Januari 10, 2019

Jutaan serangga hitam di Kota Mekah, ini jawapan dari pihak kerajaan di sana

Jutaan serangga hitam di Kota Mekah, ini jawapan dari pihak kerajaan di sana

Ketika ini, dapat dilihat adanya jutaan serangga berwarna hitam hadir di kota mekah, apa sebenarnya yang berlaku?

Tersebar luas berita tentang serangga dengan bentuk seperti lipas atau cengkerik yang bertebaran disekitar Kota Mekah dan Madinah.

Ada banyak video dan foto yang di kongsi oleh warga Mekah yang memeprlihatkan serangga berkenaan.

Serangga berkenaan mula memenuhi kota mekah dan beberapa bandar di negara Saudi.

Ada netizen yang bertanya apakah petanda yang sebenarnya dengan kehadiran serangga ini?

Susulan kes ini menjadi buah mulut, akhirnya satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan tentang perkara ini.

Ini kenyataan rasmi dari Majlis Perbandaran Tanah suci Mekah

“Berhubung dengan isu semasa yang sedang tular buat masa ini, berkaitan dengan video yang sedang hangat diperbahaskan di media-media sosial.

“Iaitu Video Yang merakamkan ribuan serangga memenuhi beberapa kawasan di sekitar kota mekah assyarif.

“Majlis Perbandaran Kota suci Mekah telah membuat siasatan dan hasil dari siasatan itu menjelaskan:

“Bahawa serangga itu adalah sejenis serangga yang bernama (janadibu sauda) atau (al jaddejad). Atau dikenali juga sebagai lipas malam(cengkerik). Ia terbang sekawan dari tempat lain ke tempat lain.

“Walau bagaimana pun pasukan keselamatan yang dikhususkan dari unit kawalan serangga telah dihantar bagi menyelesaikan masaalah ini.

“Sebanyak 22 kumpulan yang terdiri dari 138 orang pekerja yang disertakan bersama mereka sebanyak 111 pest controls atau alat pembasmi serangga.

“Dan pembasmian telah dilakukan bermula dari sudut yang mana ia banyak didapati keluar. Iaitu saluran air bawah tanah, Saluran air kumbahan, Laluan terbuka atau tertutup

“Semua ini dilakukan disekitar masjidil haram assyarif khususnya di bahagian yang bernama al qusyasyiyyah.

Perlaksanaan ini dilakukan secepat mungkin untuk membasmi serangga serangga ini agar dapat menjaminkan keamanan dan keselamatan.

Arahan ini dikatakan telah dikeluarkan dari pihak pemerintah umum hal ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Pihak kerajaan dikatakan telah berjaya menyelesaikan masalah ini dengan baik.

Sumber yang sama menyatakan bahawa pasukan bertindak pantas untuk menangani masalah ini, memfokuskan pada longkang hujan dan saluran air terbuka di kawasan itu kerana mereka mungkin sumber serangga.

(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka. (Al-A’araf : 133)

Semua kejadian yang berlaku adalah dengan izin ALLAH. Semoga segalanya baik-baik sahaja.

Sumber: Denaihati

1 ulasan:

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!