Pages

Mei 31, 2018

AIR MATA DI BUMI MATADOR (TV2 RTM), gandingan Puteri Aishah, Ben Amir, Nazrief Nazri, dan Eyka Farhana.

AIR MATA DI BUMI MATADOR (TV2 RTM), gandingan Puteri Aishah, Ben Amir, Nazrief Nazri, dan Eyka Farhana. 



SINOPSIS AIR MATA DI BUMI MATADOR

Memaparkan kisah seorang gadis yatim piatu bernama Qaisara yang terpaksa membatalkan perkahwinan dengan Iskandar, kekasihnya semenjak dari sekolah.

Kecewa dengan peristiwa itu, dia kemudiannya membawa hatinya yang kecewa ke Sepanyol.

Di sana Qaisara cuba melibatkan diri dengan kerja-kerja amal yang diyakini dapat membuatkan dirinya melupakan kenangan pahit antara dirinya dengan Iskandar.

Sementara itu seorang penuntut Malaysia bernama Adib yang turut melakukan kerja-kerja amal berjaya mengisi kesunyian Qaisara.

Meskipun sukar untuk dirinya kembali menerima cinta daripada seorang lelaki namun kehadiran Adib berjaya mengubah pendiriannya itu.

Baginya keikhlasan Adib berjaya meyakinkannya untuk kembali bahagia bersama insan yang disayang.

Namun konflik berlaku apabila cinta baru antara Qisara dan Adib mula berputik, Iskandar datang ke Sepanyol dan menuntut cintanya kembali.

Situasi itu mengejutkan Qaisara yang sememangnya masih dibuai cinta lama bersama Iskandar.

Dia mula keliru memilih antara Iskandar atau Adib.

Kesudahannya Qaisara memutuskan untuk kembali ke tanah air dan berkahwin dengan Iskandar.

Baginya ia peluang kedua yang tidak seharusnya dipersiakan.

Dia mahu membina semula bersama lelaki dicintai sepenuh hatinya itu.

Akan tetapi jodoh sememangnya di tangan tuhan.

Kali ini juga impiannya membina mahligai bahagia bersama Iskandar tidak kesampaian.

Iskandar meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan.

Sekali lagi Qaisara jatuh terduduk.

Impiannya musnah sama sekali.

Setelah jiwanya kembali tenang dan mula redha dengan ketentuan Allah, Qaisara kembali membawa diri ke Sepanyol dan memulakan kehidupan dengan semangat baru.

Kunjungannya ke sana sememangnya dinantikan oleh Adib.

Nekad tidak mahu kehilangan gadis yang dicintainya sekali lagi, Adib terus melamar Qaisara.

Namun malangnya Qaisara menolak kerana sudah serik dengan jodah yang tidak kesampaian.

Rakan-rakan di sekelilingnya cuba menasihati Qaisara untuk memberi peluang kepada Adib untuk membahagiakannya.

Adakah hubungan mereka kembali bersatu? 

AIR MATA DI BUMI MATADOR

JUMLAH EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 30 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Rabu & Khamis, 8.30 malam
SIARAN TV : Selekta Prima (TV2 RTM)
PENULIS SKRIP : Amy Aimi, Wira Hijau, Amin Shakib
PENGARAH : Rahila Ali
TERBITAN : Nafalia Corporation Sdn Bhd
PELAKON : Puteri Aishah, Ben Amir, Nazrief Nazri, Eyka Farhana, PU Riz, Shakilla Khoriri, Affique Hussain, Habib Lopez, Ieda Moin, Dalimawati, Laila Nasir, Arash Mohamad, Mustapha Kamal, Marisa Yasmin, Ungku Hariz



0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!