Tindakan budak berusia 2 tahun ini yang memberikan kasutnya kepada gelandangan sangat menyentuh hati

Pada 14 Januari lalu, satu video telah dimuat naik di YouTube menunjukkan seorang bapa dan anaknya yang berusia 2 tahun, Cheikh Faizal, berjalan di sekitar stesen MRT Bukit Bintang.

Sementara itu, terdapat gelandangan berada di situ yang kelihatan sedang duduk selain mencari tempat berteduh daripada terik matahari. Bapa dan anak berkenaan berjalan melintasi seorang perempuan gelandangan yang memegang payung usang.

Kredit: Sahouli Cheikh Faizal|YouTube

Cheikh kemudian tiba-tiba berhenti dan berlari ke tepi di mana dia sebenarnya melihat ada budak lain yang sedang berteduh di sebelah ibunya. Si bapa pula memerhatikan sahaja gelagat anaknya yang mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi memandangkan budak gelandangan tersebut seakan sebaya dengannya.

Cheikh dilihat memandang bapanya setelah perasan bahawa budak gelandangan berkenaan tidak mempunyai kasut. Dengan tidak disangka-sangka, Cheikh menanggalkan kasut dan sarung kakinya lalu memegang kaki budak perempuan berkenaan untuk memakaikan sarung kaki padanya.

Ia menjadi sedikit lucu apabila Cheikh memakaikan sarung kaki itu secara terbalik. Namun bapanya dengan pantas membetulkannya semula. Sesudah memakaikan sarung kaki dan kasut, Cheikh kemudian mencium kanak-kanak berkenaan.

Kredit: Sahouli Cheikh Faizal|YouTube

Cheikh kemudian berjalan menghampiri seorang ibu gelandangan bersama tiga orang anaknya. Cheikh kelihatan tertarik dengan lori mainan yang dimiliki kanak-kanak berkenaan. Cheikh kemudian memandang bapanya. Lantas bapanya memberikan duit kepada Cheikh untuk didermakan kepada kanak-kanak gelandangan tersebut.

Kredit: Sahouli Cheikh Faizal|YouTube

Tanpa mengenal latar belakang, Cheikh dilihat bermain kejar-kejar bersama kanak-kanak gelandangan berkenaan. Sesungguhnya, sifat penyayang sebeginilah yang perlu diterapkan dalam diri anak muda zaman sekarang agar tiada lagi diskriminasi berlaku dalam sesetengah komuniti terpinggir dalam negara.

Jika anak kecil seperti Cheikh begitu prihatin akan mereka, maka apa alasan kita untuk tidak melakukan perkara yang sama?

Video : https://m.youtube.com/watch?time_continue=5&v=lTmWpcxDQwk

Kredit: Sahouli Cheikh Faizal/Youtube

Sumber: Sahouli Cheikh Faizal/YoutubeWorld of Buzz

Kredit : http://mb.erabaru.com.my/2019/01/19/tindakan-budak-berusia-2-tahun-ini-yang-memberikan-kasutnya-kepada-gelandangan-sangat-menyentuh-hati/

SEGMEN | BLOGLIST BY THE WONDERFUL JANNAH - 31 January 2019

Alololo - Issey



Tenung mata aku kali ini
Sayang
Beri aku peluang ke dua


Bumi gunung langit jadi saksi

Sayang
Takkan ada lagi orang ketiga


Benar itu hanya kebetulan

Sayang

Bukan sengaja aku nak nakal


Mungkin juga ini keturunan

Sayang

DNA lelaki lelaki gatal


Penat juga aku memujuk

Kau hilang aku terduduk

Janganlah marah dan merajuk
Dah macam orang kena sampuk



Yang

Alolololo sayang

Ting ting tang ting tang ting sayang
Aku rindu sikap manja mu yang dahulu



Sayang

Alolololo sayang

Simpanlah dulu rajukmu
Segala salah ku
Akur ‘I am sorry’



(Yang, sorry la yang)

(Hari tu tak sengaja)

(I janji lepas ni tak jadi dah benda macam ni yang)
(Yang)
(Yang)
(Yang)



Penat juga aku memujuk

Kau hilang buat aku terduduk

Janganlah marah dan merajuk
Dah macam orang kena sampuk



Yang

Alolololo sayang

Ting ting tang ting tang ting sayang
Aku rindu sikap manja mu yang dahulu



Sayang

Alolololo sayang

Simpanlah dulu rajukmu
Segala salah ku
Akur ‘I am sorry’



Janji ini bukan sebarang janji

Sayang

Ini bukan janji yang palsu


Ini soal cinta dari hati

Sayang

I really really really really love you


Alolololo

Alolololo


Alololo - Issey (kredit)

Word 105

Word 105

Bagai limau masam sebelah

Maksud: Hukuman ataupun pertimbangan yang tidak adil dan berat sebelah.

SINOPSIS KIPAS BELUM MATI

SINOPSIS KIPAS BELUM MATI

Kisah Mia, seorang artis meningkat naik, membuka kelab peminatnya dan dibantu oleh Lynn yang menjadi pengurus. Dengan bantuan Lynn, kelabnya maju namun ada harga yang harus dibayar di sebalik kejayaan tersebut.

Telefilem Kipas Belum Mati akan disiarkan  pada Sabtu, 19 Januari 2019, pukul 9 malam di Astro Citra ( Astro Citra 131 & Citra HD 126).

Lakonan Fathia Latiff, Nad Zainal, Siti Elizad Sharifuddin, Bob Yusof, Iswan Ismail, Isyariana, Syuhaida Abraz, Aman Aziz, Jasper Supayah, Aidit Noh dan ramai lagi

Drama Nur 2

Drama Nur 2, 15 episod bakal menemui penonton pada bulan April nanti di slot Samarinda TV3, Isnin-Khamis, 10:00 malam.

Lakonan Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali dan ramai lagi.

Biodata Shiro - Juara Maharaja Lawak Mega 2018

Biodata Ajak Shiro

Mohd Hanaffi bin Razak, lahir 6 Januari 1986, dikenali sebagai Ajak Shiro, merupakan pelawak Malaysia yang dicungkil menerusi program Raja Lawak 6. Beliau berganding bersama dengan Shahrol Shiro lalu membentuk sebuah kumpulan yang diberi nama Shiro.

Biodata Shahrol Shiro

Shahrol Azizie bin Azmi, lahir 16 Julai 1984, dikenali sebagai Shahrol Shiro, merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara. Sekarang, beliau berjaya membuka francais SS Bubur Ayam dan  menubuhkan “Aku Budak Kluang” untuk golongan belia di Kluang, Johor.

Finalis / Juara Maharaja Lawak Mega 2018

Sumber: Google

Penyemburan

Penyemburan

Dewi Remaja

Dewi Remaja

Tengku Anis Tengku Ismail (1985/86)

Aleeza Kassim (1987/88)

Jasmeen Dhillon (1990/91)

Wan Khatijah (1993/94)

Juliana Banos (1997/98)

Annahita Bakavoli (2002/03)

Scha Al-Yahya (2005/06)

Neelofa (2009/2010)

Raysha Rizrose (2014/15)

Sumber : Google

13 Nama Tempat Pelik Yang Benar-Benar Wujud Di Malaysia

13 Nama Tempat Pelik Yang Benar-Benar Wujud Di Malaysia

BY FAROUQ JOHARI — 01 APR 2014

Ini bukan April Fools. Nama tempat dalam senarai ini benar-benar wujud di Malaysia. Memang pelik tapi benar.

Cover image via sendudukdesa.blogspot.com

Updated about 4 years ago

1. Kampung Bogel, Terengganu

Walaupun Kampung Bogel dekat Kampung La, Hulu Besut telah bertukar nama dengan panggilan Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi penduduk sekitar masih senang memanggil dengan panggilan lamanya.

sinarharian.com.my

Peneroka asal kampung tersebut, Jusoh Mamat, 78, berkata dia tidak pasti mengapa kampung tersebut dikenali dengan nama itu kerana penduduk kampung memanggilnya sejak zaman arwah nenek moyangnya lagi.

sinarharian.com.my

2. Batak Rabit, Perak

Batak Rabit ialah sebuah pekan kecil di daerah Hilir Perak di Perak, Malaysia. Pekan ini terletak berhampiran bandar Teluk Intan. Ia dinamakan sempena tentera upahan Batak yang datang dari Daerah Batak di Sumatera yang dibawa oleh Raja Laut semasa perang saudara Selangor sekitar tahun 1867 hingga 1874.

wikipedia.org

GIF

Lokasi Batak Rabit di negeri Perak.

Image viawww.weather-forecast.com

Batak Rabit kini merupakan sebuah perkampungan nelayan kecil yang didominasi oleh kaum Batak Melayu yang asalnya dari Batak di Sumatera dan merupakan syurga bagi Udang Galah.

wikipedia.org

3. Kampung Dada Kering, Pahang

GIF

Lokasi Kampong Dada Kering di negeri Pahang.

Image viawww.weather-forecast.com

Kampung ini dinamakan Dada Kering merujuk kepada tanah yang telah dilombong dan terbengkalai. Semenjak penutupan lombong, tapak-tapak perlombongan telah dipenuhi dengan air dan bertukar menjadi ladang air segar.

blogspot.com

Salah satu tapak lombong di Kampong Dada Kering.

Image viahttp://miraie89.blogspot.com/

Kampung ini pernah menjadi lombong emas, secara literal. Tetapi deposit emas dan rizab telah lama habis dan lombong telahpun ditutup.

blogspot.com

4. Desa Temu Jodoh, Johor

Desa Temu Jodoh. Chaah, Segamat. Johor.

Image viabalqisnazid.blogspot.com

Tempat ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri, yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor.

hmetro.com.my

GIF

Lokasi Desa Temu Jodoh di negeri Johor.

Image viawww.weather-forecast.com

Perkampungan ini dibuka kira-kira 30 tahun lalu dan ia dulu dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek yang terletak 60 kilometer dari bandar Segamat dan 20 km dari daerah Yong Peng.

blogspot.com

Antara papan tanda yang terdapat di Desa Temu Jodoh.

Image viawww.nst.com.my

5. Kampung Imam Lapar, Terengganu

Papan tanda Kampung Imam Lapar.

Image viatwitter.com

Ada sebuah kisah menceritakan, terdapat dua orang pedagang ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan berkenaan dan mendapati imam sedang khusyuk menghafaz al-Quran.

bharian.com.my

GIF

Lokasi Kampung Imam Lapar di negeri Terengganu.

Image viawww.weather-forecast.com

Kemungkinan peristiwa itu diceritakan oleh pedagang itu kepada orang lain bahawa dia memberitahu imam, lapar tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) al-Quran.

bharian.com.my

6. Kampung Seronok, Pulau Pinang

Masjid Kampung Seronok, Pulau Pinang.

Image viapenang-traveltips.com

Seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan, sering datang ke kampung ini dan berkesempatan menghadiri beberapa majlis keramaian pada setiap tahun.

blogspot.com

GIF

Lokasi Kampung Seronok di negeri Pulau Pinang.

Image viawww.weather-forecast.com

D.W. Grehan sungguh tertarik dengan cara hidup penduduk kampung ini dan aktiviti yang dijalankan. Beliau kemudian mencadangkan kampung ini dengan nama Kampung Seronok dalam tahun 1946 dan dipersetujui oleh orang kampung.

blogspot.com

7. Kampung Baru Jumpa, Sabah

Papan tanda Kampung Baru Jumpa.

Image viamy.mustaffa.org

Kampung Baru Jumpa terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom, yang sebahagian besarnya dihuni masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, koko dan getah.

newsabahtimes.com.my

Jalan Baru Jumpa di Kampung Baru Jumpa di Tenom, Sabah.

Image viamy.mustaffa.org

8. Kampung Atas Tol, Terengganu

Mengikut cerita orang-orang tua, penduduk di sini pada zaman tersebut tinggal di beberapa penempatan secara berkelompok, di pinggir tanah gersang yang terbentang luas, berpasir, tidak sesuai untuk tujuan bercucuk tanam dan sukar mendapatkan sumber air.

blogspot.com

Papan tanda Kampung Atas Tol.

Image viablogspot.com

Tanah gersang yang tidak bernama itu sekadar disebut ‘di atas itu’ atau ‘atas tu’ sahaja, lama kelamaan ia telah menjadi bahan percakapan dan akhirnya panggilan ‘ATAS TU’ atau ‘ATAS ITU’ disebut dengan Atas Tol pada 1924 semasa penasihat British yang pertama iaitu Humpreys memperkenalkan sistem daerah buat pertama kalinya.

blogspot.com

9. Mambang Di Awan, Perak

Papan tanda Selamat Datang ke Mambang Di Awan, Perak.

Image viawww.nst.com.my

Mengikut seorang pegawai Inggeris bernama George Maxwell, dia menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Di Awan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka.

blogspot.com

GIF

Lokasi Mambang Di Awan di negeri Perak.

Image viawww.weather-forecast.com

Ada juga yang mengatakan ia bermula dengan sekumpulan pelombong bijih timah yang telah bekerja keras sepanjang hari dan apabila mereka berehat, mereka ternampak bidadari di awan-awan kerana keletihan mereka, oleh itu, dapat disimpulkan bahawa nama Batang Tonggang kemudian menjadi Mambang Di Awan.

blogspot.com

Pekan Mambang Di Awan.

Image viawww.travelific.my

10. Kota Sarang Semut, Kedah

Papan tanda Kota Sarang Semut di Kedah.

Image viakayuhsorangje.blogspot.com

Riwayat menceritakan bahawa terdapat seorang raja bernama Raja Sulaiman telah lalu di tempat ini dengan sekumpulan lelaki dan juga gajah.

wikipedia.org

GIF

Lokasi Kota Sarang Semut di negeri Kedah.

Image viawww.weather-forecast.com

Semut, yang takut busut mereka akan dimusnahkan oleh kumpulan itu, menangis simpati dan didengari oleh Raja Sulaiman. Beliau kemudian memberi amaran kepada rombongannya agar tidak memusnahkan busut tersebut.

wikipedia.org

11. Kampung Penajis, Negeri Sembilan

Antara papan tanda yang terdapat di Kampung Penajis.

Image viawww.tranungkite.net

Di DUN Kota dalam Parlimen Rembau terdapat satu tempat yang diberi nama Kampung Penajis. Menurut sejarah, nama asal kampung ini ialah Kampung Penajuh bersempena nama peneroka kampung ini iaitu Datuk Najuh. Ia turut dikenali dengan nama Kampung Penajeh.

blogspot.com

GIF

Lokasi Kampung Penajis di Negeri Sembilan.

Image viawww.weather-forecast.com

Dalam bahasa Sanskrit Tajeh berasal dari suku kata Taj yang bermaksud mahkota. Bekemungkinan juga Penajeh bermaksud orang yang memakai mahkota atau orang yang dimahkotakan (ditabalkan).

blogspot.com

12. Batang Melaka, Melaka

Stesen keretapi lama di Batang Melaka.

Image viakenalimelaka.blogspot.com

Batang Melaka ialah sebuah mukim dalam daerah Jasin, negeri Melaka, Malaysia. Pekan Batang Melaka pula adalah sebuah pekan kecil yang sebahagian daripadanya dalam daerah Jasin negeri Melaka dan sebahagian lagi dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan

wikipedia.org

GIF

Lokasi Batang Melaka di negeri Melaka.

Image viawww.weather-forecast.com

Batang Melaka terletak ditengah-tengah sempadan Melaka dan Negeri Sembilan di mana terdapat papan tanda memasuki negeri Melaka/Negeri Sembilan. Pekan ini boleh dikatakan seperti sebuah pekan koboi yang masih lagi tidak banyak berubah sejak dari tahun 1960'an.

wikipedia.org

13. Jalan Microwave, Sabah

Image viablogspot.com

Pengguna jalan raya memandu di sepanjang 350km yang sunyi jalan antara Kota Kinabalu dan Sandakan sentiasa boleh bergantung kepada tanda jalan raya untuk menertawakan mereka: Jalan Microwave di KM177.

blogspot.com

Kredit : https://says.com/my/seismik/13-nama-tempat-pelik-yang-benar-benar-wujud-di-malaysia

Assalamualaikum cik, pakcik cari siapa?

Isu pelajar terlibat dalam gejala ponteng sekolah bukanlah isu baru. Jika dibincangkan punca serta sebab-sebab mengapa gejala ponteng sekolah berlaku memang tiada kesudahannya.

Apetah lagi jika kita membincangkan siapa yang bersalah dalam hal ini. Salah mak ayah? Salah guru-guru? Salah sukatan pelajaran? Salah Pak Menteri?

Namun kisah yang dikongsikan di bawah diharap sedikit sebanyak membuka mata remaja-remaja kita yang masih di bangku sekolah agar mengasihani mak ayah mereka yang bersusah payah memastikan pelajaran mereka tidak terabai.

Sedih.

Perkongsian dari saudara Pojie Nanat di Facebook beliau.

Ni kali kedua.. ak jumpe pakcik ni.. dtg skolah.. cari ank die.. 1st time dtg.. pakcik ni nk blikan baju sukan utk ank die.. tp dtg skola ank xde kat skolah..

“Pg td die keluar pegi skola cikgu.. pakai bj skola.. bwk beg skola.. minta duit nk bli bj sukan.. sy dtg nk blikan.. cari die xde.. cikgu dia kt da lame die x dtg skola.. sy takot die kne buang.. mane sy nak cari die ni ye…”

mmg xleh j…wb.. sbb sah2 ank die x masok skola..

Arini.. pakcik ni dtg lg.. dok jengok kat tepi bilik ak ngadap ke padang..

“Assalamualaikum cik.. pakcik cr sape?..”

“Sy cr ank sy cikgu.. nk tgk die dtg skola x.. td sy pergi kelas die.. kwn2 nye ckp bdk2 kelas die kat padang..”

Ak panggil bdk.. suh carik ank pakcik ni..

“Cikgu.. bdk2 kelas die ckp ****** da 2 ari x dtg skola…”

Pakcik ni tgk ak.. muke die cm kompius..

“Cikgu…. ank sy pergi skolah cikgu.. sy hantar td pg… die pkai bj skolah.. bwk beg skola.. sy bg duit blanje cikgu…”

Die trus jln.. tekebil2 pakcik ni..muke tahan sedih… ak tau die kecewe gile ngn ank die..

Hmmm… hai la ank… kalo yg dtg ni berbaju kot.. berkasut kilat.. keluar dr perot bmw, ak x kesah.. tp… ape dose bapak ko smpai ko nipu org tua ni… smpai bile ko nk tgk bapak ko begini nasib nye.. x tringin ke nk hepikan die.. die x mtk ko blikan die banglo mewah tepi highway exit kajang tu.. die mtk ko g skola je.. tu pon susah ke?..

 Ni kali kedua.. ak jumpe pakcik ni.. dtg skolah.. cari ank die.. 1st time dtg.. pakcik ni nk blikan baju sukan utk ank…

Kredit

Anak tupai

Ado sekor…anok tupai…
Atas jula mokte…
kudung ekor..perut lapar…
jale cari make….(2x)
(2x)

kejadie Tuhe..dipanggil namo tupai..
asalnyo dale hute…
sejenis mamalia…
(2x)

kalu pasal jakit kot dehe…
diolah yang paling panda…
jatuh jaghe-jaghe
kerano dio tok sobar…

panda-panda tupai melopat
jatuh tanoh jugok…
nok wi kabar..oghe jahat…
jange terlajak manggak…

ooo…oghe zaman dulu…
pakat hambat tupai…
bimbang ko woh kayu …
takut tok de besar…
(2X)

nyo,durian, duku…
kalu de nyo kerit tupai…
pendek tahun tuh…nyo durian tok de nok jual….

ooo…sekat bedil ado…
tupai habih mati….
hok ni lah sayo raso…
kito sgt rugi…
(2x)

kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji…
nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi

oooo…raso siye sunggoh….
tgk sekor anok tupai..
krano terlajok kuruh…
sapa tokleh niti pagar…
(2x)

bulu-bulu pon habis luruh…
air mato bera-bera…
maghi dale baruh bokali keno racun bakar..

Oleh: Halim Yazid

Kredit

Aquaman USD1 Bilion

James Wan, anak kelahiran Kuching, Sarawak, yang mencipta fenomena apabila berjaya menjadikan filem arahannya Aquaman sebagai Box Office!

Aquaman mencipta sejarah apabila filem terbitan DC dan Warners Bro itu, yang ditayangkan sejak 21 Disember 2018 meraih kutipan lebih dari USD1 bilion pada Sabtu.

Dengan kutipan sebanyak USD4.5 juta di Amerika Utara dan USD5.4 juta di luar negara membuatkan filem itu berjaya mengutip sejumlah USD988.6 juta pada Jumaat.

Menurut laporan media antarabangsa, sejak filem itu ditayangkan, ia terus menerus memikat penonton seluruh dunia dan ia menjadi filem komik DC yang pertama mencecah billion dolar dalam masa tayangan 22 hari.

Sumber : Google

Por Hui Ling 8A UPKK

Por Hui Ling 8A UPKK
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Disember 2018 @ 3:18 PM

Pengacara AJL33

Pengacara AJL33



Sherry Alhadad dan Alif Satar

Sherry Alhadad
Shariffah Mariam Binti Syed Abdullah Al Hadad
17 November 1984 (umur 34)
Kuala Lumpur

Alif Satar
Muhammad Alif bin Mohd Satar
19 September 1990(umur 28)
Kuala Lumpur

Risiko korek telinga

Risiko korek telinga

SEJAK kecil lagi kita telah didedahkan dengan kaedah mencuci telinga yang telah diamalkan secara turun-temurun oleh mereka yang lebih berusia daripada kita.
Baik dengan menggunakan putik kapas oleh mereka yang dikatakan tergolong dalam kategori moden, mahupun penggunaan benda-benda tajam atau secara spesifiknya pin rambut oleh mereka yang agak tradisional.
Kedua-duanya digunakan oleh mereka yang mempunyai niat dan tujuan mencuci telinga yang kononnya kotor dan tersumbat dengan tahi telinga.
Ada yang menjadikannya sebagai satu rutin atas dasar telinga perlu dicuci selalu dan ada juga yang telah menjadikannya suatu amalan yang tidak boleh ditinggalkan setiap kali selepas mandi disebabkan oleh kerana terlalu biasa dengan amalan mengorek telinga.
Bagi mereka yang tidak berapa berkemampuan pula, agak jarang mereka dapat merasai nikmat mengorek telinga dengan menggunakan putik kapas. Jauh sekali untuk menjadikannya sebagai rutin harian.

Word 104

Word 104



Bersiap sedia sebelum menghadapi musibah.


Berjaga-jaga sebelum menghadapi kesukaran yang tak dijangka.

Ranking Alexa 17 Januari 2019

Ranking Alexa 17 Januari 2019


Ranking Alexa 13 Januari 2019

Global Ranking : 3,008,459
Rank in Malaysia : 35,117

Ranking Alexa 17 Januari 2019

Global Ranking : 2,971,337
Rank in Malaysia : 33,231

Sumber : Alexa

Word 103

Word 103

Inilah DOA Pendek yang menjadi rebutan lebih dari 37 RIBU Malaikat untuk mencatat pembacanya


HAMDAN KATSIRON THOYYIBAN

MUBARAKAN FIHI

MUBARAKAN 'ALAIHI KAMA

YUHIBBU ROBBUNA WA YARDHO

"SYAIKH ALI JABER"


SINOPSIS ASALKAN DIA BAHAGIA

SINOPSIS ASALKAN DIA BAHAGIA

Kisah Adira Imani, disebabkan dia anak yang dikutip jadi dengan rasa rendah diri dia relakan sahaja untuk dijodohkan dengan Haris Aryan yang juga kenalan abangnya Ikmal Reza. Sebenarnya abang Ikmal sudah lama sukakan Adira dan memasang niat untuk melamarnya bila Adira telah tamat belajar. Namun sebaliknya berlaku bila mama jodohkan dengan Haris dan perkahwinan tersebut dipercepatkan.

Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris. Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri.

Drama 28 episod, adaptasi novel Asalkan Dia Bahagia karya Hani Fazuha yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Akan menemui penonton pada bulan Mac nanti iaitu pada 8 Mac 2019.

Novel Asalkan Dia Bahagia by 

Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira.

Tutorial: Cara Buang Subscribe to : Posts (Atom)

Cara Buang Subscribe to : Posts (Atom)

Mula-mula pergi  DESIGN > TEMPLATE > EDIT HTML, tekan Ctrl+F, cari kod ini

<b:include data='feedLinks' name='feedLinksBody'/>

rujuk gambar untuk maklumat lebih jelas



Bila sudah jumpa,DELETE kod, preview, kalau tiada apa-apa error, boleh SAVE ...

Wadah Terkini