SINOPSIS AKU & JUAN
Mengisahkan Juan, anak remaja seorang tuai rumah panjang di Sarawak yang mendambakan kehidupan di bandar Kuala Lumpur. Dia menolak harapan ayahnya yang mahukan dia menggantikan tempatnya menjadi tuai rumah, dan mahu menjadi askar untuk berjuang untuk negara.
Sempena musim cuti panjang sekolahnya, Juan akan ke Kuala Lumpur untuk meluangkan masa dengan abangnya. Setibanya Juan di Kuala Lumpur, dia mula membantu Rahman menjalankan kerja-kerja amal membantu gelandangan dan golongan asnaf. Ketika itu, Juan mengenali Akil, seorang remaja yang sebaya dengannya, tetapi hidupnya susah dan terpaksa berhenti sekolah untuk berkerja demi menyara persekolahan adiknya kerana ibunya sakit.
Telefilem khas sempena sambutan Hari Malaysia bertajuk 'Akil & Juan' yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya, ZSyazwan Zulkifli, Boniface Uyan dan Muhammad Shahidan Abdullah. Akan ditayangkan pada hari Sabtu, 15 September pada pukul 9 malam di TV3.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”