Pelakon dan pelawak, Zaibo, meninggal dunia di kediamannya di Rengit, Batu Pahat, Johor sekitar pukul 1.20 petang, 14 November 2018.
Berita sedih itu disahkan oleh isterinya, Siti Hawa Sawal.
“Abang Zaibo dah tiada. Minta doakan dia ya,” katanya ringkas.
Siti Hawa, 52, berkata, jenazah akan dikebumikan selepas waktu Isyak malam ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.
Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, tidak menyedari dia menghidap kanser tahap empat sehinggalah pada Ramadan lalu apabila beliau tidak boleh menelan makanan.
Penyakit kanser esofagus dikesan selepas sambutan Hari Raya Aidiladha lalu apabila beliau kerap mengadu tersedak setiap kali makan.
Beliau kemudian dirujuk di hospital besar sebelum keputusan pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mengesahkan dirinya menghidap kanser esofagus tahap empat.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”