Pages

Disember 25, 2018

SINOPSIS DIA MENANTU RAHSIA

SINOPSIS DIA MENANTU RAHSIA

Pertunangan antara Zamer dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa. Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan emak Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Lamaran daripada Syakir, akhirnya diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya. Malahan Engku Kamelia juga turut mendambakan cinta Syakir. Tujuan mereka mahu berkahwin tidak diketahui sesiapa. Malahan perkahwinan itu juga tanpa rasa cinta di hati masing-masing. Mampukah perkahwinan itu menyelesaikan masalah mereka? Selama manakah mereka mampu bertahan hidup di alam perkahwinan itu? 

Drama adaptasi novel Dia Menantu Rahsia karya Indah Hairani akan disiarkan di slot Akasia TV3, 28 episod, pada bulan Januari 2019. 

Lakonan Ashraf Muslim, Raysha Rizrose, Syazuwan Hassan, Mona Allen, Aisya Hasnaa, Reza Hasbi, Afzan A.Rahman, Annie Arifin, Fazlina Ahmad Daud, Ridzuan Hashim, Wilma Muhammad dan ramai lagi.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!