Pages

Disember 07, 2018

SINOPSIS RAISHA 2

SINOPSIS RAISHA 2

Mengisahkan tentang Raisha seorang wanita yang begitu dahagakan populariti. Beliau yang sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki, Qayyum hasil dari perkahwinannya bersama Reymy kemudiannya berkahwin dengan Fuad, seorang usahawan muda yang juga sahabat karibnya semenjak bangku sekolah. Setiap perniagaan pastinya melalui beribu cabaran dan Fuad tidak terkecuali. Apabila pendapatan perniagaan Fuad semakin merosot, Raisha merasakan dia perlu mengejar cita-citanya kembali untuk meningkatkan populariti.

Tempat Raisha bekerja dikunjungi syarikat penerbitan dan dijadikan lokasi penggambaran. Bagaikan tuah datang bergolek, kejelitaan Raisha menarik perhatian Rashdan dan ditawarkan watak utama di dalam sebuah filem. Raisha telah merahsiakan statusnya malahan dia mendakwa Qayyum hanyalah anak saudaranya.

Fuad tidak senang hati dengan perubahan Raisha. Raisha sering mencari masa dan alasan untuk berjumpa dengan Rashdan. Dia sudah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu. Rashdan pula sudah jatuh cinta dengan Raisha. Dia meyakinkan Raisha bahawa dia akan menjaga Raisha di Kuala Lumpur nanti. Lantas, Raisha berfikir bahawa penceraian bersama Fuad adalah jalan terbaik baginya.

Perasaan marah telah menguasai Fuad dan mereka berdua bergaduh besar. Fuad tidak akan bersetuju untuk menceraikan isterinya kerana masih menyayangi Raisha. Bagaimanapun, Raisha sudah tidak tahan lagi dengan perangai Fuad yang sering memaksanya untuk berubah. Raisha tetap inginkan penceraian dari Fuad dan nekad berhijrah ke Kuala Lumpur.

Adakah Fuad akhirnya melafazkan cerai?

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!