Januari 19, 2019

Tindakan budak berusia 2 tahun ini yang memberikan kasutnya kepada gelandangan sangat menyentuh hati

Pada 14 Januari lalu, satu video telah dimuat naik di YouTube menunjukkan seorang bapa dan anaknya yang berusia 2 tahun, Cheikh Faizal, berjalan di sekitar stesen MRT Bukit Bintang.

Sementara itu, terdapat gelandangan berada di situ yang kelihatan sedang duduk selain mencari tempat berteduh daripada terik matahari. Bapa dan anak berkenaan berjalan melintasi seorang perempuan gelandangan yang memegang payung usang.

Kredit: Sahouli Cheikh Faizal|YouTube

Cheikh kemudian tiba-tiba berhenti dan berlari ke tepi di mana dia sebenarnya melihat ada budak lain yang sedang berteduh di sebelah ibunya. Si bapa pula memerhatikan sahaja gelagat anaknya yang mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi memandangkan budak gelandangan tersebut seakan sebaya dengannya.

Cheikh dilihat memandang bapanya setelah perasan bahawa budak gelandangan berkenaan tidak mempunyai kasut. Dengan tidak disangka-sangka, Cheikh menanggalkan kasut dan sarung kakinya lalu memegang kaki budak perempuan berkenaan untuk memakaikan sarung kaki padanya.

Ia menjadi sedikit lucu apabila Cheikh memakaikan sarung kaki itu secara terbalik. Namun bapanya dengan pantas membetulkannya semula. Sesudah memakaikan sarung kaki dan kasut, Cheikh kemudian mencium kanak-kanak berkenaan.

Kredit: Sahouli Cheikh Faizal|YouTube

Cheikh kemudian berjalan menghampiri seorang ibu gelandangan bersama tiga orang anaknya. Cheikh kelihatan tertarik dengan lori mainan yang dimiliki kanak-kanak berkenaan. Cheikh kemudian memandang bapanya. Lantas bapanya memberikan duit kepada Cheikh untuk didermakan kepada kanak-kanak gelandangan tersebut.

Kredit: Sahouli Cheikh Faizal|YouTube

Tanpa mengenal latar belakang, Cheikh dilihat bermain kejar-kejar bersama kanak-kanak gelandangan berkenaan. Sesungguhnya, sifat penyayang sebeginilah yang perlu diterapkan dalam diri anak muda zaman sekarang agar tiada lagi diskriminasi berlaku dalam sesetengah komuniti terpinggir dalam negara.

Jika anak kecil seperti Cheikh begitu prihatin akan mereka, maka apa alasan kita untuk tidak melakukan perkara yang sama?

Video : https://m.youtube.com/watch?time_continue=5&v=lTmWpcxDQwk

Kredit: Sahouli Cheikh Faizal/Youtube

Sumber: Sahouli Cheikh Faizal/YoutubeWorld of Buzz

Kredit : http://mb.erabaru.com.my/2019/01/19/tindakan-budak-berusia-2-tahun-ini-yang-memberikan-kasutnya-kepada-gelandangan-sangat-menyentuh-hati/

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut