EDtv_blog



EDtv_blog

Menjaga Jodoh Orang - Wawan Dan Tasya

Menjaga Jodoh Orang - Wawan Dan Tasya

Kamu Pacaran Denganku
Tapi Nikah Dengan Dia
Berjanji Bertemu Dipelaminan
Nyatanya Ku Hanya Jadi Tamu Undangan

Dulu Aku Kau Panggil Sayang
Sekarang Ku Hanya Jadi Mantan
Berjanji Untuk Sehidup Semati
Nyatanya Kamu Hidup Aku Yang Mati

Kau Kirimkan Undangan 
Yang Bertulis Namamu
Tak Habis Fikirku
Kau Terima Lamaran Dia

Baru Kini Ku Sadari
Ternyata Selama Ini
Yang Ku Sayang Yang Ku Jaga
Ternyata Jodohnya Orang

Kau Hadiri Pernikahanku
Memenuhi Undanganku
Berlinang Air Mataku
Saat Ku Jabat Tanganmu

Maafkan Aku Sayangku
Ku Tak Bisa Apa-Apa
Karena Ini Semua
Kehendak Orang Tua Ku

Kau Kirimkan Undangan 
Yang Bertulis Namamu
Tak Habis Fikirku
Kau Terima Lamaran Dia

Baru Kini Ku Sadari
Ternyata Selama Ini
Yang Ku Sayang Yang Ku Jaga
Ternyata Jodohnya Orang

Baru Kini Ku Sadari
Ternyata Selama Ini
Yang Ku Sayang Yang Ku Jaga
Ternyata Jodohnya Orang Lain


mangkukhayun

mangkukhayun

Pemsville


Pemsville

Drama Rahsia Hati Perempuan (Astro Ria 104 & HD 123)

Drama Rahsia Hati Perempuan  (Astro Ria 104 & HD 123)



Sinopsis Drama Rahsia Hati Perempuan

Kisah cinta dan persahabatan. Kekasih dan pengorbanan.

Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil dan terpisah apabila Ilaina berpindah ke luar negara, Australia.

Mereka saling membalas surat namun kemalangan menimpa Zayn dan Mikael apabila rumah mereka musnah terbakar sekaligus terputus hubungan mereka.

Ketika sudah dewasa, Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan yang dialami Zayn akibat perkahwinan yang dibatalkan oleh Ayra.

Semasa bercuti, Ilaina dan Arissa telah menyelamatkan Mikael dan Zan yang sesat di kawasan perkhemahan.

Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu mereka adalah kawan baik dari kecil.

Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina.

Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael dan merancang untuk menyatukan semula hubungan Ilaina dengan bekas kekasihnya, Adzim.

Hubungan Ilaina dan Mikael mula rapat tatkala hubungan Zayn dan Mikael semakin tegang.

Pada masa sama, Arissa pula sukakan Mikael walaupun mengetahui Ilaina sudahpun mempunyai perasaan terhadap Mikael. Ayah Ilaina, Pak Mail pula ingin menunaikan janjinya dengan arwah ayah Mikael untuk mengahwinkan Ilaina dengan Mikael.

Ilaina mengajak Arissa untuk pulang ke Malaysia walaupun di larang keras oleh Puan Suraya. 

Sekembalinya ke tanah air, Zayn ternampak bekas tunangnya dengan lelaki lain.

Drama Rahsia Hati Perempuan

JUMLAH EPISOD : 24 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria 104 & HD 123)
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Hyperpictures Sdn Bhd

PELAKON / WATAK Drama Rahsia Hati Perempuan

Hisyam Hamid sebagai Zayn 
Mira Filzah sebagai Ilaina 
Fikry Ibrahim sebagai Mikael
Uqasha Senrose sebagai Arissa
Mak Wan sebagai Tok Wan
Fauziah Ahmad Daud sebagai Suraya
Lydiawati sebagai Laila
Eina Azman sebagai Ayra
Amir Nafis sebagai Adzim
Ziha Salleh sebagai Saerah
Duerra Mitilda sebagai Ilaina
Redzwan Adha sebagai Zyan
Shah Faris sebagai Mikael

Cucuk Sanggul Seroja (Astro Citra)

Cucuk Sanggul Seroja (Astro Citra)




SINOPSIS CUCUK SANGGUL SEROJA

Suri terjumpa cucuk sanggul lama yang dihantui oleh roh Seroja, wanita yang mati membunuh diri kerana cintanya dihalang.

CUCUK SANGGUL SEROJA

WAKTU SIARAN : Sabtu, 19 Mei 2018, 9:00 malam 
SIARAN TV : Citra Exclusive (Astro Citra 131 & Mustika HD 134)
PENGARAH : Hashim Rejab
PELAKON : Fasha Sandha, Sweet Qismina, Aiman Hakim, Nonny Nadirah, Fauziah Nawi


MiT 

Telefilem Qalbu (TV3)

Telefilem Qalbu (TV3)


Sinopsis Telefilem Qalbu

Kisah Kamal yang sanggup melakukan apa sahaja demi Kasih dan Aiman.

Pergolakan jiwanya bergelora, apabila mendapat tahu kehilangan anaknya.

Tetapi, apakan daya dia dipisahkan dengan tembok penjara.

Telefilem Qalbu

WAKTU SIARAN : Sabtu, 19 Mei 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama (TV3)
PENGARAH : Riza Baharudin
TERBITAN : Saphire Screen Sdn Bhd
PELAKON : Faizal Hussein, Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Aidil Aziz, Nur Qistina Raisah, Wan Maimunah

Ucing Kadayan



Ucing Kadayan

Syantik - Siti Badariah

Syantik - Siti Badariah

emang lagi syantik
hei sayangku
hari ini aku syantik
syantik bagai bidadari
bidadari di hatimu

hei sayangku
perlakukanlah diriku 
seperti seorang ratu
ku ingin dimanja kamu

hei sayangku, hari ini aku syantik
syantik bagai bidadari, bidadari di hatimu
hei sayangku, perlakukanlah diriku
seperti seorang ratu, ku ingin dimanja kamu

emang lagi manja, lagi pengen dimanja
pengen berduaan dengan dirimu saja
emang lagi syantik, tapi bukan sok syantik
syantik syantik gini hanya untuk dirimu

hei sayangku, hari ini aku syantik
syantik bagai bidadari, bidadari di hatimu
hei sayangku, perlakukanlah diriku
seperti seorang ratu, ku ingin dimanja kamu

emang lagi syantik, emang lagi syantik

emang lagi manja, lagi pengen dimanja
pengen berduaan dengan dirimu saja
emang lagi syantik, tapi bukan sok syantik
syantik syantik gini hanya untuk dirimu

emang lagi manja, lagi pengen dimanja
pengen berduaan dengan dirimu saja
emang lagi syantik, tapi bukan sok syantik
syantik syantik gini hanya untuk dirimu

Kapan lagi

KISAH BAHLUL

KISAH BAHLUL
Diriwayatkan bahawa ada seorang bernama “Bahlul” seorang lelaki gila pada masa Khalifah Abbasiyyah Harun ar Rasyid…
Pada suatu hari, Khalifah Harun ar Rasyid melewatinya, dalam keadaan Bahlul sedang duduk di salah satu kuburan.
Maka khalifah Harun berkata kepadanya : “Wahai Bahlul…Wahai Majnun…bilakah kamu akan berakal?!”
Maka Bahlul pun lari kemudian memanjat pohon yang paling tinggi, kemudian iapun menyeru kepada Harun dengan suara yang paling tinggi :
“Wahai Harun…Wahai Majnun…bilakah engkau akan berakal?"
Maka Harun pun menghampirinya di bawah pohon, dalam keadaan beliau menunggang di atas kudanya dan berkata kepada Bahlul :
“Aku yang gila ataukah engkau yang duduk di atas kuburan?"
Maka Bahlul berkata kepadanya :
“Bahkan aku orang yang berakal !"
Berkata Harun :
“Bagaimana boleh sedemikian?!"
Berkata Bahlul :
“Dikeranakan aku mengetahui
bahawa ini semua akan lenyap (sambil mengisyaratkan ke istana Harun).
Adapun ini akan kekal (sambil mengisyaratkan ke kubur).
Akupun sudah terbiasa tinggal di sini, sebelum aku akan benar-benar akan tinggal di sini (kuburan).
Sementara engkau terbiasa hidup di istanamu.
Engkau pun meninggalkan dari mengingati kubur, engkau juga tidak suka untuk berpindah dari istana kepada kehancuran, dalam keadaan engkau mengetahui bahawa itulah tempat kembalimu. Bukan perkara yang mustahil, tapi pasti…"
Bahlul pun membalas : “Maka katakan kepadaku, siapa yang GILA?!"
Maka Harun ar Rasyid pun bergetar hatinya, kemudian menangis sampai basah janggutnya.
Lalu berkata : “Sungguh engkau benar…”
Kemudian Harun berkata :
“Tambahkanlah kepadaku nasihat, wahai Bahlul !!”
Bahlul pun berkata :
“Cukup bagimu Kitabullah, berpegang teguhlah dengannya !!”
Harun berkata :
“Apakah engkau memiliki keperluan, sehingga aku akan memenuhinya untukmu?”
Bahlul berkata :
“Iya. Aku punya 3 keperluan. Kalau engkau mampu untuk memenuhinya, maka aku akan sangat berterima kasih kepadamu"
Berkata Harun :
"Mintalah !!"
Berkata Bahlul :
“Apakah engkau mampu untuk menambah umurku?!"
Harun menjawab :
“Aku tidak mampu.”
Bahlul berkata lagi :
“Apakah engkau mampu
menjagaku dari malakul maut?!!"
Harun menjawab :
“Aku tidak mampu.”
Bahlul berkata :
“Apakah engkau mampu untuk memasukkanku ke dalam al Jannah dan menjauhkan aku dari an Naar?!"
Harun pun menjawab :
“Aku tidak mampu…”
Berkatalah Bahlul :
“Maka ketahuilah, engkau hanyalah seorang raja dunia…engkau bukanlah Raja yang sesungguhnya (Allah Ta’ala). Aku tidak perlu kepadamu.”

Anak-anak tidak najis. Perbuatan anda menghalau itulah seperti najis

Anak-anak tidak najis. Perbuatan anda menghalau itulah seperti najis


Halau Anak-Anak Ke Belakang...

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ شِدَّادِ عَنْ أَبِيْهِ قَالَ خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيْ إِحْدَى صَلاَتَيِ الْعِشَاءِ وَهُوَ حَامِل حَسَناً أَوْ حسَيْناً فَتَقَدَّمَ رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَضَعَهُ ثُمَّ كَبَّرَ لِلصَّلاَةِ فَصَلَّى فَسَجَدَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ صَلاَتِهِ سَجْدَةً أَطَالَهَا قَالَ أَبِيْ فَرَفَعْتُ رَأْسِيْ وَإِذَا الصَّبِيُّ عَلَى ظَهْرِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ سَاجِد فَرَجَعْتُ إِلَى سُجُوْدِيْ فَلَمَّا قَضَى رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلاَةَ قَالَ النَّاسُ يَا رسول الله إِنَكَ سَجَدْتَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ صَلاَتِكَ سَجْدَة أَطَّلْتَهَا حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهُ قَدْ حَدَثَ أَمْر أَوْ أَنَّهُ يُوْحَى إِلَيْكَ قَالَ كُلُّ ذَلِكَ لَمْ يَكُنْ وَلَكِن ابْنِي ارْتَحَلَنِيْ فَكَرَهْتُ أَنْ أُعَجِّلَهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ

Abdullah bin Syaddad meriwayatkan bahawa ayahnya berkata: "Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam menemui kami saat hendak mengerjakan salah satu solat malam (iaitu Maghrib atau Isyak) sambil membawa Hasan atau Husain. Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam maju dan meletakkan cucunya tersebut lalu mengucapkan takbiratul-ihram dan memulai solat. Di tengah solat, beliau sujud cukup lama".

Ayahku berkata: "Maka aku mengangkat kepala, lalu tampaklah cucu beliau yang masih kecil itu sedang bermain di atas belakang beliau, sedangkan beliau tetap sujud. Maka aku pun sujud kembali.

Setelah selesai solat, para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, engkau sujud terlalu lama di tengah-tengah solat tadi, sehingga kami mengira telah terjadi sesuatu, atau engkau sedang menerima wahyu".

Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda: "Semua dugaan kalian tidaklah terjadi. Akan tetapi cucuku ini sedang naik ke belakangku seperti sedang menunggang kendaraan. Aku tidak ingin menyudahinya sampai dia benar-benar berhenti sendiri" [HR. Nasa’i no. 1141].

Pengajaran yang patut "Ultra Konservatif Melayu Nusantara" ambil dari hadis di atas:

1- Nabi membawa anak kecil di dalam solat. Nabi membiarkan anak kecil bermain di dalam solat berjemaah sehinggakan membiarkan memanjat belakang baginda.

2- Anak-anak tidak najis. Perbuatan anda menghalau itulah seperti najis.

3- Nabi tidak menghalau anak kecil ke balakang. Nabi bukan sahaja membawa ke dalam saf orang dewasa, malah Nabi bawa sehingga ke tempat imam.

4- Tiada istilah "putus saf" jika membawa anak kecil ke dalam saf orang dewasa. Saf terputus jika anda menjarakkan kaki. Sambung atau terputus sesuatu saf adalah bergantung kepada anda. Bukan salah anak-anak.

5- Apa perasaan anda jika anak-anak muda menghalau anda yang sudah tua ke belakang?

6- Jika anda mahu berada di saf hadapan, datanglah awal dan cop tempat anda di baris pertama. Bukan dengan cara menghalau orang lain.

7- Membawa anak kecil di dalam saf orang dewasa ada dicontohkan Nabi. Tetapi menghalau anak-anak ke belakang mengikut sunnah siapa? Biasanya Iblis dan Syaitan yang suka menghalang orang lain dari mendapat kebaikan. Janganlah kita menjadi seperti meraka.

8- Kami berterima kasih kepada AJK surau dan masjid kerana menguruskan perjalanan dengan baik. Namun surau dan masjid adalah hak orang Islam yang termasuk juga anak-anak kecil. Surau dan Masjid bukan hak peribadi sesama AJK yang boleh digunakan sesuka hati dan menghalau orang lain sesuka hati.

9- Sepatutnya orang dewasa memberi galakan kepada anak-anak kecil. Bukan menghalau dan mengkastakan mereka. Anak-anak sepatunya bersolat di sisi ibu bapa supaya ibu bapa dapat mengajar dan mendisiplinkan anak-anak tentang solat berjemaah. Ibu bapa pula, tertanggungjawalah terhadap anak masing-masing.

10- Meletakkan anak-anak di hujung belakang saf menjadikan anak-anak lebih banyak bermain dan berbuat bising selain ianya juga merbahaya kerana memudahkan penculikan berlaku. Perkara ini pernah terjadi beberapa kali di dalam Malaysia. Yang terbaru terjadi penculikan 3 hari lepas sewaktu si ayah sedang bersolat di hadapan dan anak-anaknya solat di saf belakang. 



TUMPAT - Seorang budak lelaki berusia 9 tahun diculik selama tiga jam apabila dilarikan seorang lelaki ketika keluarganya singgah solat Maghrib di Masjid Mukim Kutan, malam semalam.


Bagaimanapun, budak lelaki tersebut berjaya ditemui semula selepas jemaah masjid menangkap seorang lelaki kira-kira jam 10.30 malam.


Imam Muda Masjid Mukim Kutan, Muhammad Idris berkata, budak lelaki itu singgah bersama ayahnya serta adiknya berusia 3 tahun untuk solat Maghrib di masjid ini.


"Keluarga itu dikatakan dari Rantau Panjang mahu ke lapangan terbang, Kota Bharu untuk mengambil anaknya.


"Singgah di masjid ini kira-kira jam 7.45 malam untuk menunaikan solat Maghrib," katanya.


Menurutnya, selesai solat Maghrib, ayah budak itu mendapati anaknya tiada.


"Ketika solat Maghrib itu, ayah budak itu solat di hadapan, manakala budak berusia 9 tahun ditemani adiknya solat di belakang," katanya.


Muhammad berkata, selepas usaha mencari di sekitar masjid gagal, dia mengadakan solat hajat selepas selesai solat Isyak.


Katanya, usaha mencari diteruskan sehingga 100 meter dari kawasan masjid sebelum terjumpa seorang lelaki yang menyembunyikan budak itu di belakang sebuah tadika.


"Jemaah terus menghubungi pihak polis untuk menyerahkan lelaki itu," katanya.


Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip mengesahkan kejadian tersebut.


"Kes disiasat di bawah Seksyen 342/323 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan salah dan mencederakan mangsa," katanya.


SUMBER : AAKJ

SURAT TERBUKA PERMOHONAN MAAF

SURAT  TERBUKA PERMOHONAN MAAF ___________________________

No.        : 01/Ramadan/1439 H
Lamp.   : Penting
Perihal  : Permohonan Maaf
Di tujukan : Kepada semua Anggota WHATSAPP GROUP / FACEBOOK dan lain-lain.

MENGINGAT : 2 hari lagi sudah memasuki bulan  Suci Ramadhan 1439 H.

MENIMBANG : Kesalahan yang telah saya perbuat baik sengaja maupun tidak di sengaja.

MEMPERHATIKAN : Tentang saling mema'afkan sesama umat muslim dan untuk menjaga Silahturahim adalah perintah Allah SWT.

MEMUTUSKAN : DENGAN KERENDAHAN HATI DAN SUNGGUH SUNGGUH

Saya atas nama Peribadi  dan Keluarga menyampaikan Permohonan Maaf Atas Segala Kesilapan Selama Ini.

Serta ingin mengucapkan : SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA RAMADHAN 1439 H

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا 
كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّق


MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ikhlas dari Saya dan Famili

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَا وَ مِنْكُمْ صِياَمَنَا وَ صِيَامَكُمْ كُلُّ عَامٍ وَ أَنْتُمْ بِخَيْرٍ

Wassalamu'alaikum Warohmatullohi wabarokatuh

Kredit : whatsapp group

Doa Jibrail menjelang ramadhan

Doa Jibrail menjelang ramadhan

"Ya Allah, abaikan puasa umat Muhammad jika sebelum masuk ramadhan dia tidak melakukan 3 hal ini :
1. Tidak minta maaf kepada kedua orang tua,
2. Tidak bermaafan dengan sahabat sahabatnya,
3. Tidak bermaafan dengan orang sekitarnya."
Maka, Rasullullah pun mengaminkannya sebanyak 3kali.  

CM Si Penulis Blog


CM Si Penulis Blog

Anies&you

Anies&you

cakapsinilah

cakapsinilah

Kenapa Lim Guan Eng Layak Menjadi Menteri Kewangan

Kenapa Lim Guan Eng Layak Menjadi Menteri Kewangan


Pada 31 Julai 2017, Ketua Audit Negara telah mengeluarkan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2016, yang mana laporan tersebut merangkumi pelbagai aspek bermula daripada kerajaan pusat, kerajaan negeri, hinggalah kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta.


Lim Guan Eng Menteri Kewangan

Kali ini kami ingin kongsikan kepada anda senarai tunggakan bayaran balik (hutang) bagi 13 kerajaan negeri pada akhir tahun 2016.


Angka ini diaudit berdasarkan maklum balas perbendaharaan Malaysia yang diterima pada bulan Mei 2017.



Hutang Kerajaan Negeri Di Malaysia



1. Pahang – RM 1,087.93 juta



2. Kedah – RM 1,028.85 juta



3. Terengganu – RM 502.36 juta



4. Melaka – RM 405.03 juta



5. Kelantan- RM 391.89 juta



6. Johor – RM 334.54 juta



7. Negeri Sembilan – RM 196.71 juta



8. Perlis – RM 171.44 juta



9. Sarawak – RM 36.54 juta



10. Sabah – RM 30.76 juta



11. Perak – RM 23.86 juta



12. Selangor – RM 14.67 juta (*RM212 juta semasa pemerintahan BN)



13. Pulau Pinang – Tiada hutang (RM496 juta semasa pemerintahan BN)



*Hutang dibayar sejak tahun 2011.



Berdasarkan laporan, jumlah baki pinjaman seluruh kerajaan negeri yang masih belum diselesaikan bersamaan RM17,049.69 ribu juta (RM 17.05 billion) dan tunggakan tidak berbayar pada tahun 2016 mencapai 47.7%.



Lim Guan Eng berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada keberkesanan pentadbiran Cekap Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang diamalkan kerajaan negeri sejak 2008.



Contohnya, lebihan Belanjawan dicatatkan setiap tahun, kenaikan rizab asset lebih 100 peratus, pengurangan hutang kerajaan negeri sebanyak 90 peratus.



Manakala, lebihan Belanjawan terkumpul sebanyak RM574 juta dalam 8 tahun 2008-2015 berbanding dengan RM373 juta dalam 50 tahun di antara 1957-2007.



Kesimpulan



Patutlah Lim Guan Eng layak jadi Menteri Kewangan.


KAPSUL MASA TUN DR MAHATHIR

Ini adalah petikan dari satu blog,menceritakan mengenai ramalanTun Dr. Mahathir dalam Kapsul Masa mengenai masa hadapan Malaysia.

Tidak dapat dipastikan kesahihan cerita ini. Mungkin kita sama-sama boleh bincangkan.


"KAPSUL MASA TUN DR MAHATHIR"


Berapa ramai rakyat Malaysia mengetahui yang sebuah kapsul masa telah ditanam di Komplek Membeli Belah The Mall pada tahun 1987 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato Seri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kapsul tersebut dikhabarkan ditulis sendiri oleh Tun Dr Mahathir dan hanya akan dibuka selepas 100 tahun iaitu pada tahun 2087.

Pada ketika kapsul tersebut ditanam, saya membesar di Kg Baru, Kuala Lumpur.

Kapsul masa tersebut sudah berusia 23 tahun (2010 masihi).

Sejak hari pertama hingga hari ini ia ditanam, saya mempunyai banyak sebab untuk tidak memikirkannya.

Sungguhpun saya berada di bangku sekolah rendah ketika itu, tetapi disebabkan bapa saya seorang pengamal perubatan tradisional dan mempunyai ramai rakan, saya mengalami proses kematangan lebih awal kerana hanya bergaul mereka yang bergelar bapa kepada saya.

Bapa pula berkawan rapat dengan segolongan ahli falak yang jarang mahu menunjukkan kehebatan mereka.

Namun, saya kenal setiap dari mereka. Bermain dam, chess, sembang politik, bintang, bulan, dunia, cuaca, dan macam-macam lagi.

Kehebatan mereka amat menakjubkan, dan mereka gemar mengusik saya dengan memberitahu apa yang akan terjadi sepanjang seminggu kepada diri saya.

Mereka akan menulis di dalam 7 helaian yang dilipat, dan saya hanya dibenarkan membaca setiap helaian selepas sehari berlalu.

Menakjubkan, apa yang mereka tulis amat tepat termasuk nombor plet, warna kereta, masa, berita hari ini dan sebagainya. “Seeing is believing”, dan saya tiada alasan untuk tidak mempercayainya.

Bukanlah tujuan saya menulis untuk bercerita mengenai mereka, tetapi, mengenai kandungan kapsul masa yang ditanam oleh Dr Mahathir yang diramal oleh ahli-ahli falak pada tahun 1987.

Antara isi kandungan kapsul masa yang didakwa ditulis Dr Mahathir sendiri oleh para ahli falak ialah;

1) Kita akan berperang dengan Singapura pada tahun 2012

2) Singapura akan menyertai Malaysia pada tahun 2015

3) Malaysia akan berpecah pada Utara dan Selatan pada sekitar tahun tersebut

4) Satu kejadian akan berlaku dan Malaysia akan menjadi kuasa besar ekonomi dunia pada tahun 2017 dan menjadi kuasa utama ekonomi menggantikan USA menjelang 2020

Saya diberitahu ada 11 perkara yang Tun Dr Mahathir tulis, tetapi saya hanya catatkan 4 kerana ia adalah yang paling menarik untuk dibicarakan. Ini kerana, selepas 23 tahun perkara tersebut diceritakan kepada saya, kini ia sudah menampakkan kebenaran.

Renungkan;

1) Kita akan berperang dengan Singapura pada tahun 2012.

Umum mengetahui hubungan Malaysia dan Singapura yang tidak pernah baik.

Dan terkini, Khazanah sudah Berjaya membeli beberapa kepentingan Temasek.

Selain Malaysia dibawah Dato Seri Najib mendapat sokongan dari USA(Obama), Singapura pula melalui detik sukar ekonomi yang menggadai Negara seperti Dubai menampakkan hasil kemusnahan pada rakyat.

Jika ekonomi tidak stabil, Singapura akan mengambil jalan mudah yakni Negara jiran dan perang yang dikatakan belum berlaku, tetapi perang saraf dan budaya sudah lama bermula. Kini ramai rakyat Malaysia menolak persempadanan Negara Berdaulat dan mahukan Negara Bebas seperti Amerika atau globalisasi kononnya.

Malah ramai bijak pandai ekonomi serta tenaga pakar kita lahir dari sistem pendidikan Singapura.

Ya! Malaysia dan Singapura sedang berperang dan setakat yang saya tahu, Malaysia sudah kehilangan ramai Rakyat yang kini tidak bangga menjadi Malaysia.

2) Singapura akan masuk Malaysia

Mengikut keadaan ekonomi dunia yang menjejaskan Singapura dengan amat teruk, serta kata-kata yang lahir dari mulut Lee Kuan Yew untuk kali kedua semasa Pak Lah menjadi PM, serta keagresifan DAP menukar Malaysia menjadi republik.

Ia tidaklah mustahil apatah lagi Malaysia membangunkan Iskandar Region Development di Johor dan rakyat Singapura tidak memerlukan passport untuk ke Iskandar.

Ya! Singapura sudah pun menyertai Malaysia. Perlu diingat janji Tun Musa Hitam dimana Iskandar akan menjadi kawasan bebas DEB.

Ramalan 1 dan 2 juga dibukitkan melalui kajian pakar geogologi dunia yang mengatakan Jakarta akan hilang dari peta dunia disebabkan air laut meningkat kurang dari 20 tahun dari sekarang.

Mengapa tiada analisis dan berita mengenai Singapura?

3) Malaysia akan berpecah pada Utara dan Selatan

Tiada siapa menyangka landskap politik Malaysia akan berubah begitu drastik sekali.

Samada pelantikan Pak Lah satu kesilapan atau boneka untuk mengesahkan ramalan tersebut, kini, jika anda layari dan amati analisis Kickdefella, Melayu tidak lagi memegang kuasa pemerintahan.

Dengan begitu Allah berkuasa merubah PAS dari parti yang memperjuangkan agama dan Melayu, kini tidak lagi.
Semuanya membawa petunjuk Melayu pengundi terbanyak dan memberi kuasa pada Bukan Melayu dan akan akibatkan satu lagi konflik perkauman yang kali ini pasti membawa kepada perpecahan Utara dan Selatan.

Jika bukan Melayu ambil Selatan, memanglah Lee Kuan Yew sehebat Tun Dr Mahathir meramal dan sedang bersiap sedia menyokong pengambilan selatan Malaysia dan Singapura akan menyertai Malaysia Selatan.

4) Satu Kejadian Akan Berlaku

Saya tidak boleh ceritakan apakah kejadian ini kerana khuatir menimbulkan ancaman keselamatan, tetapi saya pasti pihak yang rugi dalam pembahagian Malaysia Utara dan Selatan tadi akan diberi hikmah oleh Allah dan sebenarnya kejadian seperti kesan panas dunia, takat air laut naik, pulau ditelan laut dan sebagainya memberi banyak petunjuk yang ramalan ini adalah benar.

Semua ini sudah diberitahu pada saya pada tahun 1987.

Saya tidak pernah percaya tetapi kerana yang memberitahu kepada saya ialah ahli falak yang telah banyak membuktikan kebenaran kata-katanya kepada saya, maka saya ingat setiap apa yang diberitahu sekadar sebagai pengetahuan.

Tetapi, abad 21 ini menyaksikan setiap perkara yang diramalkan dahulu yang dianggap mustahil, kini, cuaca bumi, landskap politik, ekonomi dunia semuanya seperti mengarah kearah ramalan tersebut.

Saya bukan mahu menghasut atau menakutkan sesiapa, apa-apa pun ia sekadar ramalan dan jika benar sekalipun orang yang bertanggungjawab mengesahkan ialah penulis kapsul masa tersebut iaitu Tun Dr Mahathir.

Selain dari itu, marilah kita berdoa, berhati-hati, bersatu mempertahankan Negara tercinta dan bersedia untuk berubah demi Agama, Bangsa dan Negara.

Bangkit – Aril

Bangkit – Aril (ost Jodoh Sebelah Pintu)

Ku tunggu secebis doa darimu
Mengharapkan kepulanganmu
Tiada lagi air mata
Keringkan aku pasti tak ada

Terkenang kisah kita yang dulu
Mencari semula kehadiranmu

Bangkitlah dirimu dan pandanglah
Ke hadapan untuk melupakan semua ooh
Janganlah kau sebut lagi cinta
Yang tidak kau kenal dan merasa tenang ooh

Melihat kau duduk di sebelahku
Bersyukur ada sahabat sepertimu
Berharap untuk lepas segalanya
Sehingga aku bangun selamanya

Terkenang kisah kita yang dulu
Mencari semula kehadiran mu ooh

Bangkitlah dirimu dan pandanglah
Ke hadapan untuk melupakan semua ooh
Janganlah kau sebut lagi cinta
Yang tidak kau kenal dan merasa tenang ooh

Ooh Ooh
Bangkitlah dirimu dan pandanglah
Ke hadapan untuk melupakan semua ooh
Janganlah kau sebut lagi cinta
Yang tidak kau kenal dan merasa tenang ooh

Mencari semula kehadiranmu

WORD 2 : DUA HATI

WORD 2 : DUA HATI


ketika

hatiku dan hatimu

bertemu di jalan

maka

disana terdapat

dua hati

iaitu

hati-hati

di jalan

Wadah Terkini