Korban tsunami Selat Sunda meningkat

JAKARTA: Agensi bencana Indonesia mengesahkan angka kematian bencana tsunami yang melanda kawasan pantai sekitar Selat Sunda di antara kepulauan Sumatera dan Jawa meningkat kepada 43 orang serta mencederakan 584 orang.
“Kami merumuskan laporan tsunami di Selat Sunda, melanda kawasan Serang, Pandeglang dan Lampung Selatan,” kata jurucakap agensi, Sutopo Purwo Nugroho kepada Metro TV, hari ini.
Menurut Sutopo, gelombang tsunami itu dipercayai mempunyai kaitan dengan letusan awal gunung berapi Anak Krakatau.
Katanya, dalam kejadian yang berlaku malam semalam, beratus-ratus rumah rosak dan dua orang dilaporkan hilang. - Reuters


Kalau kau masih membaca sampai sini
mungkin tulisan ini sedang memeluk hati kau dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”