Fakta Menarik Syazwan Zulkifly Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda ~ #JMBELOG Fakta Menarik Syazwan Zulkifly Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda - #JMBELOG Fakta Menarik Syazwan Zulkifly Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda - #JMBELOG
You are here :Home » AKU » Fakta Menarik Syazwan Zulkifly Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda

January 12, 2019

Fakta Menarik Syazwan Zulkifly Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda

Fakta Menarik Syazwan Zulkifly Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda

#1. Nama panggilannya ‘Kepeng’.

#2. Dikenali ramai menerusi watak antagonis, walaupun realitinya telah melakonkan pelbagai jenis watak.

#3. Mengakui tidak mempunyai asas dalam bidang lakonan.

#4. Kehadirannya mula mendapat perhatian selepas membintangi siri televisyen, Juvana di TV3, membawakan watak sebagai Apek.

#5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

#6. Penglibatannya dalam filem menerusi Juvana, Laga, Suamiku, Encik Perfect 10, Gamatisme dan Sunti @ Facebook.

#7. Menerusi drama, antaranya Juvana, Soffiya, Jangan Ambil Padang Kami, Gemilang, Istikharah Cinta, Padamu Aku Bersujud, Lelaki Macam Dia, 7 Hari Mencintaiku, Cinta Roller Coaster, Nahu Rindu, Halalkan Hati Yang Ku Curi dan Pujaan Hati Kanda.

#8. Tidak ketinggalan, telefilem Di Bawah Satu Langit, Karlos Bolos, Dendam Rindu, Kalung Kak Dara , Bila Tiba Saatnya, Simpang Sejenak, Kebaya Mek Hwa dan Akil & Juan.

#9. Menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik menerusi Juvana di Festival Filem Malaysia ke-26 pada tahun 2014 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Laga) di Festival Filem Malaysia ke-27 pada 2015.

#10. Pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama pelakon Nabila Huda pada 2013. Malang menimpanya sekali lagi apabila terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak berhampiran Genting Sempah pada Mei 2017 ketika dalam perjalanan ke set penggambaran drama Sehangat Cinta Antasha.

#11. Gara-gara dikatakan pernah memukul bekas kekasih, pengacara Shenty Feliziana, beliau dianggap seorang yang panas baran, sedangkan Syazwan menyifatkan dirinya seorang yang pendiam dan sukar untuk marah.

Kredit : Iluminasi / Edisimedia.com

No comments:

Post a Comment

Labels

Hots Search