Pages

November 09, 2018

SINOPSIS PUJAAN HATI KANDA

SINOPSIS PUJAAN HATI KANDA

Kisah Danny seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Sewaktu hari akad pernikahannya, hadiah tidak diduga hadir apabila bayi kecil diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sehelai sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab keatas bayi tersebut. 

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga si kecil itu dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dengan Tiara dan Reena. Pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny tidak memberitahu perkara sebenar identiti bayi itu. 

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sebagai duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.

Sementara itu pula, dia sudah berjanji untuk meneruskan misi menjejak gadis misteri yang menyusahkan hidupnya itu dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

Drama Pujaan Hati Kanda adaptasi novel karya Aulia Iman Akan menemui penonton di slot Akasia TV3 pada bulan Disember nanti. Lakonan Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Dian P Ramlee, Catriona Ross dan ramai lagi.

1 comments:

Umi Nazrah berkata...

hehe daripada sinopsis dah boleh agak jalan cerita ni. tapi kalau dapat tengok, best jugak. hehe

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!