Drama Kekasih Paksa Rela (TV3)
Drama romantik Slot Akasia TV3 lakonan Remy Ishak dan Intan Najuwa.
Nantikan drama bersiri Kekasih Paksa Rela yang mengisi Slot Akasia TV3. Drama sebanyak 28 episod ini diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd dan diarahkan oleh Idora Abdul Rahman.
Drama ini menampilkan gandingan pelakon popular seperti Remy Ishak, Intan Najuwa dan Ain Edruce. Ia mula ditayangkan pada 26 Disember 2017 bagi menggantikan drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku.
Info Drama
Judul: Kekasih Paksa Rela
Tarikh Tayangan: 26 Disember 2017
Siaran: Slot Akasia TV3
Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Terbitan: Creative Skill Solution Sdn Bhd
Barisan Pelakon
- Remy Ishak
- Intan Najuwa
- Ain Edruce
- Afzan Rahman
- Dayang Areeda
- Nynaa Harizal
- Jalaludin Hassan
- Emeleda Rosemila
- Fizz Fairuz
- Aman Graseka
- Hazman Al-Idrus
Watak Pelakon
Remy Ishak sebagai Adham
Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira
Ain Edruce sebagai Rosnaida
Afzan A. Rahman sebagai Firdhaus
Nynaa Harizal sebagai Nonie
Dayang Areeda sebagai Shiqin
Lagu Tema / OST
Tajuk: Pasti
Artis: Cherpen Band
Sinopsis Kekasih Paksa Rela
Adham dan Rosnaida bernikah selepas tamat pengajian tanpa persetujuan ayah Rosnaida. Adham cuba memperbaiki hubungan antara Rosnaida dan ayahnya, namun usahanya sering gagal disebabkan sikap keras kepala Rosnaida.
Dalam masa yang sama, Hanan Khaira pula hidup bersama ibu dan bapa tirinya selepas kehilangan ayah kandung. Ibunya lebih memberi perhatian kepada suami baharu sehingga Hanan sering terasa tersisih.
Hanan masih belajar di tingkatan enam dan menjalani kehidupan yang penuh cabaran. Takdir menemukan Adham dan Hanan di sebuah hypermarket, lalu pertemuan itu menjadi titik permulaan kepada kisah yang tidak dijangka.
Apakah yang akan berlaku seterusnya antara Adham dan Hanan?
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”