Biodata Luqman Faiz penyanyi lagu Kepuraanmu

Biodata Luqman Faiz penyanyi lagu Kepuraanmu

Nama : Luqman bin Abd Halim Faiz


Asal : Shah Alam, Selangor



Usia: 18 tahun



Tinggi: 175cm



Berat: 57kg



Hobi: mendengar lagu/ video game



Cita-Cita: penyanyi



Warna kegemaran: Hitam/putih



Makanan kegemaran: Ayam



Minuman kegemaran: teh ais



Pendidikan: Lepasan spm



Kerjaya: pelajar / penyanyi


Kepuraanmu - Luqman Faiz

Kepuraanmu - Luqman Faiz


tersingkap segalanya
terang dan bersuluh
balikan kepuraan
bicara yang palsu
memusnahkan perasaan ini
terhadap mu

ternyata hakikatnya
amat memedihkan
terlucut semuanya
harapan untuk ku
kemanakah
sumpah dan setia
yang pernah mengikat
hatimu padaku

kau telah dikaburi
dengan sekedar budi dan janji
yang telah ditaburi
hingga aku terusir
aku yang berusaha
mengharap kau kan setia
namun kau berpaling
dan aku tersia
kemanakah
sumpah dan setia

ternyata hakikatnya
amat memedihkan
terlucut semuanya
harapan untuk ku
kemanakah
sumpah dan setia
yang pernah mengikat hatimu

ohh ohhh

kau hancurkan
segala janjimu
kau telah dikaburi
dengan sekedar budi dan janji
yang telah ditaburi
hingga aku terusir
aku yang berusaha
mengharap kau kan setia
namun kau berpaling
dan aku tersia
kemanakah
sumpah dan setia

haa ahhhh uhh
yang pernah mengikat hatimu
padaku


Word 40

Word 40

Be careful with your words,
Once they are said,
They can only be forgiven,
Not Forgotten.

Telefilem gandingan Fendy Bakry dan Eyra Hazali

Telefilem adaptasi cerpen berjudul 'Kahwin Kahwin' yang menampilkan gandingan Fendy Bakry dan Eyra Hazali.

Telefilem arahan Eyra Rahman ini mengandungi 3 kisah berbeza.

1.Sedang Suka Kamu 
2.Rindu Yang Kembali 

3.Assalamualaikum Ustazah

Akan menemui penonton pada Sabtu, 15 September pukul 9 malam di saluran Astro Citra dan Mustika HD. 

SINOPSIS AKU & JUAN

SINOPSIS AKU & JUAN

Mengisahkan Juan, anak remaja seorang tuai rumah panjang di Sarawak yang mendambakan kehidupan di bandar Kuala Lumpur. Dia menolak harapan ayahnya yang mahukan dia menggantikan tempatnya menjadi tuai rumah, dan mahu menjadi askar untuk berjuang untuk negara.

Sempena musim cuti panjang sekolahnya, Juan akan ke Kuala Lumpur untuk meluangkan masa dengan abangnya. Setibanya Juan di Kuala Lumpur, dia mula membantu Rahman menjalankan kerja-kerja amal membantu gelandangan dan golongan asnaf. Ketika itu, Juan mengenali Akil, seorang remaja yang sebaya dengannya, tetapi hidupnya susah dan terpaksa berhenti sekolah untuk berkerja demi menyara persekolahan adiknya kerana ibunya sakit.

Telefilem khas sempena sambutan Hari Malaysia bertajuk 'Akil & Juan' yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya, ZSyazwan Zulkifli, Boniface Uyan dan Muhammad Shahidan Abdullah. Akan ditayangkan pada hari Sabtu, 15 September pada pukul 9 malam di TV3.

Cahaya bulan di air tenang

Cahaya bulan di air tenang 

Bila aku terpandang wajah puan yang girang
Aku dapat bayangkan itu satu jawapan
Tapi bila kau tiada aku rasa terharu
Aku cari wajahmu di air yang sedang tenang
Jangan kanda ingatkan perasaan terharu
Lihat saja di awan kita sering berjumpa
Cubalah kau lihat cahaya sang rembulan
Di air yang tenang alangkah indahnya
Itulah ertinya hatiku yang tenang
Janganlah hendaknya gelora mendatang
Dinda dapat rasakan wajah di air tenang
Hati bertambah sayang bulan menjadi terang
Mata kita berpandang wajah di air tenang
Hati bertambah sayang bulan menjadi terang

SINOPSIS NERAKA KASIH MAISARAH


SINOPSIS NERAKA KASIH MAISARAH


Kisah Mak Midah seorang bidan kampung yang terkenal dan sangat dihormati. Segala hal berkaitan perbidanan di kampung pasti akan dirujuk padanya. Mak Midah mempunyai anak gadis bernama Maisarah. Maisarah dijaga dengan penuh kasih sayang.

Namun kebahagiaan mereka berakhir dengan satu tragedi malang menimpa Maisarah. Maisarah disahkan mengandung. Demi menutup aib keluarga, anak maisarah diberikan kepada pasangan suami isteri.

Sejak itulah, Maisarah hilang arah kerana kehilangan anaknya. Apakah yang akan berlaku pada Maisarah? Tradegi Malang itu memberikan imfak yang mendalam dalam kehidupan Maisarah.


Nantikan Telemovie Neraka Kasih Maisarah yang bakal mengisi slot cerekarama TV3. Dibintangi oleh Mimi Lana dan Raja AfiqAkan menemui penonton pada 16 September ini pukul 9.00 malam di TV3.

Sukan Malaysia 2018 : Perasmian Sukma ke - 19


Temasya sukan berprestij negara, Sukan Malaysia Ke-19 (SUKMA XIX) Perak 2018 membuka tirai secara rasmi dengan penuh gilang gemilang di Stadium Perak, malam Selasa (11 September 2018).
Perasmian kejohanan dwi-tahunan itu disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dengan lafaz perasmian disusuli gimik nyalaan obor berbentuk keris Taming Sari serta letusan bunga api di luar dan dalam stadium.


Tahukah anda, ciuman itu penting buat seorang anak namun wajib mak ayah tahu dimana cara yang betul nak cium dan sentuhan kepada anak-anak.

Kadang-kadang anak kita jadi liar dan nakal sebab dia kurang sentuhan dan ciuman mak ayah dia sebenarnya.

Tahukah anda, ciuman itu penting buat seorang anak namun wajib mak ayah tahu dimana cara yang betul nak cium dan sentuhan kepada anak-anak.
Apa yang jelas, setiap sentuhan itu akan menimbulkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak. Jika diperhatian setiap kali nak menghantar anak-anak ke tadika, perkara wajib mak ayah lakukan ialah memberi ciuman pada anak-anak.
Namun,mak ayah perlu tahu adab memberi ciuman kepada anak-anak terutama bila memberi ciuman pada mulut anak. Kurang manis memberi ciuman pada mulut bagi anak-anak pra sekolah yang berusia lima dan enam tahu.
Ibu bapa perlu diharap ambil perhatian dengan apa yang dikongsikan oleh Pendidik Ilmu Keibubapaan Dr Taufiq Razif Taufiq Razif
Kadang-kadang anak kita jadi liar dan nakal sebab dia kurang sentuhan dan ciuman mak ayah sebenarnya.
Perasan tak kalau anak kita jatuh sampai benjol kepala, kita automatik rasa nak peluk cium anak kita dan gosok-gosok tempat benjol tu dan serta merta anak kita pun jadi makin tenang dan berkurang sakitnya. Perasan tak?
Tu la keajaiban sentuhan dan ciuman! Tapi nak cium anak pun kena ada ilmu baru la makin berkesan untuk anak kita. Ada 4 tempat ciuman dan 6 tempat gosokan (sentuhan) yang kita kena hafal.
CIUMAN
  1. Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAN. Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
  2. Ciuman di dahi adalah tanda REDHA. Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
  3. Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU. Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau si comel kita tu.
  4. Cium kat tangan adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita. Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud kat tangan orang tua. Salah tu! Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi. Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman. Katanya dia tu tanda sembah, bukan tanda hormat.
SENTUHAN/GOSOK
Untuk tempat gosok tu sama je dengan 4 tempat ciuman tadi cuma tambah extra 2 tempat lagi.
  1. Gosok di belakang leher ye kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.
  2. Gosok di dada pulak sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.
  3. PANTANG LARANG! Jangan sesekali cium anak kat bahagian bibir. Memang nampak kiut tapi bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal kita je. Area bibir adalah area yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.
Dikhuatiri boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya dah agak meningkat ke umur 5 – 6 tahun nanti. Kalau dah terlanjur amal cium mulut nak buat camne? Hentikan sekarang!
Kredit : Taufiq Razif 

SINOPSIS DI SISI

SINOPSIS DI SISI

Kisah Udin (15 tahun), menjaga ayahnya yang lumpuh separuh badan. Walaupun sering dimarahi, Udin tidak melawan dan akur dengan setiap yang terbit daripada mulut ayahnya. Malah dia terus sabar mengurus dan menjaga Pak Jali yang lumpuh separuh badan. Di rumah dilihat Udin seorang budak yang kurang berbicara, manakala diluar pula Udin dilihat sebagai seorang budak yang banyak mulut. Kerajinan Udin amat disenangi oleh penduduk disitu

Di laluan lorong-lorong rumah ke warung, Udin sering bersembang dengan Mak Mah. Mak Mah walaupun kasar bahasanya, tapi sering menasihati Udin tentang Pak Jali. Sehinggalah satu hari berlaku konflik dimana Udin didatangi oleh sekumpulan budak sebayanya yang tidak puas hati dengan tindakan Udin melaporkan kegiatan mereka kepada penghulu. Jali tahu Udin dipukul, namun dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Lebih parah lagi budak-budak tadi mengulangi perbuatan mereka terhadap Udin, seperti satu hiburan Udin dibuli.

Telefilem khas sambutan Mall Hijrah bertajuk "Di Sisi" karya Wan Afzam Wan Daud. Lakonan Aidil Rafiq, Ruzaidi Rahman, Aman Graseka dan ramai lagi. Telah ditayangkan di TV1 pada Isnin, 10 September pukul 9.00 malam.

Word 39

Word 39


SELAMT TAHUN BARU

1 MUHARAM 1440

SEMOGA KITA DAPAT HIJRAH

DALAM BERIBADAH SERTA

KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK

Sinopsis Paskal

Sinopsis Paskal

Mengisahkan tentang sepasukan anggota unit elit Pasukan Khas Laut atau PASKAL, yang dalam misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada tahun 2011.

Filem arahan Adrian Teh akan di tayangkan pada 27 September 2018

Lakonan Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi,Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G, Jasmine Suraya

SINOPSIS DM HATI AWAK

SINOPSIS DM HATI AWAK 

Danial buntu memikirkan calon isteri yang memenuhi citarasa ibunya, Hanipah. Semuanya dengan alasan mereka tidak boleh menjaga Danial seperti yang diinginkannya.

Telefilem DM Hati Awak lakonan Daler Yusuf, Amelia Henderson, Sweet Qismina, dan Thanuja Ananthan telah menemui penonton pada Ahad, 9 September pukul 8:30 malam di ntv7.

👉 google 

Wadah Terkini