Word 108

Word 108

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.  keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Di dalam al-Quran mengandungi 114 surah semuanya. Terdapat beberapa surah penting yang mempunyai kelebihan untuk diamalkan sebagai bacaan setiap hari. Antara surah tersebut adalah surah al-Waqiah. Surah al-Waqiah adalah surah yang ke 56 di dalam al-Quran yang mengandungi 96 ayat. Surah ini di turunkan di Makkah. Surah ini menjelaskan tentang kejadian hari kiamat, syurga dan neraka.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa ayat ke 13-14 yang berbunyi : “Segolongan besar dari orang-orang terdahulu dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian” dirasakan berat oleh para sahabat. Maka dari itu, turun ayat ke 39-40 yang berbunyi : “Segolongan besar dari orang-orang terdahulu dan segolongan besar pula dari orang-orang yang kemudian.” Dengan demikian, syurga akan seimbang antara orang yang terdahulu dan orang yang kemudian.

Surah al-Waqiah begitu jelas sekali menyuruh manusia supaya sedar bahawa manusia perlu meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mempercayai rukun iman yang kelima iaitu mempercayai hari kiamat itu wujud. Pada hari kiamatlah di mana semua manusia seawal Nabi Adam sehinggalah ke akhir-akhir zaman manusia akan dihitung dan diberi ganjaran di atas setiap bentuk perbuatan mereka. Di hari itu nanti tidak akan ada seorang pun yang mampu menyembunyikan apa-apa jua serta mendustakan apa-apa jua melainkan semuanya sudah diketahui. 

Mereka yang tidak bertakwa akan diselubungi dengan seribu penyesalan yang sia-sia. Mereka kelak akan dihumban ke dalam api neraka dan diberi minum dari air yang mendidih dan diberi makan dari pohon zaqqun.

Beruntunglah orang-orang yang beriman dan membenarkan hukum Allah. Golongan ini akan mendapat kemenangan, kenikmatan dan kebahagiaan di dalam syurga. Nikmat syurga adalah nikmat yang abadi dan ianya sedikitpun belum pernah menyamai nikmat kebahagiaan di dunia. Sekiranya kita yang mengecapi nikmat kebahagiaan di dunia sudah merasa betapa besar pemberian Allah kepada kita, apatah lagi apabila berada di syurga kelak. Tidak dapat terjangkau oleh pemikiran kita. 

Subhanallah!

Setelah memahami serba sedikit tentang maksud ayat-ayat di dalam surah al-Waqiah,  marilah kita melihat dan mengetahui kelebihan-kelebihan tentang surah ini. Memang kita ketahui semua ayat al-Quran mempunyai kelebihan dan manafaat. Allah tidak membezakan atau melebihkan sesetengah ayat al-Quran berbanding yang lain sepertimana di dalam surah al-Anam ayat 38 yang bermaksud “Tiadalah kami alpakan sesuatu pun dalam al-kitab dan pada Tuhanlah mereka semua dihimpunkan.”
Sahabat yang dimuliakan,

Nabi S.A.W. juga tidak menyebut bahawa sesetengah ayat al-Quran itu mempunyai kelebihan dalam menyempurnakan sesuatu perkara. Oleh itu kita perlu beranggapan bahawa semua ayat di dalam al-Quran adalah sama rata kelebihannya. Dengan ini jelaslah bahawa sesiapa yang membaca al-Quran secara istiqamah dan sempurna tidak kira apa surah dan ayat sekalipun, insyaAllah, dia bakal menerima kebaikan di dunia dan akhirat.


Namun demikian Allah berfirman pula di dalam surah al-Baqarah ayat 269 yang bermaksud “Allah menganugerahkan hikmah iaitu kefahaman mengenai al-Quran dan sunah kepada siapa yang Dia kehendaki. Sesiapa yang menerima hikmah itu, dia benar-benar mendapat kurnia yang banyak.”
Di dalam mengharungi hidup manusia perlu bekerja untuk menyara hidup sendiri mahupun keluarga. Kestabilan ekonomi sesebuah keluarga perlu untuk menjamin kebahagiaan dan kemakmuran. Kebahagiaan itu akan memberikan kita ketenangan supaya kita dapat beribadat dengan selesa tanpa memikirkan kesusahan mencari rezeki. Untuk itu kita perlu melakukan ataupun mengamalkan perkara-perkara yang membolehkan kita mendapat rezeki.

Ramai yang mengetahui bahawa amalan surah al-Waqiah ini akan memberikan kekayaan serta rezeki yang melimpah ruah. Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. ”
(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)


Kekuatan surah al-Waqiah juga ada dijelaskan di dalam ayat 89 hingga 91. Firman Allah S.W.T maksudnya : ” maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga (yang penuh) kenikmatan. Dan adapun jika dia termasuk golongan kanan maka, “Salam bagimu (wahai) dari golongan kanan! (sambut malaikat)”
(Surah al-Waqiah ayat 89-91)


Ia menjelaskan bahawa sesiapa yang dekat kepada Allah, dia akan menemui kebaikan. Dan barang siapa yang mengingkari Allah, dia akan menemui kepedihan. Di dalam ayat 75 hingga 82 juga ada menyebut peringatan Allah bahawa semua yang berlaku adalah dalam ketetapanNya.

Firman Allah S.W.T maksudnya : “Lalu Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang. Dan sesungguhnya itu benar-benar sumpah yang besar sekiranya kamu mengetahui dan (ini) sesungguhnya al-Quran yang sangat mulia, dan kitab yang terpelihara (Loh mahfuz) tidak ada yang menyentuhnya selain hamba-hamba yang disucikan. Diturunkan dari Tuhan seluruh alam. Apakah kamu menganggap remeh berita ini (al-Quran)?”
(Surah al-Waqiah ayat 75-82)


Termasuklah rezeki. Manusia boleh berdoa dan berusaha tetapi yang menentukan segalanya adalah Allah. Namun amalan surah ini mestilah disertakan dengan usaha dan kerajinan dalam melakukan kerja. Tidak boleh berpeluk tubuh saja. Tidak ada doa yang akan termakbul dengan sendiri tanpa usaha.

Doa dan usaha perlulah seimbang. Malah sesiapa yang berusaha serta mengamalkan pembacaan surah ini lalu disertakan juga amalan-amalan yang lain seperti solat sunat Duha, beramal soleh, solat sunat tahajud dan solat sunat hajat , sentasa berwuduk, menghubungkan silaturahim, menghormati ibu bapa, pasti akan memberi lebih keberkesanan lagi. Niat melakukan kerja juga memainkan peranan penting. Niat menambah rezeki mestilah kerana Allah dan untuk disalurkan ke jalan Allah. Jalan untuk melakukan kerja juga mestilah dengan cara yang halal.

Saranan bahawa surah al-Waqiah ini dibaca pada waktu malam dikuatkan dengan pembentangan surah al Muzammil ayat 20, firman Allah S.W.T maksudnya : “Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang tahajud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama seperduanya, dan selama sepertiganya dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu) padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang..”

Di dalam ayat-ayat al Quran itu Allah sering menyeru manusia supaya bangun beribadat di malam hari di ketika manusia-manusia lain sedang di alun mimpi. Di malam hari juga turunnya para malaikat dan Jibril dengan izin Allah bagi mengatur semua urusan.

Mengenai jumlah bacaan yang perlu dibaca, tidak dapat dipastikan. Tidak ada saranan supaya surah ini dibaca beberapa kali. Namun adalah elok sekira ianya dapat dibaca lebih dari sekali mengikut kemampuan. Kerana sekiranya ia dibaca sekali sahaja ianya kurang berkesan di hati lalu akan menjadi kurang mustajab. Membaca surah al-Waqiah, atau apa-apa surah sekali pun adalah ibarat kita mengingati Allah. Semakin banyak kita membacanya, semakin dekat kita dengan Allah. Jadi bacalah ia berkali-kali dengan khusyuk dan tawaduk.

Setelah segala usaha bersama doa yang dilakukan dengan khusyuk dan istiqamah bagi tujuan untuk mendapatkan rezeki, apa yang perlu dilakukan selepas itu adalah dengan berserah kepada Allah. Hanya Allah lah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Sekiranya Allah mengurniakan sesuatu yang tidak sesuai kepada hambanya, sesungguhnya Allah lebih mengetahui dan perlu diterima dengan hati yang reda. Perlu diingat bahawa Allah selalu menguji hamba-Nya bukan saja dengan kesulitan tetapi juga dengan kesenangan dan kenikmatan.

Dengan membaca surah al-Waqiah dalam aspek jiwa, jiwa akan menjadi lebih tenang. al-Quran dapat mengubah peribadi seseorang manusia daripada negatif kepada positif sekiranya diamalkan dengan cara istiqamah dan tawaduk. Surah al-Waqiah yang dibaca mampu merawat jiwa yang gelisah menjadi tenang, fikiran yang kacau menjadi rapi dan tersusun.

Kelebihan orang-orang yang membaca al-Quran secara khusuk dan istiqamah akan diberikan keberuntungan yang berlipat kali ganda oleh Allah. Tak kiralah samada dari segi kekayaan di dunia mahupun kesenangan di akhirat. Tetapi bagi mereka yang kufur dan menentang ajaran Allah, orang-orang ini akan dijauhkan nikmat-nikmat Allah dan rahmatNya. Pun begitu semuanya terserah bulat-bulat kepada Allah tentang siapa yang akan diberikan rahmat dan hidayatNya. Sepertimana disebutkan di dalam surah az Zumar ayat 52 yang membawa maksud ” Tidakkah mereka mengetahui Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya itu adalah tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman.”

Sahabat yang dimuliakan,

Kelak apabila hari kiamat berlaku, tiada siapa yg boleh menafikanya, ini untuk menolak dakwaan orang-orang kafir yang tidak percaya akan adanya hari kiamat. Mati dan hari kiamat adalah pasti. Fungsi mati dan hari kiamat ini ialah untuk menjatuhkan dan meninggikan darjat manusia. Nanti pada hari kiamat Allah akan merendahkan sebahagian kaum dan meninggikan sebahagian kaum, yang direndahkan akan ke neraka manakala yang ditinggikan darjatnya dimasukkan ke syurga. Seorang yang kaya raya tetapi kafir dan jahat pasti akan dijatuhkan manakala yang miskin tetapi beriman dan beramal soleh pasti akan ditinggikan.

Kelak bila terjadinya kiamat, bumi keseluruhannya bergoncang segoncang2nya menjadi gempa bumi yang sangat dahsyat, penghuninya menjadi hancur lebur selumat-lumatnya, binasa termasuk gunung-ganang menjadi debu berterbangan padahal satu ketika dulu tegak gagak berdiri.

Ketika itu manusia akan dikumpulkan menjadi tiga golongan:

1. Golongan kanan (ashabul yamin) dinamakan juga golongan bahagia (ashabul maimanah)
2. Golongan kiri (ashabul syimal) dinamakan juga golongan sengsara (ashabul masy’amah).
3. Golongan terdahulu (as-sabiqun) dinamai juga golongan dihampiri oleh Tuhan (al-muqarrabun).

Siapakah orang-orang yang ada dalam golongan ini?

1. Golongan kanan / golongan bahagia ialah mereka yg diberi kitab amalan daripada sebelah kanan, yang akan menjadi penghuni syurga, yang paling senang hidupnya di syurga.
2. Golongan kiri / golongan sengsara ialah orang-orang yang diberi kitab amalan masing-masing daripada sebelah kiri yang akan menjadi penghuni neraka yang kehidupan mereka amat sukar dan amat azab.
3. Golongan terdahulu / golongan dihampiri oleh Tuhan. Golongan ini, seumpama jika di dunia sekarang, orang panggil ‘Very Important Persons’. Mereka adalah orang yg sangat istimewa kerana merekalah yang terdahulu masuk Islam /beriman. Golongan ini pula kebanyakannya daripada orang-orang terdahulu dan sedikit daripada orang-orang yang kemudian.

Berkenaan siapakah orang-orang terdahulu dan orang-orang kemudian para pentafsir berbeza pendapat. Ada yang mengatakan yang terdahulu itu ialah orang yang lebih dahulu masuk syurga. Ada juga yang berpendapat orang-orang terdahulu ialah orang-orang yang lebih awal masuk Islam semasa zaman Rasulullah S.A.W, ada pula yg berpendapat pengikut Para Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad S.A.W. Ada juga yang menyatakan bahawa pejuang-pejuang yang bersama-sama dengan Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebelum dan semasa Nabi Muhammad S.A.W.

Menurut tafsir oleh Ahmad Sonhadji Mohamad ‘golongan terdahulu’ ini ialah golongan yang paling dahulu beriman, yang mendapat darjat paling tinggi dalam syurga. Mereka ini telah mendahului golongan yang lain untuk berbuat taat semasa berada di dunia. Ini kerana siapa yang cepat berbuat kebaikan merekalah yang paling dahulu layak mendapat penghormatan di akhirat. Golongan inilah yang paling hampir dengan Allah, berada di bawah lindungan Arasy dan ditempatkan di tempat yang mulia iaitu syurga Jannatun Na’im, tempat yang kekal untuk bersenang lenang.

Orang-orang yang hampir kepad Allah (al-muqarrabun) dan orang-orang yang paling dahulu (as-sabiqun), inilah merupakan kumpulan yang paling ramai, sebahagian besar daripada mereka terdiri daripada para Nabi kerana mereka adalah golongan orang terdahulu dan ramai pula orang yang beriman kepada ajaran Allah yang disampaikan oleh mereka, manakala orang-orang yang terkemudian amatlah sedikit. Kumpulan terdahulu yang ramai dan yang terkemudian yang sedikit ini berada dalam kebun kenikmatan syurga, terdapat pelbagai jenis buah-buahan, penghuni syurga semuanya berehat atas katil yang bertatahkan emas permata dengan berkeadaan berbaring dan bertelekan, berhadapan-hadapan serta dilayani anak-anak  muda yang berkhidmat sebagai khadam.

Anak-anak muda ini berseri-seri muka dan sentiasa muda. Mereka membawa hidangan berupa mangkuk-mangkuk, cerek-cerek yang berkilat dan gelas-gelas berisi arak yg apabila diminum tidak memabukkan. Mereka beroleh buah-buahan yang banyak dan pelbagai jenis.

Menurut Ibnu Abbas apabila seorang daripada tergerak inginkan daging burung, maka akan terbanglah seekor burung dan terhidanglah daging burung yg telahpun dimasak. Begitulah kenikmatan syurga terhadap orang-orang yang beriman yang menjadi penghuni syurga. Kata Ar-Razi, didahulukan buah-buahan daripada makanan kerana di syurga, penghuninya sentiasa kekenyangan, mereka makan hanya sebagai pencuci mulut. Di samping itu mereka disediakan bidadari-bidadari jelita untuk bersenang-senang dengan mereka, kulit bidadari-bidadari tersebut putih berseri-seri, berwajah manis seolah-olah permata (diumpamakan bagai berlian yg tersimpan lagi mengghairahkan) sebagai balasan terhadap amalan baik mereka.

Kemudian Allah mengkhabarkan bahawa di dalam syurga penghuni-penghuninya tidak pernah mendengar kata-kata yang sia-sia dan yang mendatangkan dosa. Yang ada hanyalah ucapan “selamat sejahtera!” yakni sebaran salam sesama mereka.

Golongan kanan ialah golongan yang hidup mewah dan berkedudukan tinggi dalam syurga. Mereka tinggal dalam perkebunan teratai yang tidak berduri, malahan setiap durinya ditumbuhi buah. Jika buah itu dikopek akan terbelah dua dan mempunyai 70 jenis rasa dan ada lagi buah-buahan lain yang tidak sama rasa dengannya.

Demikian menurut hadis al-Hakim dan al-Baihaqi. Terdapat perkebunan pisang yang tersusun buahnya, memenuhi tandan dari bawah terus ke atas. Mereka dilindungi di bawah lindungan yang terbentang luas, kekal sepanjang masa tidak terkena matahari kerana syurga suasananya sentiasa redup seperti yang disebut juga dalam ayat 13 surah  al-Insaan:

لَا يَرَوۡنَ فِيہَا شَمۡسً۬ا وَلَا زَمۡهَرِيرً۬ا (١٣

Maksudnya: “Mereka tidak melihat (merasakan teriknya) matahari dan tidak pula dingin yang berlebihan” (Surah al-Insan ayat 13)

Ada pula air yang tercurah sentiasa mengalir siang dan malam dan banyak pula buah-buahan yang berbuah tidak ikut musimnya dan tidak pula dilarang untuk mengambilnya. Terdapat pula tilam-tilam yang lembut yang boleh direndahkan dan ditinggikan.
Allah menyatakan di syurga Dia menciptakan para wanita dengan ciptaan yang ajaib, untuk ahli syurga diciptakan sentiasa baru dengan bentuk yg begitu indah lagi amat ajaib. Bahkan perempuan-perempuan yang tua semasa di dunia nanti akan dikembalikan muda dan yang hodoh akan dikembalikan cantik.

Allah menyatakan juga setiap wanita itu sentiasa gadis biarpun setelah disetubuhi oleh suami masing-masing, sifatnya sentiasa merindu dendam kepada suami, sentiasa cinta yang asyik kepada suami. Umur mereka pula sama sebaya.
Adalah diriwayatkan daripada Ummi Salamah r.ha katanya: Saya menanyakan Rasulullah S.A.W. tentang firman Allah,

إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً۬ (٣٥) فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦) عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا(٣٧

lalu dijawab oleh baginda: “Hai ummi Salamah merekalah wanita-wanita yang telah meninggal dunia berkeadaan tua, botak, rabun dan sakit mata, dibangkitkan Allah berkeadaan muda belia”
Dalam hadis at-Tirmizi disebutkan, bahawa seorang perempuan tua datang menemui Nabi Muhammad S.A.W. lalu memohon: “Wahai Rasulullah bermohonlah tuan kepada Allah agar saya dimasukkan ke dalam syurga”. Di jawab oleh Rasulullah S.A.W. : “Hai Ibu Polan, sesungguhnya syurga itu tiada dimasuki oleh orang-orang tua”. Maka orang tua itu beredar sambil menangis, lalu ujar baginda kepada para sahabat : “Khabarkan kepada perempuan tua itu, bahawasanya tidak masuk syurga dalam keadaan tua seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas.”

Golongan kiri ialah golongan yang diberi kitab amalan pada tangan kiri mendapat balasan yang buruk, hidup dalam suasana udara dan angin yang panas yg ditiupkan dari neraka Samum yang sangat panas dan sangat busuk baunya. Mereka diletakkan di bawah lindungan asap yg hitam dan berbau busuk itu. Tiada pula naungan yg sejuk padahal dahulu semasa di dunia merekalah yang hidup paling senang dan sentiasa menurut nafsu syahwat dan berterusan membuat dosa dan menyekutukan Allah. Pada mereka peringatan tentang akhirat adalah omongan kosong. Mereka sesat dan di akhirat mereka diberi makanan daripada pohon zaqqum dan minuman berapa minuman mendidih. Meraka minum seperti unta yg sangat haus.

Dalam ayat 57 hingga 82, Allah mengemukakan alasan-alasan supaya mereka percayakan adanya akhirat.. yakni bila Allah sudah dapat menciptakan kehidupan sekarang mengapa pula Allah tidak boleh menciptakan kehidupan pada masa akan datang. Begitu juga Allah menciptakan manusia daripada setetes mani yang mengandungi berjuta-juta sperma, dan daripada satu persejuta titik sperma itulah asal kejadian seseorang.

Bila Allah sudah terbukti menciptakan manusia daripada sperma mengapa pula tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Kemudian perhatikan pula setiap hari ribuan manusia yang mati dan ribuan pula yang lahir ke dunia. Ini juga menunjukan Allah S.W.T.  boleh menghidupkan setiap yang telah mati. Perhatikan pula tumbuh-tumbuhan, siapa pula yang menumbuhkannya, manusia hanya mampu mencangkul tanah, menggemburkan dan menabur benih, siapakah yang menumbuhkannya dan siapa pula yang menjadikan pelbagai bentuk tumbuh-tumbuhan dan pelbagai buah-buahan dan pelbagai warna dan rasa buah-buahan? Jadi begitulah juga Allah menghidupkan semula manusi yang telah mati.

Perhatikan juga pada air yang kita minum, siapakah yang mengangkatnya dari laut ke awan kemudian mengumpulkannya sebagai wap lalu menurunkannya sebagai hujan atupun embun ketika malam? Air laut rasanya masin sedangkan air hujan rasanya tawar, air hujan mengalir ke bumi menyuburkan tanaman sebagai makanan, bertakung ke tasik mengalir ke sungai-sungai, siapakah yang mengatur semuanya itu? Jika Allah memberi kita minum dan menjadikan tanam-tanaman subur daripada air itu mengapa pula Alllah tidak boleh menghidupkan semula makhluk yang telah mati?
Begitu juga perhatikan pula kepada api, siapakah yang menyalakannya sehingga manusia dapat gunakan untuk memasak, memanaskan badan di musim sejuk?

Kemudian Allah bersumpah di atas kemuliaan al-Quran dan ketinggian martabat-Nya, kerana Dialah Allah Yang Maha Perkasa lagi Bijaksana. Ungkapan kata-kata-Nya itu dikuatkan dengan  sumpah masa terbenam bintang-bintang, sumpahNya supaya manusia mengetahui betapa besar kudrat Allah dan kesempurnaan hikmatNya serta banyak rahmatNya, dan Dia tidak membiarkan hamba-hamba-Nya berkeadaan sia-sia Allah menurunkan al-Quran secara beransur-ansur Al-Quran adalah kitab yang terpelihara hanya disentuh oleh orang-orang yang suci, oleh itu tidak seharusnya manusi menanggap remeh akan pengajarannya.

Kematian yang dirasai ialah ketika nyawa sampai di kerongkongan, iaitu semasa menghadapi kesengsaraan maut (sakaratul maut) iaitu ketika roh dicabut oleh malaikat. Allah memberi amaran bahawa ketika nazak, sakitnya tidak terhingga, ketika tercungap-cungap kerana nyawa akan tercabut, Allah lebih dekat kepada mayat yang akan dicabut nyawa berbanding dengan pengetahuan manusia tentang kematian itu. Manusia tidak  dapat melihat malaikat-malaikat yang Allah utuskan untuk mencabut nyawa orang yang sedang nazak. Allah menempelak, Jadi jika manusia tidak dikuasai oleh Allah mengapa ketika orang itu sedang nazak manusia yang melihatnya tidak dapat mengembalikan nyawa orang yang sedang nazak dan tercabut nyawanya itu? Cubalah lakukan jika tidak percaya kepada hari Pembalasan. Jadi janganlah mendustakan ayat-ayat  al-Quran.

Orang-orang yang sedang nazak ini diberitahu oleh Allah jika mereka terdiri daripada golongan al-muqarrabin Allah dekatkan mereka di sisi-Nya dengan memperoleh kerehatan dan nikmat syurga. Jika mereka golongan kanan para malaikat akan menggembirakan mereka dengan ucapan selamat sejahtera. Jika mereka golongan yg mendustakan hari akhirat lagi sesat hidupnya, mereka disambut oleh para malaikat dengan hidangan pertama mereka ialah air yang panas mendidih menyebabkan muka mereka terbakar. Kemudian mereka dihumbankan ke neraka.

Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita menghayati pengajaran yang terdapat di dalam surah al-Waqiah ini, merupakan satu surah yang jelas menceritakan tentang kenikmatan hidup di syurga dan azab yang diterima akibat daripada mendustakan ayat-ayat Allah S.W.T. dan tidak meyakini akan kehidupan di hari akhirat.


Mudah-mudahan dengan membaca kisah yg digambarkan ini hati kita semakin gerun untuk berbuat maksiat. Marilah kita berusaha bersungguh membersihkan hati kita dan berdoa agar Allah bantu kita dalam beribadat kepadaNya.. Amiin.

sumber Abubasyer Blog

Kalau kau masih di sini, terima kasih kerana bertahan.
Kalau kau penat, rehatlah di sini... aku juga pernah di situ.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat

#JMBELOG



0 Comments:

Catat Ulasan

Labels

#JMBELOG 1 OGOS 2025 2018 2025 5G 8 PERATUS CUKAI ACHEY ADAB ADAB DAN HIKMAH ADAB DAN ILMU ADAB DAN NILAI ADAT DAN BUDAYA Addmath ADIK ADIK KUAT TAPI PERLU REHAT ADSENSE AGAMA Agama & Tafsir AGAMA DAN KEHIDUPAN AGAMA DAN ROHANI AHLUS SUNNAH AHMAD FAEZAL AI & Teknologi AI EDGE AI Safety & Etika AI TEAM AIDILFITRI AIM24 AIR AIR KELAPA AISHA RETNO AKHIR AKHIR ZAMAN AKHIRAT Akhlak AKIDAH Akta Kerja 1955 AKU AKU MENJAUH AKU SAYANG KAU SAHABAT KU AL-AQSA AL-FATIHAH AL-QUR'AN ALAM ALAM SEMULA JADI ALAT AI ALATAN TANGAN Alieff Irfan ALIF LAM MIM AMAD DAYYAN AMAL DAN AKHIRAT AMALAN 5S AMALAN IKHLAS AMALAN KEHIDUPAN Aman Shah AMANAH AMANAH KITA Amaran Awal Amaran Kesihatan AMIR HARIZ AMIRAOTHMAN Ammar Ammar Ahyan ANAK ANAK ISTIMEWA ANAK KECIL ANAK MALAYSIA Anak Melayu ANAK MUDA ANAK YATIM ANALISIS DUNIA Analisis Media ANGINA ANTARA LAPAR MALAM DAN MENJAGA DIRI ANTIBULI DIGITAL Anuar Zain ANUGERAH INDUSTRI MUZIK ANUGERAH YANG TAK TERNILAI ANXIETY APA KATA CHATGPT APAK (HARRY KHALIFAH) Apresiasi Karya AR RAHMAN ARA JOHARI ARAB artis malaysia ASAS INTERNET ASEAN ASIA TENGGARA ASRAMA ASTRONOMI ASTRONOMI ISLAM Automotif AUTOMOTIF JIWA AYAH AYAH DAN IBU AYUH KEDAH BACK TO TOP BADAN TAK SAMA BAHAGIA DAN POSITIF BAHAGIA YANG DICARI BAHASA Bahasa & Budaya BAHASA DAN NADA BAHASA JIWA Bahasa Malaysia Bahasa Melayu BAHASA NUSANTARA BAHU BAKAT MUDA BALIK KAMPUNG BANCIAN RASMI BANGKIT DARI JATUH BATAS DAN ADAB Bateri Besar BAYAR BIL BAYI TERBUANG BE YOURSELF BEBAN & HARAPAN BEBOLA TEPUNG BELAJAR MENDENGAR DIRI BELAJAR REDA BELAJAR SAMA-SAMA BELAJAR SAMPAI SYURGA BELANJA HIDUP Bellestrelle BENCANA BENDERA MALAYSIA BENTO BEREHAT ITU BERANI BERITA MALAYSIA Berita Pendidikan BERKONGSI AGAMA BERLIN 2009 BERTAHAN BERTAHAN DALAM LELAH BERUANG AIR BIAR DUNIA TAHU BIAR JADI RAHSIA BICARA TANPA SUARA BIJAK KEWANGAN BIJAK TENAGA BIJAK URUS DUIT BILA CERITA TERHENTI BILA KATA TAK LAGI MAMPU BILA KATA TAK SAMA DENGAN RASA BILA KATA TAK SAMA DENGAN RASA 2 Bila Kehilangan Bukan Tanda Kalah BILA KITA RASA KITA SAJA YANG BETUL BILA TUBUH BERBICARA BIOLOGI BISMILLAH BLOG BLOG MALAYSIA BLOG PERFORMANCE blog reflektif malaysia BLOGGER Blogger Malaysia BLOGGER TIPS BLOGGING BLOGLIST BLOGWALKING BLOOD MOON BOIKOT BIJAK BOLA SEPAK BRASIL Bruno Mars BUANG GARAM DILAUT BUDAYA & TRADISI BUDAYA JEPUN BUDHA BUDI95 BUKAN SEBAB AKU BUMI BUNYI DAN MAKNA CACATAN EMOSI CACATAN JIWA CACATAN KEHIDUPAN CACATAN PERIBADI CACATAN REFLEKTIF CAHAYA JIWA CAHAYA PAGI CAMPURAN REMPAH CANCER FIGHTER CARIAN POPULAR CAT RESCUE CATATAN AKHIR TAHUN CATATAN BLOGGER Catatan Dapur CATATAN DIRI CATATAN DUNIA CATATAN EMOSI CATATAN HARIAN CATATAN HATI CATATAN HIBURAN CATATAN HOSPITAL CATATAN ILMU Catatan Industri CATATAN INFORMASI CATATAN JALANAN Catatan Jiwa CATATAN KAUM TERDAHULU CATATAN KEHIDUPAN CATATAN KESIHATAN CATATAN LANGIT CATATAN LAPANGAN CATATAN MALAM CATATAN MALAYSIA CATATAN PAGI CATATAN PERASAAN CATATAN PERIBADI CATATAN PERPISAHAN CATATAN RAMADAN CATATAN REALITI CATATAN RINGAN CATATAN SUKAN CD4 CERITA DALAM LAGU Cerita Di Sebalik Lagu CERITA HARU CERITA HATI CERITA HATI LELAKI CERITA HIDUP CERITA HUJAN DAN KETABAHAN CERITA KITA CERITA LUCU CERITA SANTAI BOLA CERITA TENTANG AKU CERITA YANG TAK PERNAH SELESAI CHATGPT CHICKEN TENDERS FLUFFY CHICKEN CHRISTIE'S Cik B CINTA CINTA & PENGORBANAN Cinta & Rindu CINTA DALAM REDHA CINTA DAN DOA CINTA DAN PERNANTIAN CINTA DAN REDA CINTA DAN RINDU CINTA DAN TENANG CINTA IKHLAS Cinta Kain Putih CINTA SUNYI CIUM TANGAN CLEAN ROOM CODPIECE CONTROL CORETAN KEHIDUPAN Cuaca CUACA JIWA CVT & Enjin DAKWAH & PENGORBANAN Dakwah Lembut DALAM DIAM DALAM DIAM MOJACK HAFIZ Dalam Kerja DALAM SUNYI DALAM SUNYI SEORANG LELAKI DALAM SUNYI SEORANG LELAKI 2 DAMAI JIWA Dapur DAPUR DAN RESEPI Dapur Harian DAPUR JIWA DAPUR RUMAH Darah Dari Bunyi Ke Makna Dari Hati Seorang Pejuang DARI POS PENGAWAL DARI TANAH SUCI DARI TUBUH KE JIWA Dasar Privasi DASHRATH MANJHI DATA 2026 Datin Sri Nur Shahida DATO SRI SITI NURHALIZA Dato' Sri Aliff Syukri Dato’ Sri Aliff Syukri Dayang Nurfaizah DEEPAVALI DEMAM Demokrasi Malaysia DESSERT RINGKAS DEWASA DENGAN BIJAK DEWASA JIWA Dhamiri DI BALIK NOMBOR GILIRAN DI BALIK SENYUMAN DI SEBALIK ANGKA Di Sebalik Viral DIAM DIAM DAN SUARA DIAM ITU BAHASA DIAM TAPI SAYANG DIAM YANG BERBICARA Dicky DIPLOMASI ISLAM DIRI DAN EMOSI DISEBALIK SENYUM DISIPLIN DIRI DIWALI DIY DOA Doa & Harapan DOA & KASIH SAYANG DOA & REFLEKSI DOA & TAUBAT DOA AKHIR BULAN DOA ANAK DOA BUAT GAZA DOA DALAM DIAM DOA DAN AMALAN DOA DAN HARAPAN DOA DAN PASRAH DOA DAN REFLEKSI DOA DAN ZIKIR DOA DARI JAUH DOA HARI INI DOA HARIAN DOA JIWA DOA JUMAAT DOA KESEMBUHAN DOA KETIKA MENDENGAR GURUH DI LANGIT DOA MALAM DOA MUSAFIR DOA PAGI DOA SEORANG HAMBA DOA UNTUK PALESTIN Doktor DR AMALINA CHE BAKRI DRAMA DRAMA KELUARGA DRAMA KOMEDI DRAMA/FILEM/SINOPSIS/YOUTUBE DUNIA Dunia & Isu Semasa Dunia Digital DUNIA KERJA DUNIA MUSLIM DUNIA PEKERJAAN DUNIA SECURITY Dunia Seni DUNIA SUNYI ECG ECHOCARDIOGRAM Edukasi EDUKASI AWAM Edukasi Peternakan Ehin EKONOMI EKONOMI RAKYAT EKONOMIRAKYAT ELLY MAZLEIN EMOSI EMOSI JIWA EMOSI & PERASAAN EMOSI DAN DIAM EMOSI DAN EGO EMOSI DAN LUKA EMOSI DAN PERASAAN EMOSI DAN RASA EMOSI JIWA EMPATI EMPATI DAN KESEDARAN Epigenetik ETIKA KERJA EXECUTIVE MBA Fahrenheit FAKTA FAKTA ALLAH FAKTA DUNIA FAKTA GLOBAL Fakta Haiwan FAKTA ISLAM Fakta Kehidupan FAKTA RINGAN Fakta Sains FAKTA SEJARAH Fakta Tubuh Manusia Fakta Unik Ayam FAKTABANKMALAYSIA FALAK FALSAFAH HIDUP FANTASI Fardhu Kifayah FeLV FENOMENA ALAM FESTIVAL FILEM MALAYSIA FIDYAH PUASA FIEYA JULIA FIFA FILEM FILEM DAN JIWA FILEM DAN LAGU FILEM DAN SENI FILEM KAIJU Filem Klasik FILEM SERAM FINAL GEGAR VAGANZA FIQH FIQH & KEHIDUPAN FIQH IBADAH FITRAH MANUSIA FLANIL FOURTWNTY Freedom Flotilla GAJET Gaji Gaji 2026 GAMERA GASTRIK GAYA HIDUP GAYA HIDUP DIGITAL GAYA HIDUP SIHAT Gaza Siege GEGAR VAGANZA GEGAR VAGANZA 12 GENERASI 80-AN GEOGRAFI GEOLOGI Geopolitik GIVEAWAY GIVEAWAY MALAYSIA GIVEAWAYJMBELOG Global Sumud Flotilla GOOGLE YEAR IN SEARCH2025 GOSIP GPMP Gred Purata Sekolah Greta Thunberg GTMETRIC GTN (GLYCERYL TRINITRATE) GUNTING BHAVANA GUNUNG LIANG BARAT Guru Hadie HADIS HADIS NABI ﷺ Hadis Sahih HAIWAN Haji HAK ASASI HAK BERSUARA HAK DAN TANGGUNGJAWAB HAK ORANG ASLI Hak Pekerja HALAL Hamba & Tuhan HARAPAN HARAPAN BARU HARAPAN DI SETIAP LANGKAH HARGA DIRI HARGA MINYAK HARGA PETROL HARGAI HARGAI KASIH HARI HISAB HARI JUMAAT HARI PEMERGIAN Hari Raya HARI UNTUK HATI BEREHAT HARRY AZRUL HARSZAN HASIF UPIN HATI HATI & PERASAAN HATI DAN AIRMATA HATI DAN HARAPAN HATI DAN MANUSIA HATI DAN PERASAAN HATI DAN TUHAN HATI YANG BERBICARA HATI YANG KUAT HATI YANG MENUNGGU HATI YANG PERNAH DEKAT HATI YANG TENANG HB HEALING DALAM DIAM HIBURAN HIBURAN JIWA HIBURAN MALAYSIA HIDANGAN RINGAN HIDAYAH HIDUP Hidup Adalah Perjuangan HIDUP DAN KERJA HIDUP SEDERHANA Hijrah HIKMAH DARI LANGIT HIKMAH UJIAN HILAL HINDU Hipertensi HOLOCAUST Hormon HR & IR Hubungan Antarabangsa HUBUNGAN KERJA HUBUNGAN UTHMANIYYAH Hubungi saya HUJAN HUJAN YANG MENGERTI Human Rights Humanitarian Aid HURRICANE OTIS Hutang & Harapan IBADAH IBU ACAPULCO IDENTITI Identiti Nasional Iera Milpan IKAN BERENANG IKAN CENCARU IKAN DAN AYAM IKB IKHLAS IKLIM Ikuti Saya di Media Sosial ILMU ILMU & IMAN Ilmu & Keindahan ILMU BAHASA ILMU DAN FAKTA ILMU DAN HIKMAH ILMU DAN IMAN ILMU DAN REFLEKSI ILMU FALAK ILMU FIQH ILMU HADIS ILMU HARIAN ILMU ISLAM ILMU PENGETAHUAN ILMU TAHARAH Ilmu Tubuh Iman & Kehidupan IMAN DAN HATI IMAN TROYE IMIMIGRESEN IMPIAN DAN USAHA Import / Global</span> INFLUENZA INFO INFO BERGUNA INFO BLOGGER INFO CUACA INFO DAPUR Info Drama & Filem INFO ISLAM INFO KESIHATAN INFO KEWANGAN INFO MAKANAN Info Perubatan INFO RINGKAS Info Semasa INFO TERKINI Info Unik Informasi Global INFRASTRUKTUR Insomnia INSOMNIACKS INSPIRASI INSPIRASI BLOG INSPIRASI DAN MOTIVASI INSPIRASI DIGITAL INSPIRASI GLOBAL INSPIRASI HATI INSPIRASI HIDUP INSPIRASI JIWA INSPIRASI KEHIDUPAN INSPIRASI PAGI Inspirasi Pelajar INSPIRASI PENULISAN INSPIRASI RAYA Inspirasi Seni International Law INTI KELAPA IQIYI ISI KANDUNGAN ISLAM ISLAMIK Israel–Palestine Conflict ISTERI ISTERI & KELUARGA Istiqamah ISU DUNIA ISLAM ISU SEMASA ISYARAT TUBUH JACKIE CHAN JADEN SMITH JAGA DIRI JAGA TUBUH JAGA JIWA JALUR GEMILANG JAMAL MIRDAD JANGAN CEPAT MENGHUKUM Jangan Menghakimi JANJI KEKASIH JANTUNG Jantung & Jiwa JANUARI JAWATAN KOSONG JEJAK BLOGGER Jejak Hijrah Jejak Jiwa Dalam Cerita JENIS DARAH JEPANG JIMAT BILL JIWA JIWA & EMOSI JIWA & HATI Jiwa & Iman JIWA & PRINSIP Jiwa & Tubuh JIWA 2026 JIWA ANAK MALAYSIA JIWA DAN IMAN JIWA DAN KEHANCURAN JIWA DAN KETUHANAN JIWA DAN TUHAN JIWA DIAM JIWA KITA JIWA LELAKI JIWA PEJUANG Jiwa Rakyat JIWA SUNYI JIWA TENANG JIWA YANG BERTAHAN JIWA YANG DIAM JIWA YANG LELAH JIWA YANG MELANGKAH JIWA YANG TERJAGA JIWA YANG TERSAKITI Jom Berkenalan JOMPAY JPJ JTK Judika JUMAAT JUMU'AH JUSTICE FOR ZARA JUTAWAN AI KAABAH Kad Pengenalan KALAM QALBI KALENDAR HIJRIAH Kalkulator KAPURUNG KASIH KASIH AYAH KASIH IBU KASIH KELUARGA KASIH PADA DIRI KASIH SAYANG KASIH TANPA BALASAN KASIH TANPA KATA KATA HATI KATA HIKMAH KATA JIWA KATA JIWA ARAB & MELAYU KATA RINGKAS KATA SINDIRAN Kata Untuk Kita Semua KATA-KATA Kata-Kata Hidup KATOLIK KAWAN KDN KEADILAN KEADILAN UNTUK ZARA KEAJAIBAN CIPTAAN Keajaiban Tanah Suci KEBAIKKAN KEBAIKKAN KECIL KEBAKARAN KEBENARAN KEBERANIAN KEBERSIHAN KECEMASAN Kecewa KEDAH KEEP SHINING Keharmonian Kaum KEHIDUPAN Kehidupan & Kerja Kehidupan Harian KEHIDUPAN SECURITY KEHIDUPAN SEDAR Kehidupyan KEHILANGAN Keimanan KEINSAFAN KEISLAMAN KEJAYAAN KEJUJURAN KEK COKLAT Coklat KEK KUKUS KEK LAPIS Kekasihku KEKELUARGAAN KEKUATAN KEKUATAN & DOA KEKUATAN DALAM DIAM KEKUATAN DIRI KEKUATAN HATI KEKUATAN IMAN KEKUATAN JIWA KELAJUAN Kelmarin Yang Pijar KELUARGA KEMAAFAN KEMAHIRAN KOMPUTER KEMANUSIAAN KEMATIAN KEMATIAN DAN KEINSAFAN KEMBALI KEPADA ALLAH KEMBALI KEPADA TUHAN KEMISKINAN Kenali Penulis KENANGAN KENANGAN ZAMAN Kenegaraan KEPEDULIAN KEPERCAYAAN KEPERCAYAAN TRADISIONAL KEPIMPINAN Keputusan SPM KERANA EGO KERENDAHAN HATI KERJA KERJA DAN REZEKI KERJA DAN SOKONGAN JIWA KERJA DENGAN HATI KERJAYA KERJAYA DAN KEPIMPINAN KEROHANIAN KESABARAN KESALAHAN DAN KEMAAFAN KESEDARAN KESEDARAN AWAM KESEDARAN DIRI KESEDARAN HATI Kesedaran Hidup KESEDARAN JIWA KESEDARAN KESIHATAN KESEDARAN KEWANGAN KESEDARAN PENGGUNA KESEDARAN PERUBATAN KESEDARAN ROHANI KESEDARAN STROK KESEDIHAN KESELAMATAN KESELAMATAN ANAK KESELAMATAN PEKERJA KESELAMATAN PENDAKIAN KESEMBUHAN JIWA KESEORANGAN KESETIAAN KESIHATAN KESIHATAN JANTUNG KESIHATAN & KERJA Kesihatan & Mental KESIHATAN DAN RASA KESIHATAN EMOSI KESIHATAN HAIWAN KESIHATAN HATI KESIHATAN JANTUNG KESIHATAN JIWA Kesihatan Kucing KESIHATAN MENTAL Kesihatan Mental & Fizikal KESIHATAN MINDA KESIHATAN ROHANI KESUCIAN KESULTANAN MELAYU KESUNYIAN KESYUKURAN KETABAHAN KETAHANAN HIDUP KETENANGAN Ketenangan Hati KETENANGAN JIWA KETENANGAN YANG DISALAH ERTI KETENTUAN ALLAH KETENTUAN ILAHI KETUHANAN KEWAJIPAN KEWANGAN KEWANGAN & KEHIDUPAN KEWANGAN 2025 KEWANGAN PERIBADI KHAI BAHAR KHAMIS TENANG KHIANATI KINI VIRAL KISAH AKU KISAH AUTISME KISAH BENAR KISAH DALAM PERJALANAN KISAH DI SEBALIK LAGU KISAH DUNIA KISAH HAIWAN KISAH HIDUP KISAH IBU KISAH INSPIRASI Kisah Islam KISAH Islami KISAH JALANAN KISAH KEHIDUPAN kisah kehidupan sebenar KISAH KEJAYAAN KISAH KUCING KISAH LAGU KISAH LAWAK KISAH NABI KISAH NYATA KISAH PENGAWAL KESELAMATAN KISAH PERJUANGAN KISAH SAHABAT KISAH USAHAWAN Kisah YANG DIPERCAYAI BENAR KITA KITA BUKAN TUHAN Kitshafiq KOLEKSI ISTIMEWA Koleksi Siri Rezeki KOMITED KOMITMEN KOMPUTER KOMUNIKASI KOMUNITI KOMUNITI BLOGGER KONTEMPLASI KORBAN RINDU KOS LEMBU KOS SARA HIDUP KOS TERNAKAN KPDN KRISTIAN KUAH ROJAK Kuasa & Tubuh KUCING KUIH TRADISIONAL KULIM LA NINA LAGENDA Lagu & Emosi LAGU DAN MAKNA LAGU JIWA LAGU MELAYU LAGU RAYA LAGU ROHANI LAGU TEMA LAILAHAILALLAH LANGIT LANGIT MALAM LANGKAH SUNYI LAUK HARIAN LAUT Legenda Malaysia LEGENDA Malaysian LEGENDA SERAM LELAH SEORANG PEJUANG LELAH TERSEMBUMYI LELAKI Lelaki & Kehidupan LELAKI DALAM DIAM LELAKI DAN AMANAH LELAKI DAN PERASAAN LELAKI PEJUANG LIMFOMA LELAKI SUPER LETUPAN KILANG Lifestyle LIKU KEHIDUPAN LIRIK LAGU Lirik Lagu Beraya Dengan Saya Lirik Lagu Bila Takbir Bergema Lirik Lagu Dentam Dentum Raya Lirik Lagu Doakan Lirik Lagu Hadirkan Pengganti LIRIK LAGU JODOH LEBARAN Lirik Lagu Kepingan Hati Lirik Lagu Kepulangan Yang Dinanti Lirik Lagu Lembayung Tari Lirik Lagu Luka Serius Lirik Lagu Lumangad Oku Dika Lirik Lagu Mama Papa Raya Lirik Lagu Musafir Di Aidil Fitri Lirik Lagu Nak Balik Raya Lirik lagu Raya Kita Gembira Lirik Lagu Risk It All Lirik Lagu Sakit Tak Bertepi Lirik Lagu Salahku Lirik lagu Senyum Gugur Di Penghujung Doa Lirik Lagu Setiaku Lirik Lagu Syawal Ini Lokman Hakim LUAHAN HATI Luahan Jiwa luahan perasaan blog luahan sunyi LUKA DALAM DIAM LUKA DIAM Luka Jiwa Luka Yang Dipendam LUKA YANG TAK TERLIHAT LUKISAN Lumangad Oku Dika LUVIA BAND M. Nasir M.NASIR MAAF MAAF DAN DOA MAAF DAN MEMAAFKAN MAKANAN Makanan & Emosi MAKANAN HALAL MAKANAN IMPORT Makanan Laut MAKLUMAT AM MAKLUMAT KENDERAAN MAKMAL MAKRIFAT MAKSUD PERKATAAN Malam MALAM TERLARANG Malam Yang Sunyi MALAYSIA Malaysia 1963 Malaysia Utara MAMPUKAH AKU MANFAAT RAKYAT MANGU MANN Marah Aku Ada Sebabnya MARATHON Maritime Activism MASAKAN Masakan Cina MASAKAN HARIAN MASAKAN INDONESIA Masakan Melayu MASAKAN TRADISI MASJID MASJIDIL HARAM Masmera MATANG MATI AKAL MAULIDUR RASUL MAZHAB SYAFI'I MEDIA SOSIAL Mee & Noodles MELAYU Melepaskan MEMAAFKAN MEMBERI MEMORI H MENCARI TUHAN MENDENGAR MENDEWASA Menu Harian MERDEKA METALLICA MH370 MIN AWEL DEKIKA MINDA Minuman MINUMAN MANIS Minyak & Subsidi Misteri & Sejarah MISTERI DUNIA MISTERI KEMANUSIAAN MISTERI LAUT MONETISASI MONOGRAF EKONOMI MONOLOG MONOLOG AYAH TERSAKITI MONOLOG BERDIRI MONOLOG BUAT KAMU MONOLOG DIRI MONOLOG DURIAN MONOLOG FILEM MONOLOG HATI MONOLOG ILMU MONOLOG JIWA MONOLOG JIWA KHAS MONOLOG KEHIDUPAN MONOLOG KHAMIS MONOLOG KHAS MONOLOG KHAS JUMAAT MONOLOG KHAS KHAMIS MONOLOG LELAKI MONOLOG MALAM SAKIT Monolog Perempuan MONOLOG RASA MONOLOG REALITI MONOLOG SAHABAT MONOLOG SENI MONOLOG SEORANG AKU MONOLOG SEPI MONOLOG SUNYI MoONOLOG JIWA MOTIVASI Motivasi & Kehidupan MOTIVASI DIRI MOTIVASI HATI MOTIVASI HIDUP Motivasi Islam MOTIVASI JIWA MOTIVASI JiwYa Motivasi Kehidupan MOTORSIKAL MPV MSSM MUDAH MUDAH DAH SEDAP MUDAH TAPI PERLU TAHU MUHASABAH MUKJIZAT RASULULLAH MUNAJAT JIWA MUZIK MUZIK JIWA MUZIK MALAYSIA MYONIT NABI NABI MUHAMMAD SAW NABI NUH AS NAIM DANIEL NAMA DALAM DOA Naqshbandi NARATIF AMAZON Nasi Beringin Nasihat NASIHAT AL-QURAN NASIHAT AYAH NASIHAT DAN PANDUAN NASIHAT JIWA NASIHAT KEHIDUPAN NASYID NEGARA NEWBOYZ Nikmat & Syukur NILAI & IMAN NILAI DAN AMANAH NILAI DAN PRINSIP NILAI DIRI NILAI HIDUP NILAI INSAN NILAI JIWA Nilai Kehidupan NILAI KEMANUSIAAN NOSTALGIA Nostalgia Malaysia Nostalgia SPM NOTA JIWA NOTA RINGKAS NOTA UNTUK JIWA NSS NURKILAN NUSANTARA NUZUL AL-QURAN Odda OLAHRAGA OT Overthinking PAGEVIEWS Pagi & Harapan PAGI YANG LEMBUT PAKMAN IKAN BAKAR PALESTINE PANDUAN PANDUAN BLOG PANDUAN HARIAN PANDUAN HIDUP PANDUAN IBADAH Panduan Kerja PANDUAN KEWANGAN PANDUAN PELAJAR Panic Attack PANTUN PARENTING Pasar Pagi PASEMBOR PBB Pejuang PEJUANG DIRI PEJUANG KANSER PEJUANG SENYAP PEJUANG SUNYI PEJUANGAN DALAM SENYAP Pekerja PEKERJA BARISAN HADAPAN PEKERJA KESELAMATAN PEKERJA LAPANGAM PEKERJAAN PELABURAN Pelajar Cemerlang PELINDUNG DIRI PEMBELAJARAN PEMBENTUKAN NEGARA PEMERIKSAAN KESIHATAN PEMIKIRAN PEMULIHAN DIRI PEMULIHAN JIWA Penafian PENCARIAN DIRI PENCUCI MULUT Pendam PENDEKAR PENDIDIKAN PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Kedah PENDIDIKAN KEHIDUPAN PENEMUAN PENGAWAL PENGAWAL KESELAMATAN PENGETAHUAN PENGETAHUAN AM PENGETAHUAN JIWA PENGETAHUAN NEGARA PENGETAHUAN UMAMI PENGETAHUAN UMUM PENGHARAPAN Penghargaan PENGKHIANATAN PENGORBANAN PENGORBANAN DAN KESABARAN PENGORBANAN DIAM PENGURUSAN KONFLIK PENGURUSAN MASA PENGURUSAN TEMPAT KERJA PENJAGAAN DIRI PENULIS GEOPOLITIK PENULISAN PENULISAN JIWA Penutup Jiwa PENUTUP TAHUN Penyakit Haiwan Penyelenggaraan Penyelidikan Laut PERALATAN Perang Persepsi PERAPAN DAN SALUTAN PERASAAN PERASAANKU PERBANDINGAN PERBANKAN ONLINE Perbelanjaan Harian PERGAULAN PERHAMBAAN PERHATIAN PERHUBUNGAN PERINGATAN PERINGATAN AL-QUR'AN PERINGATAN COD PERINGATAN HATI PERINGATAN LEMBUT PERJALANAN HIDUP PERJALANAN JIWA Perjalanan Sembuh PERJUANGAN PERJUANGAN DALAM SENYAP PERKAHWINAN PERKERJAAN DAN KEMANUSIAAN PERLINDUNGAN DIRI PERLINDUNGAN PENGGUNA PERMAKANAN PERMAKANAN SIHAT Perpaduan PERPISAHAN PERSAHABATAN Persediaan Raya PERSEKITARAN KERJA Perubatan PESAKIT JANTUNG PESAN TERSIRAT PESANAN AYAH PESANAN TERAKHIR PESAWAH PETIKAN JIWA PETUA PETUA HIDUP PETUAORANG LAMA PIALA DUNIA PIGPEN PILIHAN PILIHAN PEMBACA Pilihan Pembaca Pinggan Yang Tak Pernah Kosong PLASTIK POGUM VAZHIYELLAM POLISIA Popular POPULAR POST PRODUKTIVITI DAN DISIPLIN PROFESIONALISME PROFILE ARTIS PROMOSI PSIKOLOGI PUISI PUISI JIWA PUISI LAGU PUISI MOTOSIKAL PUITIS HATI PUJUK JIWA PULAU MARAJO PULAU PINANG PULAU UNIK PUNCH PUSPAKOM PUTARAN BUMI PUTERA BOBO Putra Qadejah El Zahra QIFARAH QR QS2026 QUOTE QYIAM Rafeah Buang Rahmat RAHSIA MASAKAN RAHSIA WAKTU TIDUR RAKYAT PEKA RAMADAN RAMADAN & JIWA RAMADHAN RAMLY BURGER Ranking Sekolah RANKING UNIVERSITI Ranking universiti Malaysia RASA RASA DAN CERITA RATCHAGAN RAYA Raya 2026 Raya Kira Jadi RBA RE Real Malaysia REALITI DI SEBALIK SERAGAM REALITI HIDUP Realiti Kerja Realiti Pekerja Realiti Rakyat REALITI TV REDA REDHA REFLEKSI REFLEKSI 30AN REFLEKSI ALAM REFLEKSI DAN PSIKOLOGI REFLEKSI DIRI Refleksi Dunia Refleksi Harian REFLEKSI HATI REFLEKSI HIDUP REFLEKSI HUJAN REFLEKSI IMAN REFLEKSI ISLAM REFLEKSI JIWA REFLEKSI KEHIDUPAN REFLEKSI KEMANUSIAAN Refleksi Kerja REFLEKSI KESIHATAN REFLEKSI MASA DAN KESEIMBANGAN Refleksi Masa Depan REFLEKSI NUSANTARA REFLEKSI PERIBADI Refleksi Ramadan REFLEKSI SEJARAH REFLEKSI SEMASA REFLEKSI TUBUH REFLEKSI WAKTU REFLEKTIF REHAT REHAT & PEMULIHAN REHAT ITU PERLU REHAT JIWA RELATED POSTS REMEMBER ZARA RENUNGAN RENUNGAN AKHIRAT RENUNGAN DIRI RENUNGAN HATI RENUNGAN HIDUP RENUNGAN JIWA RENUNGAN PAGI Repvblik RESEPI RESEPI JIWA RESEPI MUDAH RESEPI TRADISIONAL RESEPI: MASAKAN RESOLUSI REVIEW BLOG Review Telefon REZEKI REZEKI & SYUKUR Rezeki & TAKDIR REZEKI BERKAT REZEKI DAN SYUKUR REZEKI DAN TAKDIR RINDU RINDU AYAH Rindu Yang Pergi RINGGIT RISALAH CINTA RON95 RUJUKAN AGAMA RUJUKAN BLOG MALAYSIA Rukyah Hisab RUMAH TANGGA Ryenald Guntabid S. Jibeng Sabar SABTU SAFETY SAHABAT SAHABAT ITU SAHABAT NABI SAHABAT PENA SAHABAT TERBAIK SAHUR SAINS SAINS & JIWA SAINS & REFLEKSI SAINS ANGKASA SAINS DAN JIWA SAINS DAN KEHIDUPAN SAINS DAN REFLEKSI Sains Itu Keren SAINS RINGKAS SAJIAN HATI SAKIT HANYA KITA RASA SAKIT INI SAKIT ITU NYATA SAKIT YANG TAK DIFAHAMI SALAM JUMAAT SALAM KHAMIS SALAM YANG SEMAKIN JAUH Salawat Asyghil Sam Lim SAMBAL SAMBAL BERLADO SAMPAI AKHIR Sampul Raya Anime SANISAH HURI SANTAI JIWA Sastera Gelap Sastera Nusantara Satu Hari Di Hari Raya SCAMMER SCROLL BOX DI POSTINGAN BLOG SEGMEN segmen blog malaysia SegmenBloglist SEJADAH RINDU SEJARAH SEJARAH ASEAN SEJARAH BAHASA SEJARAH DIGITAL SEJARAH DUNIA SEJARAH EKONOMI Sejarah Filem Melayu SEJARAH GELAP SEJARAH ISLAM SEJARAH JENAMA SEJARAH KEDAH SEJARAH MALAYSIA SEJARAH MANUSIA SEJARAH NABI SEJARAH NEGARA Sejarah Politik Malaysia SEJARAH RM5 SEJARAH WEB SEKOLAH Sekolah Terbaik Kedah SELAMAT HARI RAYA SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN Selawat SELERA KITA Self Healing SELF REMINDER SELF-CARE Seloka Hari Raya - Hail Amir dan Uji Rashid SEMANGAT DAN PERJUANGAN SEMBUNYI LUKA SENARAI BLOG SENARAI LIRIK LAGU SENDIRI SENI Seni & Budaya SENI & EMOSI SENI MODEN SENYUM DALAM TANGIS SENYUMAN SEO SEO Blog SEORANG AKU SEPERTI DULU SERAM SERAM DAN MISTERI SERANGAN SIAM 1821 SERBA SALAH TAPI IKHLAS SERINGGIT Servis Motor Servis Motosikal SETIA SETIA TANPA RASA SETIAP JIWA PUNYA CERITA SETIAP SUNYI PUNYA SUARA SHAOLIN BOY SHIPPING POST SIDRATUL MUNTAHA SIGNAL AI SIKAP MANUSIA SILENT STRUGGLE SIMBOLIK RM5 SINDIRAN HALUS SINDIRAN MANJA SINOPSIS SIRAH NABAWIYYAH SIRAH NABI Sirah Rasulullah SIRI 365 HARI SIRI KHAS SISTEM IMUN SITEMAP SITI NORDIANA SKYECHIP SMK KUBUR PANJANG SOKONGAN EMOSI SOKONGAN JIWA SOLAT Solidarity Movements SOP SOP RADIO SOSIAL SOUNDTRACK TAMIL SPANAR Spiritual SPM SPM 2025 SST ST12 STATISTIK Statistik Bahasa Dunia STATISTIK BLOG STATISTIK SUKA STEVEN PASARIBU STOP BULLYING STPM2024 Stress & Tekanan STROK Strok Haba SUAMI Suami Isteri SUARA DALAM DIAM SUARA DALAM MARAH SUARA DARI DALAM SUARA DARI HATI SUARA DARI KOMUNITI SUARA DARI PAGAR SUARA HATI SUARA INI TAKKAN MATI SUARA JIWA SUARA YANG DIAM Suasana Di Hari Raya Sudirman SUDIRMAN HJ ARSHAD Sufi SUKA BAJO SUKAN SUKAN DAN SEMANGAT SUKAN SEKOLAH SUMBANGAN TUNAIRAHMAH SUMBER SUMBER / PERKONGSIAN / LAIN-LAIN SUMBER DAN RUJUKAN SUMBER RASMI Sunni SUNYI Sunyi Yang Menyembuhkan SURAH AL-KAHFI SURAH FAATHIR SURAH MARYAM SURAT MALAM SYAABAN MENUJU SYAWAL SYAM (OKU) Syawal Syeriena Marcella SYUKUR SYUKURI HARI INI TADABBUR Tadabbur Al-Quran TAFSIR RINGKAS TAFSIRAN Tag Berantai TAHIYAT AKHIR Tahun Gajah Takdir & Hikmah Takdir & Redha TAKDIR DAN REDA TAKWIM HIJRI Takwim Islam TALK TO MY MANAGER TAMIL CLASSIC TANAH TANAH AIR DAN JIWA Tanda Amaran Tanda Kebesaran Allah TANGGUNGJAWAB TANGISAN TAPI DOAKU TETAP DEKAT TARDIGRADE Taubat TAUBAT DAN KEINSAFAN TAUHID TAZKIRAH Tazkirah Hati TB TB Paru-Paru TEGURAN DENGAN KASIH TEKNOLOGI Teknologi & Penerbangan TEKNOLOGI WEB TELEFILEM Telefon Pintar Bajet Telefon Rugged TEMPAT KERJA TEMPLATE Tenaga TENANG DALAM DIAM TENANG DALAM HIDUP TENTANG BERTAHAN TENTANG BLOG Tentang Blog Ini Tentang Cinta TENTANG HATI TENTANG Hidup Tentang Manusia TENTANG MEMAAFKAN TENTANG MENYENDIRI TENTANG PERASAAN Tentang Rasa TENTANG RINDU DAN JARAK Tentang Saya TENTANG YANG KITA SIMPAN DALAM DIAM TERASA ITU URUSAN HATI TERI MERI TERIMA KASIH TERIMA KASIH SAHABAT TERJEMAHAN TERLALU BODOH THE CONJURING WARREN FILES THE KARATE KID THE PATRIOTS THE UNFORGIVEN Thunderclap Headache TIA TIDUR Timeline Negara TINTA MINDA Tinted Kereta TIP HARIAN TIPS TIPS BERGUNA TIPS BLOG TIPS KEHIDUPAN Tips Kereta Tips Kesihatan. TIPS KEWANGAN Tips Membeli Telefon TIPS PERBANKAN TIPS RUMAH TOKOH TOKOH DAN LAGENDA Tokoh Dunia TOKOH DUNIA ISLAM TOKOH ISLAM Tokoh Negara Tokoh Seni TOOL TOXIC Traffic Blog TRAVEL TRENDING MALAYSIA Tuberkulosis TUBUH DAN JIWA TUDUHAN DAN FITNAH TUHAN TAK PERNAH PERGI TULISAN HATI TULISAN REFLEKTIF TUMBBAD Tunaikan Saja Hari Raya Tung Tung Raya TUPAI KING TUTORIAL TV9 UBAT UCAPAN HARI LAHIR UCAPAN JIWA UCAPAN PAGI UJIAN HIDUP UKHUWAH DAN PERSAUDARAAN Ulangtahun ULASAN ULASAN RINGKAS Umrah UN UNDANG-UNDANG Undang-Undang Jalan Raya UNDANG-UNDANG MALAYSIA UNTUK ADIK UNTUK AYAH UNTUK AYAHANDA TERCINTA UNTUK DIRI SENDIRI UNTUK HARI SUSAH UNTUK HATI Untuk Hati Yang Penat UNTUK HATI YANG SEDANG UNTUK HATI YANG SEDANG BERTAHAN Untuk Hati Yang Sedang Hilang Makna Untuk Hati Yang Sedang Mencari UNTUK HATI YANG SEDANG PENAT TAPI DIAM UNTUK HATI YANG SEDANG SAKIT UNTUK HATI YANG SEDIH UNTUK HATI YANG SUNYI UNTUK HATI YANG TAK BANYAK BERSUARA UNTUK HATI YANG TAK KUAT TAPI MASIH ADA Untuk Hati Yang Tak Pernah Minta Menjadi Kuat UNTUK JIWA YANG PENAT UNTUK JIWA YANG TIDAK BANYAK BERSUARA UNTUK YANG MENCARI UNTUK YANG SEDANG SAKIT UNTUK YANG SELALU DITAHAN UPGRADE KESEDARAN DIRI URAT SARAF Usop UUM Vario 160 Veterinar Viral Malaysia WADAH WAKTU SOLAT WANGIAN DAN HARUMAN WANITA & PERANG WANITA DALAM ISLAM WANY HASRITA WARKAH JIWA WARTAWAN DAN PERANG WIDGET WISATA WITIR WONDER PETS WORDLESS WEDNESDAY WORKPLACE SAFETY WORLD CUP 2026 WORLD PARA ATHLETICS CHAMPIONSHIPS YAKJUJ MAKJUJ YAMAN YANG SEDANG HILANG DIRI Yonnyboii YOUTUBE YOUTUBER MALAYSIA YVES KLEIN ZIANA ZAIN ZIKIR Zikir Senyap Zikir Sunyi Zon Waktu ZYNAKAL