SINOPSIS SELAMAT MALAM TAN SRI
Kisah tentang seorang wartawan bernama Hanim Hanani yang mahu membongkar rahsia Tan Sri Rahman yang dikatakan beristeri dua secara rahsia. Tan Sri Rahman Shah pula mengurus bisnesnya seperti tiada hari esok. Dia gigih bekerja, siang malam memikirkan untung dan rugi. Ditakdirkan tersiarnya satu rencana dalam majalah menjadikan hidupnya huru-hara. Wartawan itu dicari. Tanpa disangka, Tan Sri Rahman mula jatuh hati dengan wartawan bernama Hanim Hanani.
Keputusan Hanim Hanani memilih lelaki itu bukan kerana harta. Jika itulah alasan dan tuduhan, dia menafikan. Dia bukan memburu kemewahan. Bukan juga kerana kasihan. Malah lamaran cinta lelaki muda telah ditolak mentah-mentah.
Bagaimanapun Hanim Hanani tidak menafikan soal harta, darjat dan prestij turut terbetik di hatinya. Sejak pertama kali memandang lelaki yang bergelar Tan Sri dalam tugasannya sebagai wartawan itu, hatinya mula berdetik.
Dia tidak pasti apakah maknanya. Lelaki itu telah pun beristeri; bukan satu malah dua. Isteri-isterinya bukan calang-calang wanita. Isteri pertamanya wanita ternama, berharta dan berkedudukan iaitu Puan Sri Rosnita. Begitu juga isteri keduanya, Netty Karmila, bekas ratu cantik yang digilai ramai.
Sementara itu Puan Sri Rosnita boleh terima hakikat bermadu asalkan semua pihak saling menghormati, jangan sampai memperlekah kewujudannya sebagai isteri pertama. Sebagai suami Tan Sri Rahman Shah sememangnya hampir sempurna dan pandai berkongsi kasih. Dia adil dalam segala hal. Rumah banglo. Hal keperluan harian, duit belanja, percutian dan sebagainya semua lengkap. Cuma satu sahaja iaitu melibatkan populariti. Puan Sri Rosnita tidak glamor seperti isteri keduanya, Netty Karmila.
Ketika itu Hanim Hanani sedikit pun tidak terfikir untuk bersaing dengan wanita-wanita itu. Dia pasti dia akan kalah tapi takdir menentukan segalanya.
Netty Karmila, bekas ratu cantik sukar menerima kenyataan dirinya sudah semakin pudar popularitinya sejak berkahwin. Apabila semuanya terjebak – Netty Karmila, Puan Sri Rosnita dan Hanim Hanani, terjadi situasi yang tidak masuk akal. Namun bukan semua perempuan tiada harga diri. Maruah mereka terpelihara demi lelaki bernama Tan Sri Rahman Shah.
Muncul pula Saiful Azam antara mereka. Tahap ego Tan Sri Rahman Shah dan anak bujangnya itu sanggup melakukan apa sahaja untuk merebut cinta Hanim Hanani. Hanim keliru memikirkan siapa yang harus dipilih. Dia mahu lari, pergi jauh tapi ke mana?
Drama adaptasi novel Selamat Malam Tan Sri tulisan Sri Diah Shaharuddin akan disiarkan di RTM 2 bermula 27 September ini. Drama ini diarahkan oleh Raja Mukhriz. Dibintangi oleh Dato Eizlan Yusof, Reen Rahim, Julia Ziegler, Marisa Yasmin, Idris Khan, dan Haliza Misbun. Akan disiarkan pada setiap Rabu dan Khamis, pukul 8.30 malam di TV2.
Sinopsis novel Selamat Malam Tan Sri
Tan Sri Rahman Shah mengurus bisnesnya seperti tiada hari esok; siang malam memikirkan untung rugi. Ditakdirkan tersiar satu rencana dalam majalah menjadikan hidupnya huru-hara. Hal kahwin dua bukan perkara main-main. Wartawan itu dicari! Puan Sri Rosnita boleh terima hakikat bermadu asalkan semua pihak saling menghormati, jangan sampai memperlekeh kewujudannya sebagai isteri pertama. Dia izinkan tetapi bersyarat. Betul suaminya berkongsi cinta. Itu hak suami dan bahagia seorang lelaki yang kaya bergaya.
Dia adil bab rumah banglo, keperluan harian, duit belanja, percutian dan semua lengkap. Cuma satu sahaja dia tidak adil - bab populariti. Dengan pendedahan dalam majalah itu, Puan Sri Rosnita seperti bunga layu, yang tidak lagi wangi. Bekas ratu cantik, Netty Karmila tiba-tiba buat masalah. Dulu memang dia perempuan glamor, selalu diekori, muka terpamer di majalah. akhbar, televisyen dan media sosial. Namun selepas berkahwin, dia patut sedar diri. Populariti jangan melebihi suami.
Sebagai wartawan, Hanim Hanani seperti kupu-kupu, terbang ke sana sini sebebasnya. Dia ligat hinggap di mana sahaja ada peluang. Dunia muda dan masa senggang mengelilinginya, tidak ubah seperti maharani dipuja-puji. Apabila semuanya terjebak - Netty Karmila, Puan Sri Rosenita dan Hanim Hanni - memang terjadi logik yang tidak masuk akal. Namun bukan semua perempuan tiada harga diri. Maruah mereka terpelihara demi lelaki matang berkarisma bernama Tan Sri Rahman Shah.
Saiful Azam hendak diletak di mana? Tahap ego Tan Sri Rahman Shah sebagai ahli perniagaan sukses dan anak bujangnya itu naik mendadak ketika masing-masing sibuk berjual beli kejujuran, makna cinta, hormat dan tanggungjawab terhadap Hanim Hanani yang sama-sama mereka kasihi. Hanim merindui semua yang manis, yang cantik, yang manja dan yang wangi. Dia mahu lari, pergi jauh tapi gagal. Kakinya dirantai oleh Tan Sri Rahman Shah dan anak lelakinya, Saiful Azam. Serentak. Betullah Kuala Lumpur ini sadis, namun tetap ada manisnya.

0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!