Sinopsis Ghaib
Mimie, Jessica, Nina dan Suci masuk ke dalam gua dan menyeru roh yang menghuni kawasan itu.
Jessica tidak senang dengan rancangan itu mula berasa resah. Tiba-tiba kedengaran suara wanita mengilai dan mereka mula takut.
Tiba-tiba satu lembaga yang dikenali sebagai hantu Mona muncul di belakang Mimie dan lilin terpadam. Mereka berlari keluar dari gua dan menyedari Mimie tiada bersama mereka.
Mereka berlari ke pondok pengawal keselamatan kolej untuk mengadu perkara itu dan kemudian bergegas ke balai polis.
Detektif Reza dan Sarjan Anita diarah menyiasat kejadian itu namun mereka tidak percaya dengan kewujudan hantu Mona.
Pengetua kolej itu, Puan Maurice meminta pihak polis merahsiakan perkara berkenaan demi menjaga nama baik premis itu.
*HARIAN METRO _KHAMIS 8 NOVEMBER 2018 _RAP 46 & 47
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”