Pages

September 21, 2018

SINOPSIS AMMAR & OPIE

SINOPSIS AMMAR & OPIE

Kisah Ammar seorang penyanyi yang terkenal kini yang hanyut dalam dunia glamor. Ketika menerima berita kematian ibu, dia berdepan fitnah besar yang membuatkan nama dan kerjayanya hancur hingga membuatkan dia kemurungan dan mengalami tekanan perasaan yang teruk. Sebuah tawaran baru muncul untuknya mengenai sebuah kosert di Thailand yang akan menaikkan namanya kembali. Namun, ketika tiba di Thailand dia sedar dirinya sudah ditipu. Sejak itu hidupnya semakin berantakan hingga menjadi gelandangan. Dia akhirnya bertemu dengan Yopi, pengemis cilik yang menjadi sahabat karibnya. Sejak itu mereka berdua menyanyi di jalanan demi sesuap nasi. Kembara baru itu banyak mengajarnya makna sebuah kehidupan serta menemukan dia dengan Tuhan yang ditinggalkannya selama ini.

Drama bersiri arahan Raja Mukhriz bertajuk Ammar & Opie (tajuk asal Bila Tuhan Berbisik Cinta). Menampilkan lakonan Hazama, Irfan Rajali, Datuk Awie, Syerinie Myra, Kodi Rasheed, dan ramai lagi. Drama sebanyak 13 episod ini akan disiarkan mulai 20 September, setiap hari Rabu & Khamis pukul 9 malam di slot Zehra TV3.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!