Give us a chance

I am a child
With something to say
Please listen to me

I am a child
Who wants to play
Why don't you let me

My doors are waiting
My friends are praying
Small hearts are begging
Give us a chance
Give us a chance

Give us a chance
Give us a chance
Give us a chance
Please, please, give us a chance

5 RUTIN WAJIB PENJAGAAN MOTOSIKAL.

5 RUTIN WAJIB PENJAGAAN MOTOSIKAL.

"ASALKAN boleh start, jalannn..."
Salah satu tabiat buruk pengguna motosikal adalah kerap mengabaikan rutin penyenggaraan, terutama kalangan penunggang yang menjadikan kenderaan mereka itu sekadar alat bergerak dari A ke B.

Selagi tak ada masalah, buat apa bawa ke bengkel?" - Seman

Tahukah anda amalan penyenggaran yang dilakukan secara rutin mampu mengelak motosikal anda menghadapi kerosakan besar yang menelan kos baik pulih tinggi? Mari, kita ikuti apakah 5 rutin yang sepatutnya anda sebagai penunggang ambil tahu, tapi selalu diabaikan:

1. PELINCIRAN AM

Apa-apa yang bergerak pada motosikal memerlukan pelincir. Antaranya, sambungan suspensi, hendal, tongkat, alas pemijak (jika boleh digerakkan) dan skru serta nat. Jika dibiarkan lama tanpa pelinciran, pergerakan komponen tersebut boleh terganggu disebabkan pengumpulan habuk atau karat.

Misalnya skru, walaupun tidak membabitkan pergerakan, tetapi jika dibiarkan berkarat lama, komponen itu pun boleh mereput, dan sukar ditanggalkan kecuali menggunakan bantuan alat elektronik berkuasa (power tools).

Seeloknya, sebelum pelinciran dibuat, anda perlu bersihkan kawasan tumpuan menggunakan kain pengelap atau berus gigi terpakai. Bagi tugasan pelinciran pula, anda boleh gunakan pelincir serba guna seperti WD40 yang sudah jadi pilihan popular zaman berzaman. ๐Ÿ’ช๐Ÿผ

2. SISTEM BREK


Kasut brek untuk brek dram dan pad brek (brek cakera) ada tempoh tertentu untuk haus, tetapi janganlah sampai dibiarkan terlalu lama pula. Alat ganti itu bergantung kepada kekerapan anda menggunakan motorsikal, dan bolehlah diperiksa sebulan sekali.

Cara Periksa:

Pad brek (brek cakera) - Semak alur atau lekuk indikator pada pad brek. Pad baharu mempunyai alur yang dalam. Tukar pad baharu jika paras alur nampak tipis.
Kasut brek (brek dram) - Periksa bahagian luar dram untuk indikator haus dan indikator tukar. Tekan pedal brek untuk dapatkan bacaan,  sekiranya jurang atau gap antara indikator itu sangat dekat, itu bermaksud anda perlu menukar brek dram baharu.
Antara masalah brek dram yang kerap dihadapi ialah bunyi nyaring ketika motosikal bergerak. Jika brek belum haus, kemungkinan besar bunyi tersebut disebabkan debu-debu yang bersisa dalam dram atau brek dimasuki air. Bawa saja ke bengkel dan minta mekanik periksa dan cuci menggunakan semburan angin mampat.

3. PERIKSA MINYAK HITAM/ENJIN

Penyenggaraan minyak hitam bukan sekadar tuang dan periksa apabila tiba tempoh menukar. Lebih-lebih lagi jika anda guna pelincir sintetik dengan tempoh menukar lebih lama. Kekerapan memeriksa minyak hitam, misalnya seminggu sekali, membolehkan anda memerhati sebarang tanda bahaya yang mungkin menyebabkan kerosakan besar ke atas enjin.

Berikut antara tanda yang dapat diperhatikan:

Warna - Jernih dan keperangan (warna asal) menunjukkan minyak masih elok. Jika hitam atau kusam sudah sampai masa ditukar baharu. Jika keputihan, ini bahaya kerana gasket kepala silinder kemungkinan bocor atau berlaku masalah besar lain!
Aras Berubah - Jika takat minyak terlalu cepat berkurangan, itu bermakna motosikal anda ada masalah gegelang piston (antara punca utama) atau masalah injap (valve). Bawa segera ke bengkel atau pusat servis untuk diperiksa.

4. JAGA RANTAI PACU

Amalan ini selalu diabaikan hingga menyebabkan rantai jadi terlalu longgar dan berbunyi. Tahukah anda rantai longgar juga mampu menjejaskan prestasi motosikal?

Rantai yang kemas dan diminyakkan dapat melakukan hantaran kuasa ke roda belakang dengan lebih lancar. Malah, kekerapan menyenggara dan melincirkan rantai mampu memanjangkan jangka hayat komponen berkenaan.

Sebagai penunggang motosikal di negara tropika yang kerap mengalami hujan dan panas sepanjang tahun, anda dinasihatkan memiliki sendiri pelincir khas untuk rantai. Ingat, cuba elak menggunakan WD40 atau minyak hitam terpakai yang biasa dilakukan kebanyakan bengkel dan pemilik motosikal.

5. JAGA TAYAR

Tayar ialah komponen utama yang menghubungkan anda dengan jalan. Namun, masih ramai penunggang meletakkan diri dalam risiko bahaya dengan menunggang motosikal tanpa tayar cukup tekanan.

Tayar yang tiada tekanan angin mencukupi bukan saja boleh cepat haus, tetapi turut menjejaskan kawalan. Motosikal akan jadi lembab untuk memecut dan tidak stabil ketika mengambil selekoh.

Jika malas ke pam minyak semata-mata untuk memerika tekanan tayar, dapatkan tolok tekanan angin yang mudah disimpan. Kini, tiada lagi alasan untuk tidak periksa tekanan angin tayar!

Berapa kerap? Anda perlu periksa angin tayar sekurang-kurangnya seminggu sekali walaupun motosikal anda hanya diparkir dalam garaj. Sila pam angin mengikut tekanan ditetapkan dalam manual penyenggaraan. Perhatikan juga keadaan bunga tayar untuk mengesan sebarang tanda kehausan atau kebocoran seperti tertusuk paku atau objek tajam.

KESIMPULAN
Senarai di atas hanya membabitkan rutin penjagaan asas untuk mana-mana motosikal. Bagi penjagaan lain, seperti memeriksa kelegaan injap dan aspek teknikal lain yang lebih rumit, eloklah rujuk kepada manual penyenggaraan atau dapatkan khidmat bantuan mekanik terlatih.

Surah Al-Waaqi'ah, ayat 19

Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
 _ Surah Al-Waaqi'ah, ayat 19 

SINOPSIS BAWAKU TERBANG

SINOPSIS BAWAKU TERBANG

Am, seorang gamer yang dicabar untuk menjadi seorang juruterbang sebenar akhirnya layakkan diri ke akademi penerbangan. Banyak dugaan tapi semua Am berjaya hadapi dengan bantuan Julie.

Telefilem Bawaku Terbang disiarkan pada, 22 Disember 2018, jam 9:30 malam di ntv7.

Lakonan Nafiz Muaz, Hafiz Nolan, Bella Nazari, Ain Edruce, Miera Rahim dan ramai lagi.

Nama Paling Pendek Di Dunia

Nama Paling Pendek Di Dunia


“Walaupun nama saya hanya satu huruf, S, namun pelbagai kenangan manis dilalui terutama ketika akad nikah apabila suami, Nuzrul Hassan, 31, terpaksa melafazkan tujuh kali dan pengalaman itu tidak dapat dilupakan seisi keluarga dan saudara-mara yang hadir pada majlis yang diadakan pada 7 Julai 2007,” kata S, 24, menceritakan pengalamannya berdepan beberapa keadaan unik disebabkan namanya itu.
Menurutnya, sepanjang hidupnya, semua kenalan mulanya menyangka S nama timangan, namun apabila diberitahu ia nama sebenar, semua terdiam sebelum berkata ia sesuatu yang pelik.
“Bukan saja kenalan, malah suami sendiri terkejut apabila diberitahu nama saya S ketika kami bertunang empat tahun lalu.
“Apapun, saya bersyukur dengan nama diberikan bapa dan tidak pernah merungut apabila berdepan pelbagai keadaan menghairankan kerana memang sesuatu yang jarang berlaku.
“Memandangkan perkataan susah dan senang bermula huruf S, bapa kerap menasihatkan saya supaya bersusah-susah dulu supaya senang kemudian.
“Malah, tiga adik perempuan saya turut diberikan nama pendek seperti Liz, 22, Maz, 11, dan Hani, 9,” katanya yang tinggal di Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai, di sini.
Sementara itu, bapanya, Rusli Ahmad Abdul Karim, 50, berkata, pemilihan satu huruf sebagai nama anak sulung daripada empat beradik itu berikutan pengalaman hidupnya sendiri.


“Arwah ayah memiliki tiga nama (tiga suku kata) hingga ia menjadi bahan ejekan ramai termasuk menyatakan saya mempunyai tiga bapa. Pengalaman itu menyebabkan saya mengambil keputusan memberikan nama paling pendek kepada anak saya iaitu hanya huruf ‘S’.
“Namun bak kata pepatah, rezeki anak terletak pada namanya, S kini berusia 24 tahun menjalani kehidupan rumah tangga bahagia dan berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang diminati biarpun mempunyai seorang cahaya mata,” katanya.
Rusli berkata, sebelum menamakan anaknya, dia pernah merujuk nama pilihannya itu dengan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) sebelum pendaftaran nama anak sulungnya itu diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Biarpun tidak menghalang, Jaij tidak menggalakkan pemberian nama seumpama ini kerana bimbang menjadi ikutan masyarakat selain tidak mempunyai maksud.
“Namun, saya menerangkan tujuan dan niat memberikan nama sedemikian kepada mereka bagi mengelak salah faham,” katanya.
Katanya, walaupun nama anaknya terlalu pendek dan unik, dia dan isterinya pernah beberapa kali berdepan kesulitan termasuk ketika membawa S berurusan di klinik apabila seorang jururawat menganggap dia leka mengisi borang kerana hanya mencatatkan huruf S.
“Namun, selepas saya memberitahu perkara sebenar, mereka pelik dan tidak kurang menyatakan pilihan nama itu sesuatu yang baru kerana tidak pernah didengar sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, walaupun tidak mengetahui sama ada nama S mempunyai maksud tertentu, dia sentiasa berdoa supaya nama itu membawa rezeki kepadanya termasuk berjaya dalam hidup.
“Saya bersyukur kerana S dapat melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang Teknologi Seni Bina di Institut Teknologi Perindustrian Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) sejak setahun lalu kerana itu adalah impiannya,” katanya yang mengusahakan gerai Pisang Misai Corner di Gelang Patah.


Sumber : SINI

Kredit : SINI

Pujaan Hati Kanda by Aulia Iman

Pujaan Hati Kanda by 

Lelaki mata keranjang? Gelaran itu pernah tergalas di bahunya. Dan kerana kejahatan masa silam, dia terhukum dan termalu sendiri. Siapa sangka, ketika dia sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru, dirinya dihidangkan dengan dugaan yang paling besar.

Surah Al-Hujurat Ayat 12

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)

NASIHAT DARIPADA POLIS DIRAJA MALAYSIA

NASIHAT DARIPADA POLIS DIRAJA MALAYSIA

Polis Diraja Malaysia menasihatkan anda dan orang ramai supaya berhati-hati supaya tidak ditipu oleh penipu dengan cara berikut:

Jangan jawab telefon, tidak kira siapa mereka, jika perbincangan mengenai kad bank - *Tolong tutup*

Jika mereka bercakap tentang anda memenangi sesuatu - *Tolong tutup.*

Jika mereka bercakap tentang Cukai Keselamatan Awam dan Jabatan Hasil Dalam Negeri - *Segera tutup.*

Terbaru. Panggilan dari Mahkamah Tinggi KL bercakap pasal waran tangkap
*Tolong Tutup Segera*

Pada semua mesej teks, jangan klik pada sebarang pautan - *Padam semua.*

Semua panggilan telefon bermula dengan 08-111 - *Jangan jawab mereka.*

*Jika anda boleh melakukan semua ini, anda tidak akan ditipu atau ditipu*

Sila ingatkan semua ahli keluarga dan rakan-rakan.

#whatsappgroup

#123

Kau bagiku paling terindah
Wajah ayumu itu
Membuatku terpaku

Aku manusia tak sempurna
Tapi ku bisa berkata
Demi untuk mencari cinta sejati

Satu dua tanda tanya
Banyak persoalan yang terlintas
I wonder how to tell you this
Aku malu padamu

Ku pejam mata
Terlihat bahagia akan tiba
Bersamamu yang terindah
Semua pasti bahagia
Kau au au au wanita paling sempurna
Berbeza dengan yang lain
Kau teristimewa
Kaulah cinta

Satu dua tanda tanya
Banyak persoalan yang terlintas
I wonder how to tell you this
Aku malu padamu

Ku pejam mata
Terlihat bahagia akan tiba
Bersamamu yang terindah
Semua pasti bahagia

Kau membuatku jadi gila
Manisnya dirimu
Pasti kau milikku

Satu dua tanda tanya
Banyak persoalan yang terlintas
I wonder how to tell you this
Aku malu padamu

Satu dua tanda tanya
Banyak persoalan yang terlintas
I wonder how to tell you this
Aku malu padamu

Ku pejam mata
Terlihat bahagia akan tiba
Bersamamu yang terindah
Semua pasti bahagia

Permata tak akan bersinar
Jika tiada cahaya

IKTIBAR DARI BELANJA MAKAN TOSE MASALA.

IKTIBAR DARI BELANJA MAKAN TOSE MASALA. 

Terjumpa seorang tua yg tinggal sekampung dengan saya di pekan,katanya nak ke setesen bas untuk balik,saya ajak balik dengan saya. Dia setuju.
Mukanya berpeluh kerana berjalan dalam panas,datang ke pekan nak beli batu pengasah dan pisau menebas rumput.”Kita singgah minum sikit.”kata saya mempelawa.Dia tidak menolak mungkin kerana terasa haus.Saya singgah di satu kedai nasi kandar.
Saya order tosai masala dan teh o ais.Dia hanya order teh o ais.Bila disuruh order makan,dia menolak tetapi saya rasa dia hanya terasa segan.Lalu saya tanya dia,”Pak ngah,kita cuba tose masala,sedaaap!
“Dia membalas,”Cikgu nak belanja saya,saya terima saja.Tekak orang susah macam saya ni mana boleh memilih.”Saya senyum saja.Kami makan sambil berbual.Katanya,”Sedap cikgu.Saya tak pernah makan,ingat ini orang India saja makan.”
Selesai makan dia bertanya,”Mahai ka tose ni,berapa duit sebiji.?”Saya membalas,”3.50 sebiji.”Dia kelihatan meraba poket baju telok belanganya,mengeluar uncang plastik kecil yg berlipat.Ada beberapa not seringgit dan duit siling.
Saya sangka dia nak bayar,cepat-cepat saya suruh dia simpan,kerana saya nak bayar.Tetapi dia berkata,”Saya rasa bersalah,rasa mengkelan, kerana saya dapat makan yg sedap hari ni,tapi anak bini saya tidak.Kami selalu kongsi susah senang.
Bila makan sedap begini,saya teringat kat depa, saya nak beli bawak balik untuk depa juga,supaya saya tak rasa bersalah,rasa penting diri.Beli sebiji pun jadilah,depa boleh kongsi lima orang.Kalau tak kenyang pun,dapat rasa jadilah.”
Ya Allah.Subhanallah!Saya tergamam,sebak mendengar kata-katanya.Betapa kuat ingatan kasihnya kpd anak isterinya.Betapa aku tidak pernah mempunyai ingatan sebegini bila makan diluar sendirian.
Jernihnya jiwa insan ini,kemiskinan mendidik mereka berkongsi segalanya,baik yg susah maupun yg menyenangkan. Saya order 3 biji tose masala untuk dia bawa balik.Senyumnya ketika turun dari kereta membayangkan kepuasan dan kegembiraannya.
Allah menunjukkan kpd saya hari ini bagaimana bersihnya jiwa mereka yg serba kurang dalam hidup,berkongsi segalanya,sedang kita yg mewah,membina sikap individualistik.Makan pun dah jarang bersama,makan pun tak sama,apa lagi berkongsi susah senang.
Lihatlah betapa anak anak mengabai ibubapa,apa yg mereka makan,apa masalah yg mereka hadapi.Ada juga ibubapa yg tak peduli masalah anak,asal beri duit dah cukup.Ada bapa yg ke majlis sana sini,hanya membawa perut yg kekenyangan balik kerumah. Ada yg hanya bawa balik sendawa berbau durian bila dijamu diluar sedang anak isteri tak pernah merasa.
Perkahwinan itu perkongsian yg berterusan hingga ke liang lahat.Berkongsi dg isteri,anak bahkan cucu.Binalah ingatan bersama.Jika orang tua ini begitu terasa perlunya berkongsi walau hanya pada perkara makan,bermakna mereka berkongsi lebih jauh lagi dlm hal lain.Itulah yg membina keeratan ikatan kekeluargaan.
Ambillah iktibar, Jangan pentingkan diri.Rezeki yg diturunkan kpd kita sebenarnya ada didalamnya rezeki isteri,anak anak,jangan dipolok sendiri. Jangan kita saja sibuk bertukar baju baru,bini berpakaian lusuh,anak anak berpakaian koyak,jangan kita saja bertukar handphone,smartphone,anak tak ada satu permainan pun.
Jangan kita saja bertukar kereta,anak berbasikal cabuk,isteri bergelumang didapur serba buruk. Berfikirlah lebih lanjut.Jika ada yg terasa,memang saya nak bubuh serbuk perasa,kerana sendiri tak mau rasa. Sumber: Abd Ghani Haron
Tuhan menunjukkan kepada saya hari ini bagaimana bersihnya jiwa mereka yang serba kurang dalam hidup, berkongsi segalanya, sedang kita yang mewah, membina sikap individualistik. Makan pun dah jarang bersama, makan pun tak sama, apa lagi berkongsi susah senang. Lihatlah betapa anak-anak mengabai ibu bapa, apa yang mereka makan, apa masalah yang mereka hadapi. Ada juga ibu bapa yang tak peduli masalah anak, asal beri duit dah cukup.
Ada bapa yang ke majlis sana sini, hanya membawa perut yang kekenyangan balik ke rumah..
Ada yang hanya bawa balik sendawa berbau durian bila dijamu di luar sedang anak isteri tak pernah merasa.
Perkahwinan itu perkongsian yang berterusan hingga ke liang lahat. Berkongsi dengan isteri, anak bahkan cucu. Binalah ingatan bersama. Jika orang tua ini begitu terasa perlunya berkongsi walau hanya pada perkara makan, bermakna mereka berkongsi lebih jauh lagi dalam hal lain. Itulah yang membina keeratan ikatan kekeluargaan.

Hello Pizza

Hello Pizza
9 jenis menu pizza
NAK TENGOK MENU
klik link ini : http://hellopizza.com.my/index_kulim.htm
Untuk lihat testimonial  klik link ini : http://hellopizza.com.my/index_infoterkini2.htm
BUKA       : SABTU HINGGA JUMAAT
                 ( HARI-HARI BUKA... )
                  11.00PG HINGGA 10.00MLM
                   COD :  terima order hingga pukul 9.00mlm sahaja
LOKASI    : DEPAN PEJABAT JABATAN PENDAFTARAN NEGARA KULIM
                    ( THE CABIN COFFEE )
NAK ORDER...
CALL NO NI : 017-5169592
ATAU
DIRECT WASAP KAMI klik link ni... http://hellopizzakulim.wasap.my

Word 87

Word 87

*MESEJ-MESEJ YANG HUKUMNYA HARAM*

Mesej berantai dijatuhkan hukumnya *SYIRIK* kerana seolah-olahnya manusia yang berkuasa menentukan *qada* dan *qadar* yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. 

Contoh mesej mesej berantai :-

1. Sebarkan sekarang. Sekiranya anda tidak menghantar mesej ini, itu bermaksud anda telah dibisikkan oleh syaitan. Terpulanglahhh.......

2. "Sesiapa yang tidak menghantar mesej ni, akan ditimpa musibah" .

3. "Sesiapa yang menghantar mesej ini dalam masa dua jam, orang yang tersayang akan datang ke rumah anda". 

4. "Siapa yang mengabaikan mesej ini, anda akan kehilangan orang yang tersayang". 

5. "Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang, dalam masa 4 jam, anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah". 

6. "Hantar mesej ini kepada sekurang-kurangnya 12 orang, anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2 jam",

Ada bermacam-macam lagi mesej dalam bantuk seperti yang di atas yang perlu diabai & *dihentikan segera*.

Senang cerita, ia berkait rapat dengan perjanjian yang berbentuk ganjaran atau musibah yang ditetapkan oleh manusia sendiri.

Manusia adalah tidak layak untuk menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab-sebab yang tertentu..........

Teguran serta nasihat untuk semua umat islam, mesej berantai spt contoh yg diberikan adalah *HARAM......!!!!!!*

*Viralkan biar semua orang tahu.......*

 Daripada :
*Bahagian Dakwah,*
*JAKIM, Malaysia.*

ูˆุงู„ู„ู‡ ุงุนู„ู…


#whatsappgroup 

M Class 124M # Men Leader Safety Shoes Boots

Ini pertama kali saya beli barangan secara online, terutamanya Lazada.

Mencuba, akhir barang selamat sampai.

Lagi pun kasut saya rosak teruk, biasanya berhujan berpanas, hari-hari guna.

Di bawah perjalanan pembelian kasut saya ...
M Class 124M # Men Leader Safety Shoes Boots RM32.90

04 Dec 2018 - 15:21
Your package has been delivered. Thank you for shopping at Lazada and see you on your next purchase!
04 Dec 2018 - 10:35
Your package will be delivered shortly. Gdex will contact you to inform about delivery.
04 Dec 2018 - 03:44
Your package has been shipped with GDex.
This is your tracking number [GAM*********] Please allow 12-24 hours for the status to be available on system.
03 Dec 2018 - 18:03
Your package is in the process of being shipped out to Gdex.
02 Dec 2018 - 01:19
Your package has been packed.
01 Dec 2018 - 18:06
Thank you for shopping at Lazada! If you did not select a payment method, click PAY NOW above. Otherwise, your order will be cancelled automatically after 72 hours or item is out of stock. An update will be sent via email once your order is successfully placed.
01 Dec 2018 - 18:06
Your order has been successfully verified......
VIEW LESS


Wadah Terkini