida. Adham cuba memperbaiki hubungan antara Rosnaida dan ayahnya, namun usahanya sering gagal disebabkan sikap keras kepala Rosnaida.

Dalam masa yang sama, Hanan Khaira pula hidup bersama ibu dan bapa tirinya selepas kehilangan ayah kandung. Ibunya lebih memberi perhatian kepada suami baharu sehingga Hanan sering terasa tersisih.

Hanan masih belajar di tingkatan enam dan menjalani kehidupan yang penuh cabaran. Takdir menemukan Adham dan Hanan di sebuah hypermarket, lalu pertemuan itu menjadi titik permulaan kepada kisah yang tidak dijangka.

Apakah yang akan berlaku seterusnya antara Adham dan Hanan?

Drama Kekasih Paksa Rela membawa kisah cinta, pengorbanan dan konflik rumah tangga yang sarat dengan emosi. Jalan cerita yang menyentuh hati serta lakonan mantap para pelakon menjadikan drama ini antara drama Akasia yang mendapat perhatian ramai penonton.

Wadah Terkini