Seorang lelaki yang mempunyai nama yang rare iaitu Kentut menjadi tumpuan. Kalau fikirkan dengan nama ini, sudah tentu ianya menajdi bahan ketawea dan lawak orang lain dan masyarakat terutama ketika kecil dan sekolah.
Tetapi akhirnya, lelaki ini telah berjaya menukar sama secara rasmi selepas 31 tahun menyembunyikan identiti.
Kentut bersyukur selepas hakim Mahkamah Daerah Tangerang, Banten di Indonesia membenarkan keputusan untuk menukar namanya.
Nama baru Kentut kini ditukarkan kepada Ihsan Hadi.
Ini komen dari Ihsan Hadi:
“Saya lega, bertambah semangat dan yakin,”
“Saya mempunyai 3 orang anak, 2 lelaki seorang perempuan, saya tidak mahu mereka berasa dihina jadi saya membuat keputusan ini,”
Itulah komen Ihsan Hadi kepada potal berita BBC Indonesia dalam satu temubual selepas mengumumkan bakal mengadakan majlis kesyukuran tak lama lagi.
Ihsan Hadi terpaksa mengambil keputusan mengubah nama selepas takut anak lelakinya akan dihina jika mempunyai ayah bernama Kentut.
Ihsan sebenarnya mahu menukar namanya sejak kecil lagi kerana sering diejek.
Ini jelasnya lagi:
“Saya tidak selesa sejak zaman kanak-kanak kerana sering diejek oleh rakan-rakan,”
Ihsan Hadi juga pernah bertanya kepada ibu bapanya tentang kenapa dirinya dinamakan dengan nama ‘kentut’.
Ini komen Ihsan Hadi:
“Ibu berkata, ia nama yang baik dan tidak membawa apa-apa bermakna, itu sahaja,”
Apapun kini nama nya sudahpun jadi lebih sedap iaitu Ihsan Hadi.
Sumber -Free Malaysia Today
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.