Pages

Pengakuan

Disember 20, 2018

IKTIBAR DARI BELANJA MAKAN TOSE MASALA.

IKTIBAR DARI BELANJA MAKAN TOSE MASALA. 

Terjumpa seorang tua yg tinggal sekampung dengan saya di pekan,katanya nak ke setesen bas untuk balik,saya ajak balik dengan saya. Dia setuju.
Mukanya berpeluh kerana berjalan dalam panas,datang ke pekan nak beli batu pengasah dan pisau menebas rumput.”Kita singgah minum sikit.”kata saya mempelawa.Dia tidak menolak mungkin kerana terasa haus.Saya singgah di satu kedai nasi kandar.
Saya order tosai masala dan teh o ais.Dia hanya order teh o ais.Bila disuruh order makan,dia menolak tetapi saya rasa dia hanya terasa segan.Lalu saya tanya dia,”Pak ngah,kita cuba tose masala,sedaaap!
“Dia membalas,”Cikgu nak belanja saya,saya terima saja.Tekak orang susah macam saya ni mana boleh memilih.”Saya senyum saja.Kami makan sambil berbual.Katanya,”Sedap cikgu.Saya tak pernah makan,ingat ini orang India saja makan.”
Selesai makan dia bertanya,”Mahai ka tose ni,berapa duit sebiji.?”Saya membalas,”3.50 sebiji.”Dia kelihatan meraba poket baju telok belanganya,mengeluar uncang plastik kecil yg berlipat.Ada beberapa not seringgit dan duit siling.
Saya sangka dia nak bayar,cepat-cepat saya suruh dia simpan,kerana saya nak bayar.Tetapi dia berkata,”Saya rasa bersalah,rasa mengkelan, kerana saya dapat makan yg sedap hari ni,tapi anak bini saya tidak.Kami selalu kongsi susah senang.
Bila makan sedap begini,saya teringat kat depa, saya nak beli bawak balik untuk depa juga,supaya saya tak rasa bersalah,rasa penting diri.Beli sebiji pun jadilah,depa boleh kongsi lima orang.Kalau tak kenyang pun,dapat rasa jadilah.”
Ya Allah.Subhanallah!Saya tergamam,sebak mendengar kata-katanya.Betapa kuat ingatan kasihnya kpd anak isterinya.Betapa aku tidak pernah mempunyai ingatan sebegini bila makan diluar sendirian.
Jernihnya jiwa insan ini,kemiskinan mendidik mereka berkongsi segalanya,baik yg susah maupun yg menyenangkan. Saya order 3 biji tose masala untuk dia bawa balik.Senyumnya ketika turun dari kereta membayangkan kepuasan dan kegembiraannya.
Allah menunjukkan kpd saya hari ini bagaimana bersihnya jiwa mereka yg serba kurang dalam hidup,berkongsi segalanya,sedang kita yg mewah,membina sikap individualistik.Makan pun dah jarang bersama,makan pun tak sama,apa lagi berkongsi susah senang.
Lihatlah betapa anak anak mengabai ibubapa,apa yg mereka makan,apa masalah yg mereka hadapi.Ada juga ibubapa yg tak peduli masalah anak,asal beri duit dah cukup.Ada bapa yg ke majlis sana sini,hanya membawa perut yg kekenyangan balik kerumah. Ada yg hanya bawa balik sendawa berbau durian bila dijamu diluar sedang anak isteri tak pernah merasa.
Perkahwinan itu perkongsian yg berterusan hingga ke liang lahat.Berkongsi dg isteri,anak bahkan cucu.Binalah ingatan bersama.Jika orang tua ini begitu terasa perlunya berkongsi walau hanya pada perkara makan,bermakna mereka berkongsi lebih jauh lagi dlm hal lain.Itulah yg membina keeratan ikatan kekeluargaan.
Ambillah iktibar, Jangan pentingkan diri.Rezeki yg diturunkan kpd kita sebenarnya ada didalamnya rezeki isteri,anak anak,jangan dipolok sendiri. Jangan kita saja sibuk bertukar baju baru,bini berpakaian lusuh,anak anak berpakaian koyak,jangan kita saja bertukar handphone,smartphone,anak tak ada satu permainan pun.
Jangan kita saja bertukar kereta,anak berbasikal cabuk,isteri bergelumang didapur serba buruk. Berfikirlah lebih lanjut.Jika ada yg terasa,memang saya nak bubuh serbuk perasa,kerana sendiri tak mau rasa. Sumber: Abd Ghani Haron
Tuhan menunjukkan kepada saya hari ini bagaimana bersihnya jiwa mereka yang serba kurang dalam hidup, berkongsi segalanya, sedang kita yang mewah, membina sikap individualistik. Makan pun dah jarang bersama, makan pun tak sama, apa lagi berkongsi susah senang. Lihatlah betapa anak-anak mengabai ibu bapa, apa yang mereka makan, apa masalah yang mereka hadapi. Ada juga ibu bapa yang tak peduli masalah anak, asal beri duit dah cukup.
Ada bapa yang ke majlis sana sini, hanya membawa perut yang kekenyangan balik ke rumah..
Ada yang hanya bawa balik sendawa berbau durian bila dijamu di luar sedang anak isteri tak pernah merasa.
Perkahwinan itu perkongsian yang berterusan hingga ke liang lahat. Berkongsi dengan isteri, anak bahkan cucu. Binalah ingatan bersama. Jika orang tua ini begitu terasa perlunya berkongsi walau hanya pada perkara makan, bermakna mereka berkongsi lebih jauh lagi dalam hal lain. Itulah yang membina keeratan ikatan kekeluargaan.

2 comments:

ejulz berkata...

Allahu.. sedih baca cerita ni..

Abam Kie berkata...

suami n isteri perlu bertolak ansur dan saling melengkapi...

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!