Pages

Pengakuan

Januari 25, 2019

Kelebihan Limau Kasturi Untuk Diri

Kelebihan Limau Kasturi Untuk Diri

Limau kasturi adalah salah sejenis buah yang banyak digunakan dalam kegunaan masyarakat Asia Tenggara kerana setiap perahannya memberikan rasa yang sangat sedap dan segar samada didalam makanan mahupun minuman.Aromanya yang harum dan menyegarkan terasa tenang jika dihidu.  Ia juga mengandungi kandungan vitamin C  dan merupakan salah satu sumber antioksidan yang baik.

Mengandungi sebatian antibakteria yang bagus, limau kasturi berfungsi sebagai deodoran semula jadi kerana boleh menyelesaikan masalah bau badan dengan beberapa cara.

Ubat Kurus


Perah limau nipis dicampur bersama teh tanpa gula dan minum setiap hari.  Sebaik-baiknya biarlah teh itu suam.  Amalkan meminum air ini dan InsyaAllah perut yang buncit akan menjadi kempis.

Ubat Demam


Petik 2-4 genggam daun limau nipis, rebus dengan 2 hingga 4 gelas air.  Gunakan air rebusan itu untuk menuam pesakit yang demam dengan merendam kain dengan air rebusan dan diperah, lalu diletakkan didahi.

Ubat Hilang Bau Ketiak


Siapkan limau nipis yang telah dicampur dengan kapur sireh.  Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh.  Lakukan dengan kerap pagi dan petang.

Ubat Pening Kepala


Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit dibahagian atasnya.  Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga mengeluarkan air.  Pastikan anda menghalakan cecair itu kearah hidung semasa ia terpancut.

 Ubat Lelah


Ambil satu sudu madu (kalau boleh madu asli).  Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.  Anda boleh meminumnya bila-bila masa ketika mengalami lelah.  Cukuplah diamalkan seminggu 

Ubat Batuk

Campurkan limau, kicap dan garam.  Amalkan minum setiap pagi dan malam.

Sumber Google

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!