Pages

November 19, 2018

SINOPSIS MILIK KITA

SINOPSIS MILIK KITA


Raisya gadis berkerjaya hebat, bijak dan disegani ramai. Suatu hari penghawa dingin di pejabat Raisya mengalami kerosakan, maka seorang juruteknik dihantar untuk memeriksa. Itulah detik pertama kali Raisya bertentang mata dengan Nik Luqman. Namun Rasya sedar Luqman jauh lebih muda dari dirinya. Akhirnya dengan penuh keberanian Raisya sendiri yang melamar Luqman untuk dirinya. Mereka akhirnya disatukan. Di pejabat Raisya adalah bos, di rumah dia adalah bidadari terbaik Luqman. Pejabat Raisya mengiklankan kerja kosong untuk jawatan P.A. Raisya tertarik pada seorang gadis muda, fresh graduate yang bijak, cantik dan baik. Meski masih muda, Yasmin sudahpun memiliki seoarng anak berusia 6 bulan. Raisya dan Yasmin serasi bersama dan menjadi akrab.
Sehinggalah suatu hari, Raisya diserang sakit perut yang teramat sangat. Raisya disahkan mengandung 5 minggu. Berita itu bagaikan nikmat yang tidak terperi dan tidak sabar untuk memberikan kejutan istimewa itu pada Luqman. Ketika keluar dari klinik, Raisya terkejut bertembung dengan Yasmin yang juga datang membawa bayinya ke klinik kerana tidak sihat. Sedang mereka berborak, tiba-tiba suami Yasmin baru keluar dari bilik doctor, alangnya terkejutnya apabila Yasmin memperkenalkan Nik Luqman sebagai suaminya. Puas Luqman cuba memberi penjelasan, namun Raisya tetap memfailkan penceraian. Suatu hari Luqman bergaduh dengan rakannya Syafiq dan membuatkan Luqman cedera dan kritikal. Yasmin tekad untuk berjumpa dengan Raisya dan menerangkan hal sebenar yang Luqman menikahinya demi menyelamatkannya kerana mengandungkan anak luar nikah dengan bekas kekasihnya. Setelah mendengar penjelasan Yasmin, Raisya menyesal dengan perbuatannya dan memohon maaf dari Luqman. Luqman bersyukur, isterinya kini mengandung dan berjanji akan menjaga isteri dan bayi dalam kandungan dengan sebaiknya. Ketika Raisya selamat melahirkan bayinya, Yasmin pun pergi bersama bayinya, membawa diri jauh dari Luqman. Dia tidak mahu menjadi penghalang kebahagiaan mereka.



Telefilem Milik Kita. telah disiarkan di slot Luna ntv7 pada Ahad, 18 November pukul 9.30 malam. 

Lakonan Rita Rudaini, Josiah Hogan, Eyra Hazali, Mathni Razak, Mak Wan dan ramai lagi.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!