Ini adalah petikan dari satu blog,menceritakan mengenai ramalanTun Dr. Mahathir dalam Kapsul Masa mengenai masa hadapan Malaysia.
Tidak dapat dipastikan kesahihan cerita ini. Mungkin kita sama-sama boleh bincangkan.
"KAPSUL MASA TUN DR MAHATHIR"
Berapa ramai rakyat Malaysia mengetahui yang sebuah kapsul masa telah ditanam di Komplek Membeli Belah The Mall pada tahun 1987 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato Seri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kapsul tersebut dikhabarkan ditulis sendiri oleh Tun Dr Mahathir dan hanya akan dibuka selepas 100 tahun iaitu pada tahun 2087.
Pada ketika kapsul tersebut ditanam, saya membesar di Kg Baru, Kuala Lumpur.
Kapsul masa tersebut sudah berusia 23 tahun (2010 masihi).
Sejak hari pertama hingga hari ini ia ditanam, saya mempunyai banyak sebab untuk tidak memikirkannya.
Sungguhpun saya berada di bangku sekolah rendah ketika itu, tetapi disebabkan bapa saya seorang pengamal perubatan tradisional dan mempunyai ramai rakan, saya mengalami proses kematangan lebih awal kerana hanya bergaul mereka yang bergelar bapa kepada saya.
Bapa pula berkawan rapat dengan segolongan ahli falak yang jarang mahu menunjukkan kehebatan mereka.
Namun, saya kenal setiap dari mereka. Bermain dam, chess, sembang politik, bintang, bulan, dunia, cuaca, dan macam-macam lagi.
Kehebatan mereka amat menakjubkan, dan mereka gemar mengusik saya dengan memberitahu apa yang akan terjadi sepanjang seminggu kepada diri saya.
Mereka akan menulis di dalam 7 helaian yang dilipat, dan saya hanya dibenarkan membaca setiap helaian selepas sehari berlalu.
Menakjubkan, apa yang mereka tulis amat tepat termasuk nombor plet, warna kereta, masa, berita hari ini dan sebagainya. “Seeing is believing”, dan saya tiada alasan untuk tidak mempercayainya.
Bukanlah tujuan saya menulis untuk bercerita mengenai mereka, tetapi, mengenai kandungan kapsul masa yang ditanam oleh Dr Mahathir yang diramal oleh ahli-ahli falak pada tahun 1987.
Antara isi kandungan kapsul masa yang didakwa ditulis Dr Mahathir sendiri oleh para ahli falak ialah;
1) Kita akan berperang dengan Singapura pada tahun 2012
2) Singapura akan menyertai Malaysia pada tahun 2015
3) Malaysia akan berpecah pada Utara dan Selatan pada sekitar tahun tersebut
4) Satu kejadian akan berlaku dan Malaysia akan menjadi kuasa besar ekonomi dunia pada tahun 2017 dan menjadi kuasa utama ekonomi menggantikan USA menjelang 2020
Saya diberitahu ada 11 perkara yang Tun Dr Mahathir tulis, tetapi saya hanya catatkan 4 kerana ia adalah yang paling menarik untuk dibicarakan. Ini kerana, selepas 23 tahun perkara tersebut diceritakan kepada saya, kini ia sudah menampakkan kebenaran.
Renungkan;
1) Kita akan berperang dengan Singapura pada tahun 2012.
Umum mengetahui hubungan Malaysia dan Singapura yang tidak pernah baik.
Dan terkini, Khazanah sudah Berjaya membeli beberapa kepentingan Temasek.
Selain Malaysia dibawah Dato Seri Najib mendapat sokongan dari USA(Obama), Singapura pula melalui detik sukar ekonomi yang menggadai Negara seperti Dubai menampakkan hasil kemusnahan pada rakyat.
Jika ekonomi tidak stabil, Singapura akan mengambil jalan mudah yakni Negara jiran dan perang yang dikatakan belum berlaku, tetapi perang saraf dan budaya sudah lama bermula. Kini ramai rakyat Malaysia menolak persempadanan Negara Berdaulat dan mahukan Negara Bebas seperti Amerika atau globalisasi kononnya.
Malah ramai bijak pandai ekonomi serta tenaga pakar kita lahir dari sistem pendidikan Singapura.
Ya! Malaysia dan Singapura sedang berperang dan setakat yang saya tahu, Malaysia sudah kehilangan ramai Rakyat yang kini tidak bangga menjadi Malaysia.
2) Singapura akan masuk Malaysia
Mengikut keadaan ekonomi dunia yang menjejaskan Singapura dengan amat teruk, serta kata-kata yang lahir dari mulut Lee Kuan Yew untuk kali kedua semasa Pak Lah menjadi PM, serta keagresifan DAP menukar Malaysia menjadi republik.
Ia tidaklah mustahil apatah lagi Malaysia membangunkan Iskandar Region Development di Johor dan rakyat Singapura tidak memerlukan passport untuk ke Iskandar.
Ya! Singapura sudah pun menyertai Malaysia. Perlu diingat janji Tun Musa Hitam dimana Iskandar akan menjadi kawasan bebas DEB.
Ramalan 1 dan 2 juga dibukitkan melalui kajian pakar geogologi dunia yang mengatakan Jakarta akan hilang dari peta dunia disebabkan air laut meningkat kurang dari 20 tahun dari sekarang.
Mengapa tiada analisis dan berita mengenai Singapura?
3) Malaysia akan berpecah pada Utara dan Selatan
Tiada siapa menyangka landskap politik Malaysia akan berubah begitu drastik sekali.
Samada pelantikan Pak Lah satu kesilapan atau boneka untuk mengesahkan ramalan tersebut, kini, jika anda layari dan amati analisis Kickdefella, Melayu tidak lagi memegang kuasa pemerintahan.
Dengan begitu Allah berkuasa merubah PAS dari parti yang memperjuangkan agama dan Melayu, kini tidak lagi.
Semuanya membawa petunjuk Melayu pengundi terbanyak dan memberi kuasa pada Bukan Melayu dan akan akibatkan satu lagi konflik perkauman yang kali ini pasti membawa kepada perpecahan Utara dan Selatan.
Jika bukan Melayu ambil Selatan, memanglah Lee Kuan Yew sehebat Tun Dr Mahathir meramal dan sedang bersiap sedia menyokong pengambilan selatan Malaysia dan Singapura akan menyertai Malaysia Selatan.
4) Satu Kejadian Akan Berlaku
Saya tidak boleh ceritakan apakah kejadian ini kerana khuatir menimbulkan ancaman keselamatan, tetapi saya pasti pihak yang rugi dalam pembahagian Malaysia Utara dan Selatan tadi akan diberi hikmah oleh Allah dan sebenarnya kejadian seperti kesan panas dunia, takat air laut naik, pulau ditelan laut dan sebagainya memberi banyak petunjuk yang ramalan ini adalah benar.
Semua ini sudah diberitahu pada saya pada tahun 1987.
Saya tidak pernah percaya tetapi kerana yang memberitahu kepada saya ialah ahli falak yang telah banyak membuktikan kebenaran kata-katanya kepada saya, maka saya ingat setiap apa yang diberitahu sekadar sebagai pengetahuan.
Tetapi, abad 21 ini menyaksikan setiap perkara yang diramalkan dahulu yang dianggap mustahil, kini, cuaca bumi, landskap politik, ekonomi dunia semuanya seperti mengarah kearah ramalan tersebut.
Saya bukan mahu menghasut atau menakutkan sesiapa, apa-apa pun ia sekadar ramalan dan jika benar sekalipun orang yang bertanggungjawab mengesahkan ialah penulis kapsul masa tersebut iaitu Tun Dr Mahathir.
Selain dari itu, marilah kita berdoa, berhati-hati, bersatu mempertahankan Negara tercinta dan bersedia untuk berubah demi Agama, Bangsa dan Negara.
Kredit : Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.