KFC: Harga diselaras termasuk SST 6%

Restoran makanan segera, KFC memaklumkan telah melakukan sedikit penyelarasan pada harga jualannya dengan memasukkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6 peratus, berkuatkuasa mulai Disember 2018.

"Terdapat sedikit penyelarasan terhadap harga-harga produk kami," kata Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Berhad, Mohamed Azahari Mohamed Kamil.
Mohamed Azahari diminta mengulas hantaran mengenai kenaikan harga produk KFC yang tular di media sosial.
"Suatu hantaran yang beredar di media sosial membandingkan harga (produk) Snack & Dinner Plate dengan harga kami dari beberapa tahun yang lalu.
"Sebagai tambahan, (menu) Super Jimat Box kami tidak pernah diletakkan harga pada RM12.50 sejak kami melancarkan produk ini pada 2015," katanya dalam suatu kenyataan kepada Malaysiakini.


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

1 ulasan:

  1. lama dah tak makan KFC ni since saiz ayamnya semakin mengecil....

    BalasPadam

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”