Zaman teknologi kini semakin canggih, dari telefon pintar sehingga ke kenderaan yang dipandu. Semuannya canggih termasuklah dengan penggunaan lampu HID yang digunakan oleh kenderaan yang serba baru diatas jalan raya.
Namun, sebenarnya ramai yang menyatakan pemanduan mereka terganggu kerana penggunaan lampu HID ini. Lampu HID mempunyai kecerahan yang menyilaukan pandangan, malah lampu HID juga dua hingga tiga kali lebih cerah berbanding dengan lampu yang sebelum ini sudah tersedia pasang pada kenderaan.
Oleh kerana terlalu banyak aduan yang diterima yang memberitahu pemanduan mereka terganggu, perkara ini telah mendapat perhatian Mentei Pengangkutan, Anthony Loke yang kemudiannya telah mengumumkan larangan penggunaan lampu HID yang tidak mengikut peraturan dan spesifikasi yang ditetapkan.
Kebiasannya kita akan nampak lampu HID ini dipasang pada kereta-kereta mewah seperti BMW, Volkswagen dan Toyota jenis baru. Lampu HID sebenarnya memberikan pencahayaan yang lebih baik dan jelas kepada pemandu.
Tetapi yang menjadi risiko sekiranya pemandu dari arah belakang yang menggunakan lampu HID akan menyebabkan kenderaan lain yang berada di hadapan mereka sukar untuk melihat dengan jelas kerana terlalu silau.
Menteri Pengangkutan mengambil tindakan untuk mengharamkan penggunaan lampu HID pada semua jenis kenderaan tanpa ada sebarang pengecualian. Malah mereka yang didapati bersalah dan masih menggunakan lampu HID akan didenda sehingga RM2,000 dan boleh dipenjarakan selama 6 bulan.
sumber : OMM
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!