Disember 10, 2018

Word 80

Word 80



KISAH IMAM GHAZALI DAN SEEKOR LALAT
Pada suatu ketika Imam al-Ghazali sedang menulis kitab. Pada zaman itu, orang menulis menggunakan cecair dakwat dan sebatang pena. Pena itu harus dicelupkan dulu kedalam dakwat baru kemudian dipakai untuk menulis, jika habis, dicelup lagi dan menulis lagi. Begitulah seterusnya.
Ditengah kesibukan menulis itu, tiba-tiba terbanglah seekor lalat dan hinggap di mangkuk dakwat Imam al- Ghazali. Lalat itu nampaknya sedang kehausan. Ia meminum cecair dakwat di mangkuk itu.
Melihat lalat yang kehausan, Imam al-Ghazali membiarkan saja lalat itu meminum dakwatnya tanpa menghalaunya. Lalat juga makhluk Allah yang harus diberikan kasih sayang, fikir Al-Ghazali.
Setelah Imam Ghazali wafat, selang beberapa hari kemudian,seorang Ulama yang merupakan sahabat dekat beliau bermimpi. Dalam mimpi itu terjadilah dialog. Sahabatnya bertanya, ” Wahai Hujattul Islam, Apa yang telah diperbuat Allah kepadamu? “.
Al-Ghazali menjawab, ” Allah telah menempatkanku di tempat yang paling baik “.
“Gerangan apakah sampai engkau ditempatkan Allah ditempat yang paling baik itu ? Apakah itu karena kealimanmu dan banyaknya kitab-kitab bermanfaat yang telah kau tulis?” tanya sahabatnya.
Al-Ghazali menjawab, ”Tidak, Allah memberiku tempat yg terbaik, hanya kerana pada saat aku menulis aku memberikan kesempatan kepada seekor lalat untuk meminum dakwatku kerana kehausan. Aku lakukan itu kerana aku sayang pada makhluk Allah. “
Dari kisah sufi tersebut memberi kita pengajaran bahwa seseorang itu masuk kedalam syurga adalah semata-mata kerana rahmat Allah.Kisah ini juga membawa hikmah bahawa tidak ada salahnya jika kita menolong makhluk Allah. Bayangkan hanya sekadar membiarkan lalat yang kehausan untuk minum saja menjadikan sebab seseorang masuk syurga, apalagi memberi makan kepada sesama manusia. bersedekah bagi sesama yang benar-benar memerlukan.
Dalam hadis lain, diriwayatkan bahawa Nabi saw bercerita ada seorang pelacur yang dimasukkan Syurga kerana memberi minum seekor anjing. Juga jangan remehkan dosa kecil kerana dalam hadis diriwayatkan bahawa ada seorang wanita masuk neraka kerana membiarkan seekor kucing tanpa diberi makan dan minum.
Maka, jangan diremehkan amal kecil kerana sebesar zarah pun akan diperhitungkan di akhirat kelak.
Allah Swt berfirman :” Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula” (al Zalzalah: 7-8)
Kisah di atas juga mengajar kita untuk tidak atau jangan pernah meremehkan amalan kebaikan sekecil apapun, kerana sesungguhnya kita tidak pernah tahu, boleh jadi amalan yang kita anggap kecil tersebut berarti besar di hadapan Allah Swt, dan justru amalan tersebutlah yang akan menghantar kita ke Syurga. Sebaliknya kita juga tidak tahu bahawa mungkin dosa yang dianggap kecil yang boleh menjerumuskan kita ke lembah kehinaan, Neraka Jahanam. 
Na’udzubillahi min zalik.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!