SINOPSIS JANGAN PADAM RINDU
Jangan padam rindu mengisahkan Elina (Emma Maembong) menyangka Tuan Haji Mizan (Arash Mohd)melamarnya untuk dijadikan isteri. Sudah semestinya dia tidak mahu bersuamikan lelaki tua. Elina tidak mementingkan kebendaan meskipun dia sangat berkenan dengan telefon pintar yang Tuan Haji Mizan hadiahkan kepadanya. Tidak semudah itu Elina jatuh cinta dengan lelaki tua itu. Mujur Elina dan Tuan Haji Mizan tidak pernah bertemu, hanya berkomunikasi melalui aplikasi Whatsapp. Elina lebih rela Tuan Haji Mizan yang bertongkat itu menjadi bapa tirinya. Bagaimanapun, Elina tiada pilihan dan terpaksa akur dengan takdir itu. Tiba hari pertunangan, dia terkejut melihat bakal suaminya.
Arahan : Raja Ahmad Alauddin Raja Mohamed.
Penerbit : Rosyam Nor
Lakonan : Emma Maembong, Keith Foo, dan ramai lagi.
Tayangan : Saluran RTM 2018 / 20 episod
Kredit : HARIAN METRO - 14 Disember 2017 - Rap - m/s 8 & 9
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”