Amalan sewaktu Ramadan

Amalan sewaktu Ramadan

Umat Islam digalakkan membanyakkan ibadah pada bulan Ramadan kerana ganjarannya digandakan pada bulan ini.

Puasa Ramadan



Selama sebulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib).

Selama berpuasa, mereka harus menahan diri daripada makanminum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka.

Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.

Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa.

Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam dan puasa lain.

Semasa berbuka puasa (iftar), disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis serta tidak berlebih-lebihan.

Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.

Solat Tarawih


Pada malam harinya, setelah solat Isyak, umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. 

Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjama'ah di masjid-masjid.

Di sesetengah tempat, sebelum pelaksanaan solat tarawih, diadakan ceramah singkat untuk menasihati para jama'ah.

Zakat Fitrah


Zakat fitrah ialah zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya Solat Sunat Hari Raya.

Setiap individu muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat jenis ini.

Nilai zakat fitrah yang harus dikeluarkan per individu ialah satu gantang makanan ruji di daerah bersangkutan.

Jumlah ini adalah setara dengan 2.70 kg beras.

Aidilfitri


Akhir bulan Ramadan dirayakan oleh seluruh umat Islam di dunia.

Pada malam harinya (malam 1 Syawal), yang biasa disebut malam kemenangan, mereka akan mengumandangkan takbir bersama-sama.

Pada 1 Syawal, yang dirayakan sebagai Hari Raya Aidilfitri, semua Muslim baik lelaki mahupun perempuan digalakkan ke masjid untuk melakukan Solat Sunat Hari Raya.

Solat dua rakaat ini akan diikuti khutbah mengenai Aidil Fitri.


wikipedia
Labels:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!