Word 95
Bayangkanlah jika didunia ini, bekalan terhenti mudah dicari.
Bagaimana pula di sana nanti, tanpa bekal pahala kita yang rugi.
Apabila menyebut bekalan seorang pengembara, pasti ramai membayangkan segala keperluan seperti pakaian, alat-alat dan tempat tinggal. Tapi pastinya bekalan yang paling utama bagi pengembara ialah bekalan makanan dan minuman.
Seorang pengembara apabila dia berjalan jauh, pasti dia keletihan dan mengharapkan bekalannya. Tetapi jika bekalannya habis di dalam perjalanannya, dia boleh mencari bekalan di mana-mana. Terutamanya apabila dia di dalam hutan. Masih banyak makanan dan minuman yang boleh dia perolehi.
Tetapi perumpamaan seseorang yang berjalan di akhirat sana, dia juga pasti memerlukan bekalan untuk bertemu Allah. Jika bekalannya tidak mencukupi untuk sampai pada Allah, maka dia akan rebah sebelum bertemu Allah.
Bekalan itulah pahala dan amalan. Tanpa bekalan itu, manusia akan tersungkur di tengah jalan. Kerana di sana nanti dia tidak akan menemui bekalan di tengah perjalanan, kerana bekalan pahala dan amalan hanya boleh dikutip di dunia ini sahaja. Terpulang kepadanya mahu mengumpulkan bekalan sebanyak mungkin atau dia mengabaikan sahaja.
Jom kumpulkan bekalan sebanyak mungkin supaya pengembaraan kita menuju Allah itu sampai pada destinasinya iaitu syurga.
Insyaallah.
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!