Ramadan ~ #JMBELOG #JMBELOG: Ramadan

Ramadan

Ramadan

Ramadan (bahasa ArabرمضانtransliterasiRamaḍān, terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan al-Mubarak") ialah bulan yang ke-9 dan bulan yang dianggap paling suci dalam kalendar Islam.

Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari.

Dalam bulan ini, umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Quran yang bermaksud:
Bulan Ramadan, yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barang siapa antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...
— surah Al-Baqarah, ayat 185
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai.

Dengan berpuasa, umat Islam mengharapkan mereka dapat meningkatkan disiplin diri serta menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang tidak berkemampuan.


KONGSIKAN, SEMOGA BERMANFAAT !!! "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.