Pages

Januari 21, 2019

Bill Gates dilihat sedang beratur seperti orang awam hanya untuk mendapatkan burger kegemarannya!

Benarlah kata orang, apabila sudah banyak duit, mereka tidak berkelakuan seperti mereka itu sebenarnya orang yang kaya-raya. Lihat gambar Bill Gates yang sedang beratur untuk membeli burger kegemarannya membuatkan kita sedar bahawa beliau juga sama seperti kita!

Bill Gates mungkin orang terkaya dunia tetapi apabila diperkatakan tentang ‘beratur untuk membeli burger’, itu semua adalah tentang kesabaran menunggu.

Bill Gates yang memakai baju sejuk berwarna merah, seluar panjang kelabu dan berkasut hitam dilihat sedang beratur sambil tangannya dimasukkan di dalam poket seluar untuk membeli burger di Dick’s Drive-In di Seattle 

Kredit: Facebook/ Mike Galos

Kita beranggapan bahawa orang kaya hanya pergi ke restoran mahal untuk makan malam, tetapi Bill Gates pula membelanjakan RM32.00 untuk burger deluxe, kentang goreng dan Cola!

Kredit: DDIR

Gambar Bill Gates yang sedang beratur itu diambil oleh Mike Galos, seorang bekas pekerja Microsoft pada malam Ahad di kejiranan Wallingford di Seattle. Galos kemudiannya memuat naik gambar yang dirasakan cukup bermakna itu di Facebook.

“Apabila anda bernilai jutaan dolar, menjalankan amal kebajikan untuk dunia dan beratur untuk mendapatkan burger, kentang goreng dan air Cola di Dick’s seperti kita semua,” catatan Galos di Facebook.

Menurut Galos lagi, Bill bukanlah orang yang sering menjadi perhatian tetapi secara amnya kemesraan yang ditunjukkannya menjadikan beliau seorang selebriti.

“Saya pernah berbual dengannya di majlis keramaian sebelum ini tetapi apabila berada di jalanan atau di restoran, saya tidak cukup mengenalinya dengan baik untuk datang menyapa dan mengucapkan ‘hai’ kepadanya,” kata Galos.

Difahamkan Bill Gates adalah seorang penggemar Dick’s Burger di Seattle, Washington dan pelanggan tetap Burgermaster di Bellevue.

Memetik kata-kata Bill Gates pada tahun 2011,

“Saya boleh faham, keinginan berjuta-juta dolar memerlukan kebebasan tertentu, kebebasan yang bermakna yang datang bersamanya tetapi sebaik sahaja anda mendapat lebih banyak daripada itu, saya perlu memberitahu anda, itu adalah hamburger yang sama. Dick’s tidak menaikkan harga mereka.”


Sumber: DAILY MAIL

Kredit : https://mb.erabaru.com.my/2019/01/21/bill-gates-dilihat-sedang-beratur-seperti-orang-awam-hanya-untuk-mendapatkan-burger-kegemarannya/

1 comments:

mamapp berkata...

Humblenya..

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!