Apa jenis manusia ini. Apa salah saya?

“ Setiap petang saya nampak wanita berjubah putih berkali-kali kata padan muka..padan muka dekat saya” gara-gara sakit hati kena tegur sikit saja mereka tergamak buat macam ni dekat ustaz sampai beliau jatuh sakit. Nauzubillah

Malah ada manusia yang sanggup menjadi pembun0h dengan meminta pertolongan daripada jin dan syaitan bagi membalas dendam kepada manusia lain menggunakan cara halus begini.

Mereka yang ditimpa musibah jatuh sakit disebabkan sihir santau pula, tak semestinya orang biasa malah ustaz yang diketahui tinggi ilmu agama pun kadangkala dijadikan mangsa oleh manusia yang mengikut hati dan hawa nafsu.

Berikut perkongsian oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias berkaitan pengalamannya disantau.

Tahun 1996:

Saya dijemput menjadi imam qiamulail, selesai kuliah subuh saya pulang ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya sakit, badan tiba-tiba sahaja lemah, kepala pening.. saya muntah.. masyaallah.. dar4h membuak keluar.

Di hospital doktor kata sy terkena jangkitan virus. 6 hari terlentang, anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang malam. Saya terlalu lemah, dada seperti dihiris-hiris.

Setiap petang saya nampak lembaga perempuan berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum berkata “padan muka.. padan muka”.

Teman (kawan) saya datang tidur di rumah, lari dia sebab dia nampak lembaga hitam besar berdiri dan kencing atas dia.. Masyaallah badan makin lemah, mana-mana anggota dipegang pasti menjerit saya kesakitan.

Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk berubat. Di Batu Kurau dapatlah jawapannya.. saya disantau, kuku semua dah hitam, badan susut mendadak.. beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya, sakitnya Tuhan sahaja yg tahu.

Bilal tua yang merawati saya kata “sabar ni ujian Allah..”

5 tahun kemudian dia meninggal kerana sakit tua. Sejak itu pantang saya ialah makanan yang tajam dan berbisa sepeti tebu, rebung, kambing dan beberapa jenis lagi.

Ini kali pertama saya disantau. Perit, pedih dan sakit sangat, bagi yang pernah kena dia tau lah macamana rasanya.. kenangan yang menginsafkan 1996/97

Tahun 1997:

Kesakitan akibat disantau berterusan dan mengganggu kerja dakwah saya. Serangan kedua lagi teruk, ramai yg datang membantu di samping amalan tertentu, gangguan dalam rumah makin menjadi-jadi. Saya dibawa balik ke Kedah untuk berubat, doktor mengesahkan saya tiada sebarang penyakit.

Tahapnya sampai orang masjid datang baca Yasin.. saya redha apa jua ketentuan Allah. Suatu malam, saya bermimpi didatangi seorang ulama, memakai baju putih.. mengucapkan salam.. dipegangnya dada saya dan dibaca beberapa potongan ayat Al Quran.

Dia kata esok ambik 7 benda ni dan mandi gosok seluruh badan.. Insyaallah katanya Allah bagi kesembuhan.

Dalam mimpi itu saya dipertunjukkan dengan 6 orang yang menyihir saya.. gambar mereka ditunjuk satu-satu.. saya tersedar dari tidur.. Masyaallah, mimpi apakah ini.. mimpi benar atau mainan?

Siang esoknya sy gagahkan diri utk bercakap, minta disediakan 7 perkara itu, saya pun dimandikan dan saya masih ingat lebih 2 minggu saya terlantar, batuk berdar4h, hanya boleh minum susu sahaja.

Pagi saya mandi pada sebelah petangnya Alhamdulillah saya dah boleh duduk.. saya kata lapar.. nak nasi.. saya tengok org sekeliling saya menangis, saya minta nak pegang anak saya, syukur dah boleh ingat banyak benda.

Tahun 1998:

Saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu Gajah.. dalam sibuk dok angkat barang, datang suami isteri.. saya kenal mereka, orang kaya, orang hebat deme ni.

Tiba-tiba suami dia peluk saya, si isterinya menangis.. dia kata “maafkan kami ustaz” berkali-kali diulang perkataan itu.

Saya tanya “nape?”

Dia jawab “kamilah yg menyihir ustaz, kami berdosa sangat-sangat pada Ustaz”

Saya tanya “kenapa buat kat saya mcm ni?”

Dia jawab “Saya terasa bila ustaz tegur dalam kuliah tentang orang yg tak berjemaah dimasjid, saya geram, saya menyampah dgn kata-kata ustaz”

Saya jawab “takpe..Alhamdulillah, saya tak marah dan simpan dlm hati”

Dia kata lagi “mereka berenam terlibat”

“Enam org?” saya terkejut..

Memang, saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yg ditunjuk dalam mimpi saya itu. Saya sebut nama lagi empat org, dia mengaku betul, mereka yang aniaya saya. Saya cakap pesan pada mereka saya maafkan mereka.

Sampai sekarang, kalau saya terserempak mereka berdua, si suami akan memeluk saya.. satu keluarga rapat dan tiap-tiap tahun mereka datang beraya (hari raya) dengan bawa sekali anak menantu cucu.. langsung tiada dendam dihati, Alhamdulillah.

Tahun 2001:

Ketika itu menjadi Imam di Masjid Al-Aulia, Ipoh. Tabiat saya ialah makan malam jam 6:30 petang.. bila saya 3 kali suap baru saya perasan ada banyak ulat di dalamnya, bergerak-gerak, MasyaAllah, bila saya buang ke lantai jadi nasi tapi dalam pinggan berulat.

Saya tanya isteri, ni nasi bila? Dia jawab baru masak. 3 hari berturut-turut sebelum itu tikar getah rumah saya diselak-selak sedangkan ada kusyen, meja makan dan almari kitab di atasnya. Berombak macam ada orang mengibasnya.

Itulah permulaan serangan ketiga pada saya dan kali ini paling teruk, saya terlantar sebulan malah tak dapat mengingati orang di sekeliling saya. Sakitnya sangat kuat sehingga mengganggu keluarga.. berpuluh-puluh ustaz dan pengamal perubatan tradisional datang membantu.

Ini pesan Dato’ Ismail kamus

Saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Ismail kamus, Dato’ Syeikh Mohd Nor, Ustaz Che Leh. Ustaz Ridzuan yang tak putus dan jemu membantu dan ribuan pelajar yang membuat solat hajat dan yang datang berubat dari seluruh negara.

Inilah kesakitan yang paling saya deritai hingga ke saat ini.. Mungkin tuan puan kata saya ni dok cerita pengalaman peribadi sahaja tapi saya ingin mengajak pada semua agar sabar dengan ujian dan mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita.

Kesakitan pada 2001 adalah pengalaman yang sangat berharga kerana mendorong saya mempelajari ilmu perubatan Islam secara lebih mendalam apabila Dato’ Ismail Kamus berkata pada saya…”Anta berubatlah akan diri anta sendiri..”

Temui bangkai anjing dalam rumah

Alhamdulillah.. selepas sebulan tak bangun, tak boleh tidur, takde selera makan, hilang banyak ingatan, saya bangun dengan izin Allah… saya temui jawapannya bila saya dan sahabat saya dari Indonesia menemui bangkai anjing ditanam dalam halaman rumah…

Apa jenis manusia ini… Apa salah saya…???

Apapun yang baiknya saya dapat belajar banyak perkara dari ujian ini antaranya… Saya belajar perubatan Islam.. Kedua, saya dapat tahu mana kawan masa susah senang dan kawan masa kita senang sahaja.. Terima Kasih kawan dan sahabat yang tolong saya.

Ustaz Kazim Elias

Sumber: Etak Salai

Sumber

Laung azan 2 kali 'cari' jasad bapa

Laung azan 2 kali 'cari' jasad bapa

PASUKAN keselamatan membantu mengangkat mayat Yahaya di Bukit Cengkih. (Gambar kecil) Mohamed Rahimi melaungkan azan dua kali sebelum menemui jasad bapanya itu ketika SAR berjalan. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal

“USTAZ menyuruh saya (melaungkan) azan dua kali, ketika itu bau semakin kuat menusuk hidung,” kata Mohamed Rahimi Yahaya, 44.

Itu diceritakan Mohamed Rahimi kepada wartawan Harian Metro ketika mengimbas kembali penemuan mayat bapanya, Yahaya Mohamed, 80, di Bukit Cengkih, Titi Serong, Balik Pulau, semalam.

Mohamed Rahimi berkata, ketika itu dia bersama seorang ustaz dengan beberapa penduduk dan anggota pasukan keselamatan mencari bapanya yang hilang sejak Sabtu lalu.

“Ketika itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah mahu dihentikan, saya bersama ustaz terus mencari sebagai ikhtiar terakhir sebelum pulang.

“Tiba-tiba ustaz menyuruh saya berhenti (di satu lokasi di Bukit Cengkih) dan saya diminta melaungkan azan.

“Selepas dua kali azan, bau mayat tersangat kuat menusuk hidung,” katanya yang ditemui di Hospital Balik Pulau, semalam.

Menurutnya, dia yang turut dibantu pasukan penyelamat kemudian turun ke kawasan cerun kira-kira 50 meter dari laluan di lereng bukit sebelum menemui mayat bapanya itu.

“Mayat ditemui dengan kesan kepala terhantuk pada batu, kemungkinan bapa tergelincir ketika berjalan di kawasan terbabit.

“Saya percaya bapa mungkin sudah meninggal dunia sejak dua atau tiga hari lalu kerana kecederaannya itu,” katanya.

Mohamed Rahimi berkata, mereka sekeluarga reda dengan kejadian itu dan berterima kasih kepada semua pihak yang tidak jemu membantu dalam SAR mencari bapanya.

“Ikutkan memang sedih, namun kami sekeluarga bersyukur kerana mayat bapa ditemui dalam keadaan sempurna,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, Yahayaatau dikenali sebagai Cikgu Ya hilang selepas menghantar lebihan nasi untuk makanan ayam ke rumah saudara mereka di Kampung Terang.

Susulan itu, anak perempuan Cikgu Ya membuat laporan polis dan usaha mencari mangsa dijalankan sebelum Perodua Kancil miliknya ditemui di kawasan hutan Bukit Cengkih, Khamis lalu.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terang selepas solat Isyak, hari ini.

Berita berkaitan

• Mayat Cikgu Ya ditemui

• Jumpa kereta Cikgu Ya atas bukit

Sumber

AARON Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke separuh akhir saingan Seluruh England menewaskan juara dunia, Zhang Nan-Liu Cheng pada aksi suku akhir

AARON Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke separuh akhir saingan Seluruh England menewaskan juara dunia, Zhang Nan-Liu Cheng pada aksi suku akhir.

KUALA LUMPUR: Kejutan besar dilakar beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila melangkah ke separuh akhir saingan Seluruh England dengan menewaskan juara dunia, Zhang Nan-Liu Cheng pada aksi suku akhir awal pagi tadi.

Gandingan muda negara itu yang tidak diletakkan sebarang harapan bagaimanapun terpaksa berhempas pulas sebelum dapat menewaskan lawan mereka dari China itu 21-19, 17-21, 21-12 dalam tempoh 63 minit.

Pada aksi separuh akhir hari ini, gandingan negara itu akan bertemu pilihan kelapan dari Indonesia, Muhammad Rian Ardianto-Fajar Alfian.

Terdahulu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai turut melakukan kejutan apabila mara ke separuh akhir selepas mengatasi pilihan kedua kejohanan, Wang Yilhu-Huang Dongping.

Soon Huat-Shevon yang juga tidak diletakkan sebagai pasangan pilihan terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan lawan mereka dari China itu 13-21, 22-20, 21-18.

Pada aksi separuh akhir hari ini, gandingan negara itu bakal bertemu pilihan ketiga kejohanan dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino.

Sumber

Aku Yang Tersiksa-Qua Rahman

Aku Yang Tersiksa-Qua Rahman

detik indah pun berlalu
kini tiada apa
yang tinggal hanyalah kosong belaka
sia-sia saja pengorbanan ini
sedetik pun kau tidak menghargai

detik-detik hitam pun bermula
melihat engkau berlalu pergi
tanpa ucapan salam perpisahan
kau tega meninggalkanku

sayang oh mengapa
hati ini engkau guris luka
jiwa ku pedih menangis hiba
ku tak sanggup sayang
ku tak sanggup kau tiada

janji tinggal janji
sayang jadi benci
musnahlah segala impian
yang telah terpatri

rindu tinggal rindu
cinta jadi api
membakar jiwaku
melecur hati ku saying

sampainya hatimu
menyiksa hidupku

apa saja permintaanmu
tak pernah aku hampakan
kerna ku mencintaimu
tapi kau ada yang lain

janji tinggal janji
sayang jadi benci
musnahlah segala impian
yang telah terpatri

rindu tinggal rindu
cinta jadi api
membakar jiwaku
melecur hati ku sayang

andai suatu hari
dia tiada lagi
carilah diriku
ku sanggup jadi pengganti

kerna waktu dulu
ku pernah berjanji
menyintai kamu
menyayangi mu sampai mati

oooo kekasihku

Pelakon Drama Asalkan Dia Bahagia (TV3)

Pelakon Drama Asalkan Dia Bahagia (TV3)

Ayda Jebat, Shukri Yahaya, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor dan ramai lagi.

Jika benar-benar kamu mahu berhijrah, berhijrah dengan dengan sebenar-benar hijrah.

Jika benar-benar kamu mahu berhijrah, berhijrah dengan dengan sebenar-benar hijrah.

SEBAGAI otai artis TV (agama), saya turut mengikuti perkembangan artis dan hiburan tanah air. Menarik sungguh perkembangannya pembuka tirai tahun 2019. Dua isu dunia artis yang hangat dibicarakan warganet dan tular.

Pertama, mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL33) yang dimenangi komposer dan penulis lirik lagu ‘Haram’ iaitu Ezra Kong. Lagu beliau dinyanyikan oleh Hael Husaini (komposer dan penulis lirik) dan Dayang Nurfaizah.

Ketika Anugerah Juara Lagu (AJL33) diumumkan, Ezra Kong naik ke pentas, penyanyi wanita lagu beliau, Dayang Nurfaizah datang menghulurkan tangan ingin bersalaman dengan Ezra Kong, tetapi ditolak dengan cara paling berhikmah oleh Ezra Kong dengan meletakkan tangan di dada.

Ketika memberikan ucapan, Ezra Kong memulakan dengan memberi salam, “Assalamualaikum” diikuti dengan salam 1Malaysia dan salam baru. Boleh dikatakan semua warganet yang belum mengenali beliau terkejut, rupa-rupanya Ezra Kong adalah seorang muslim. Sejak bila beliau memeluk Islam? Saya pun tidak tahu. Ingin sekali saya mengenalinya.

Aksi Ezra Kong mendapat pujian warganet. Antaranya oleh Lany Bakerren:

“Dalam pada artis bukan muhrim bersalam, berpegangan tangan naik ke pentas. Dia menolak pelawaan salam artis perempuan dengan sopan dengan meletak tangan di dada. Subhanallah bagusnya dia. Inilah contoh Islam yang sebenar. Tahniah@Ezra Kong!#AJL33”.

Komen saya, menolak salam tangan, bukanlah contoh Islam sebenar, masih banyak lagi, tetapi itulah tanda dan ciri ke arah kefahaman sebenar.

Lagi melucukan bila membaca dialog warganet,

Ezra Kong: Assalamualaikum

Meleis: Ezra Kong ni Islam ker? Ingatkan Cina!

Apa benda lah! Cina tu bangsa, Islam tu agama. Tolonglah jangan stereotype kan Islam tu untuk Melayu je.

Nyata sekali, kefahaman kita terhadap Islam masih cetek. Islam sebagai agama rahmahtan lil alamin, tidak dapat dibezakan dengan bangsa. Dalam segelintir orang Islam, masih berpandangan Islam itu Melayu, Melayu itu Islam. Jika ada Cina masuk Islam, maka dikatakan jadi Melayu, masuk Melayu.

Maka timbullah kata-kata “ingatkan dia Cina”. Apakah dengan memeluk Islam, hilanglah kecinaannya? Sedangkan agama dan bangsa adalah dua isu berbeza. Bangsa apapun boleh memeluk Islam, tanpa menjadi Melayu.

Kedua, tidak seperti kisah Ezra Kong, cerita sensasi Emma Maembong membuka semula tudung yang telah dipakai sebelum ini selama lima tahun turut mendapat perhatian warganet. Sudah tentu sebelum ini, apabila bertudung, seluruh peminat dan warganet bersyukur dan memuji, sebab berhijrah kepada yang lebih baik.

Namun, apabila tudung dibuka semula, reaksi warganet sudah dapat dijangkakan. Ribuan komen mengkritik dan hentam, terlampau sedikit memuji. Ini adalah perkara biasa dalam dunia artis.

Dalam memberikan respon membuka tudung, Emma Maembong berkata:

“Apa sebabnya biarlah saya sendiri yang simpan. Biarlah, ia antara saya dengan Allah. Apa yang saya boleh cakap, saya mahu jadi diri sendiri. Itu sahaja. Dalam masa sama saya tidak mahu sembunyikan kesalahan yang saya buat dengan melarikan diri.”

“Ya, saya tegaskan di sini janganlah ikut tindakan saya yang tidak baik ini. Saya akui dan tahu ia contoh yang tidak baik. Saya sudah melalui pelbagai dugaan sepanjang menjadi anak seni… dalam berpuluh-puluh ribu komen, setahu saya hanya ada empat komen yang positif… sebaliknya yang lain semua memaki hamun sehingga ada yang mendoakan saya m4ti.”

Ingin saya bertanya kepada Emma, sudah berapa lama menjadi anak seni? 10 tahun? 20 tahun? Sudah tahu tidak baik, kenapa dibuat balik? Ada artis yang seumur hidupnya menjadi anak seni, tidak pula mereka berubah-ubah. Lebih baik dia tidak bertudung sampai ke penghujung hayatnya daripada tutup buka balik.

Tindakan ini memalukan dan merosakkan imej Islam. Jika belum bersedia pakai, jangan pakai lagi. Buka… tutup… buka… hodoh sangat rupanya.

Saya sebenarnya tidak mahu komen pasal kehidupan artis, kerana kita tahu kenapa mereka mahu jadi artis. Namun, apabila mereka berubah, sudah tentu menarik perhatian. Apatah lagi setelah berubah, kembali jahil.

Kita tidak boleh salahkan netizen atau warganet. Mereka berhak memberikan pandangan orang menjadi ‘pujaan’ suatu ketika dahulu.

Sebelum ini saya ada menulis mengenai rasa muak saya dengan telatah dan tingkah laku artis yang bergelar pelakon dan penyanyi. Ada yang begitu berani melakukan maksiat secara terang-terang dengan merakam dan menghantar gambar. Ada yang lain pula, mengandung dan beranak pun nak bagi tahu orang. Apabila gambar menjadi viral, marahkan orang.

Begitu juga dengan kisah seorang artis yang menghantar gambar dia memeluk pemain bola sepak Brazil, Roberta Carlos. Sebelum ini, ada artis yang membuat pelancaran tudung dalam kelab malam The Zouk. Bila dikritik, dijawab dengan selamba, ‘aku tau apa yang aku buat’.

Hina betul orang seperti ini. Berbangga dengan maksiat yang dilakukan. Yakinlah, orang sebegini, apabila menjelang usia nanti, apabila sudah tidak laku dalam dunia seni, sibuk pula mahu berhijrah dengan bertudung, kemudian berniaga tudung. Pada mereka, berhijrah itu adalah bertudung. Bertudung itu namanya hijrah. Mereka tidak faham roh bertudung dan roh menutup aurat.

Bertudung tidak semestinya menutup aurat, belum tentu berhijrah. Ada orang bertudung, tetapi pakaiannya macam sarung nangka. Sendat sana sini, tertonjol dan menonjol. Menutup auratkah kalau macam itu, jika sudah boleh nampak urat-urat? Itu masih belum berubah atau berhijrah, kerana hanya fizikal sahaja berubah, kefahaman masih belum ada. Dalam Islam, gabungan jasmani dan rohani amat penting difahami.

Wahai artis! Jika jahil mengajilah agama. Cuba fahami dan hayati sepertimana Ezra Kong. Tak malukah kita dengan Ezra Kong. Usahkan buka aurat, menolak bersalaman dengan wanita. Jika kitalah, dapat bersalaman dengan artis dan komposer, sudah tentu sangat teruja. Mungkin sampai tak tidur malam.

Apakah kita sudah lupa bagaimana anak gadis kita memeluk artis K Pop Korea yang membuat persembahan di kota raya suatu ketika dahulu?

Kepada Emma Maembong, saya yakin, apabila menjelang Ramadan nanti, pasti apabila Emma Maembong keluar berjalan, Emma pasti akan menutup kepalanya. Paling kurang dengan selendang mak indang selendang. Bulan Ramadan jadi **jahid, masuk bulan Syawal dan seterusnya, jadi **jahat.

suraualhijrahpprpantairia

Jika inilah pemahaman kita terhadap Islam, seolah-olah ada hari atau bulan tertentu kena jadi baik, ada bulan tertentu tidak perlu jadi baik, iaitu boleh berjahat atau bermaksiat, maka sampai bila-bila pun mereka akan berkelakuan seperti yang disebutkan di atas tadi, seperti memeluk jantan, buka… tutup… buka.

Justeru, sudah sampai masa artis-artis bertudung tidak sekadar bertudung, tetapi pada masa sama mereka perlu ada ilmu dan meningkatkan ilmu. Kena mengaji agama seperti Allahyarham Azmil Mustapha, Shamsul Ghau Ghau, Iwan dan lain-lain.

Saya cukup bimbang artis hanya bertudung untuk mencari populariti. Walhal sebenarnya mereka tidak faham roh bertudung. Bertudung sekadar fesyen untuk mencari wang tambahan bagi melariskan tudung. Tidak pasti pula saya yang membuka tudung semula mahu berniaga apa.

Jika benar-benar kamu mahu berhijrah, berhijrah dengan dengan sebenar-benar hijrah. Hayatilah penghijrahan itu melalui pembelajaran dan penghayatan ilmu. Berhijrah bukan sekadar bertudung. Bertudung itu belum tentu menutup aurat. Banyak lagi perkara yang perlu diketahui apabila bertudung, bagi menjaga maruah dan harga diri seorang muslimah.

Islam bukan agama seperti kedai kopi, boleh masuk keluar sesuka hati. Buka… tutup… buka. Ini berat namanya. Contohilah Ezra Kong, istiqamah beliau berada pada tahap tinggi. Ingin sekali saya berjumpa dengannya.

Jika diberi pilihan antara Ezra Kong dan Emma Maembong, saya pasti memilih Ezra Kong, meskipun sepatutnya saya memilih Emma Maembong sebab dia wanita, tidak sejenis saya. Cantik pulak tu. Biasalah lelaki tertarik kepada wanita.

Namun, Ezra Kong menjadi pilihan kerana ada nur Islam di wajahnya. Bukan selayaknya saya menghukum Emma Maembong. Mohon ibu bapa Emma Maembong untuk menasihati anaknya, kembalilah ke pangkal jalan, sebelum sesat di hujungnya.

sumber; www.ismaweb.net / petuadanresepibonda.com

Sumber

Senarai 32 nama negara yang tidak lagi wujud pada hari ini

Senarai 32 nama negara yang tidak lagi wujud pada hari ini

Disebabkan ada sesetengah negara digabungkan, dipisahkan atau ditukar nama, senarai negara yang "hilang" semakin meningkat.

Sebenarnya, terlalu banyak nama negara yang sudah tidak wujud jika ingin disenaraikan secara komprehensif, namun kali ini kami kongsikan nama-nama negara berikut yang mungkin agak popular dan biasa didengari tetapi kini sudah tiada:

Abyssinia

Antara empire berkuasa paling lama bertapak di muka bumi ini. Dahulunya juga digelar "Empire of Ethiopia" dimana kuasa takluknya juga merangkumi Egypt, Sudan, Yaman dan Saudi Arabia. Merupakan nama asal Ethiopia sehingga awal kurun ke-20. 
Afrika Barat Daya

Antara negara yang memiliki paling banyak harimau bintang. Negara ini menemui kebebasan pada tahun 1990 dan menukar namanya menjadi Namibia. Nama Namibia diperolehi daripada padang pasir "Namib" antara padang pasir tertua di muka bumi. Kebanyakan puak yang ada di Namibia masih lagi tidak mengamalkan pakaian sehingga kini.


Austria-Hungary

Empayar pemerintahan monarki yang juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian yang bermula seawal 1867. Negara ini bukan hanya mempunyai Austria dan Hungary, malah sebahagian Republik Czech, Poland, Itali, Romania dan Balkan. Empayar ini runtuh pada penghujung Perang Dunia Kedua.


Basutoland

Basuto-Land berasal dari bahasa "Bantu" yang digunakan oleh masyarakat Shoto. Sebab itulah negara ini digelar "Basuto" oleh penjajah British pada waktu itu. Apa-apa pun, Basuto-land merupakan nama lama bagi Lesotho sebelum tahun 1966

Bengal

Bengal adalah sebuah kerajaan berautonomi dari tahun 1338 hingga 1539. Dahulunya dikenali sebagai "Gangaridai" oleh masyarakat Greece dan Rom. Kini ia bertukar menjadi sebahagian dari Bangladesh dan India. 

Burma

Burma telah menukar nama secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun masih banyak negara yang tidak mengiktiraf perubahan nama itu, termasuklah Amerika Syarikat.

Catalonia

Wilayah berautonomi di Sepanyol ini merdeka dari 1932 hingga 1934 dan 1936 hingga 1939. Peminat bola pasti tahu tentang negara ini. Jadi kami tidak mahu bercerita banyak tentang negara yang sudah tidak wujud tetapi terkenal ini.


Ceylon

Ceylon asalnya adalah nama kepada sejenis rempah resepi kari yang menggunakan kelapa, limau dan tepung dalam menghasilkannya. Rempah ini dikatakan amat "pedas" dan "panas". Sebab itulah negara ini diberi nama Ceylon sebelum ini. Nama Ceylon kini ditukar menjadi Sri Lanka sejak tahun 1972.

Champa

Kerajaan ini terletak di kawasan tengah dan selatan Vietnam dari kurun ke 7 hingga 1832. Jangan terkejut kerana negara ini asalnya juga digelar sebagai "Nagara Champa". Masyarakat di sana juga ada dikalangan Melayu-Polinesia. Harap-harap di sana tak ada lah makcik bawang seperti di Malaysia.

Corsica

Menurut sejarah, Kepulauan Mediterranean ini pernah dikuasai oleh pelbagai negara namun pernah beberapa kali merdeka untuk seketika. Kini, ia berada di bawah pentadbiran Perancis.

Czechoslovakia

Negara ini telah mengalami banyak peristiwa hitam seperti peristiwa peperangan, melalui zaman komunisme, dan zaman revolusi velvet. Pada tahun 1993, negara ini berpecah secara aman menjadi Republik Czech dan Slovakia.


Empayar Uthmaniyyah

Juga dikenali sebagai Empayar Turki, ia bermula sekitar tahun 1300 dan berkembang hingga merangkumi wilayah kontemporari Rusia, Hungary, Balkan, Afrika Utara dan Timur Tengah. Kerajaan ini dibubarkan pada 1923 apabila Turki mengisytiharkan kemerdekaannya.

Gran Colombia

Sebuah negara Amerika Selatan yang merangkumi Colombia, Panama, Venezuela dan Ecuador antara tahun 1819-1830. Negara ini dibubarkan setelah Venezuela dan Ecuador memilih untuk berpisah.

Hawaii

Walaupun mempunyai kerajaan sendiri selama beberapa ratus tahun lamanya, Hawaii tidak diiktiraf sebagai sebuah negara bebas sehinggalah tahun 1840-an. Namun, pada tahun 1898, negara ini telah diilhakkan kepada Amerika Syarikat.

Jerman Timur & Jerman Barat

Kedua-dua negara ini bergabung dan membentuk Jerman yang bersatu pada tahun 1989 .


Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR) 

Pada tahun 1991, negara ini berpecah dan membentuk 15 buah negara baru iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine, and Uzbekistan.

New Granada

Negara Amerika Selatan ini merupakan sebahagian daripada Gran Colombia dari 1819-1830 dan dimerdekakan dari 1830-1858. Pada tahun 1858, ia dikenali sebagai Grenadine Confederation sebelum ditukar menjadi the United States of New Granada pada tahun 1861 dan United States of Colombia pada 1863. Akhirnya, ia menjadi Republik Colombia pada 1886.

Newfoundland

Antara tahun 1907 hingga 1949, Newfoundland hanya wujud sebagai sebuah wilayah berautonomi. Sesudah itu, Newfoundland bergabung menjadi satu wilayah di bawah pentadbiran Kanada.

Pakistan Timur 

Sebelum ini Pakistan Timur adalah pembahagi antara India dan Bengal. Ianya Digelar sebagai Pakistan Timur antara 1947 hingga 1971. Wilayah yang berasal dari Pakistan ini akhirnya ditukar nama menjadi Bangladesh.


Parsi

Empayar Kerajaan Parsi berkembang dari Laut Mediterranean sehinggalah ke India. Parsi Moden mula diasaskan pada abad ke-16 yang anda kenali kini sebagai Iran.

Prussia

Pada tahun 1660, Prussia merupakan sebuah duchy dan menjadi sebuah kerajaan pada abad berikutnya. Jajahannya yang paling luas meliputi dua pertiga bahagian Utara Jerman dan Barat Poland. Prussia yang menjadi sebuah unit persekutuan Jerman menjelang Perang Dunia Kedua dibubarkan sepenuhnya apabila perang tamat.

Republik Arab Bersatu

Antara 1958 hingga 1961, negara bukan jiran iaitu Syria dan Mesir bergabung untuk membentuk sebuah negara bersatu. Pada tahun 1961, Syria mengambil keputusan meninggalkan pakatan itu namun Mesir masih menggunakan nama Republik Arab Bersatu tersebut sehinggalah 10 tahun
berikutnya.

Rhodesia

Sebelum tahun 1980, Zimbabwe dikenali sebagai "Rhodesia Selatan" yang dinamakan bersempena seorang diplomat British iaitu Cecil Rhodes. Apabila Rhodesia Utara menukar nama kepada Zambia, Rhodesia Selatan turut mengikut jejak langkah menukar nama kepada


Siam

Asalnya negara ini memang menggunakan nama "Siam" oleh Raja Mongkut Siam sebelum tahun 1939. Ianya bertukar nama kepada "Thailand" pada tahun 1939. Dan kemudiannya ditukarkan kembali kepada "Siam" selama dua tahun sekitar tahun 1946 sehinga 1948. Pada tahun 1949, "Siam" ditukar buat kali terakhirnya kepada "thai-land" atau "Thailand" sehingga kini. 

Sikkim

Kini merupakan bahagian paling utara di India, Sikkim merupakan sebuah monarki bebas dari awal kurun ke-17 hingga tahun 1975. Walaupun Sikkim kini sebahagian dari India, namun rakyatnya tidak berkulit gelap. Sikkim sangat hampir dengan sempadan Bhutal, China, Bangladesh dan Nepal. Lihat gambar di bawah ini. Inilah wajah penduduk Sikkim India masakini.


Tanganyika dan Zanzibar

Kedua-dua negara Afrika ini bergabung pada tahun 1964 untuk menjadi Tanzania. Perkataan Tanganyika dan Zanzibar tidak lagi digunakan sebagai nama kawasan, daerah atau negeri tapi digunakan sebagai simbolik darah asal masyarakat Tanzania. Lebih kurang seperti suku-suku di negeri sembilan.

Texas

Republik Texas memperoleh kemerdekaan daripada Mexico pada tahun 1836 dan menjadi sebuah negara bebas sehinggalah diilhakkan kepada Amerika Syarikat bermula 1845.

Tibet

Kerajaan ini mula diasaskan sekitar abad ke-7 sebelum dijajah China pada tahun 1950. Sejak itu, ia dikenali sebagai Wilayah Autonomi Xizang China. Mungkin China menjajah tibet kerana sukakan Gunung Everest atau mungkin juga Tibet mudah dijajah China kerana rakyatnya amat sukakan menari dan minum arak di mana Tibet amat terkenal dengan minumal nasional berakohol mereka iaitu "Chang".

Transjordan

Negara ini menjadi kerajaan bebas Jordan pada tahun 1946. Sebelum ini dikenali sebagai Transjordan semasa perang dunia pertama. "Trans" pada nama Transjordan tidak bermakna rakyat mereka adalah dikalangan gay.


Vietnam Selatan 

Negara ini wujud dari tahun 1954 hingga 1976 sebagai sebuah wilayah anti komunis di Vietnam. Dulu, Vietnam utara pernah membantu dengan Vietnam Selatan untuk melawan puak haluan kiri di Vietnam Selatan yang menjadi persengketaan di antara dua negara ini. Akhirnya Vietnam Selatan menyerah kalah kepada Vietnam Utara. Peperangan ini menyebabkan Vietnam kerugian hampir $200 bilion.

Vermont

Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaannya dan menjadi negara bebas sehingga 1791. Setelah itu, ia menjadi negeri pertama menyertai Amerika Syarikat selepas tiga belas koloni.

Yugoslavia

Yugoslavia telah berpisah menjadi Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia and Montenegro dan Slovenia pada awal tahun 90-an. Pada tahun 1946, Yugoslavia ada nama lainnya iaitu "Federal People's Republic of Yugoslavia". Kawasan jajahan Yugoslavia merangkumi Zadar, Rijeka dan Istria.

Zaire

Zaire menukar namanya menjadi Republik Demokrasi Congo pada tahun 1997. Asalnya negara ini ditadbir oleh satu-parti secara total yang dipimpin oleh diktator ala-ala-ala tentera bernama Mobutu Sese Seko.ILU

Sumber :  ILUMINASI

Word 123

Word 123

Ini Terjemahan Surah Al-Kafirun Yang Wajib Kita Tahu.

Ini Terjemahan Surah Al-Kafirun Yang Wajib Kita Tahu.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٣
وَلَآ أَنَا۟ عَابِدٌ۬ مَّا عَبَدتُّمۡ (٤) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٥)لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦)

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

1- Katakanlah (Muhammad),” Wahai orang-orang yang kafir! 
2- aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, 
3- dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, 
4- dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, 
5- dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah apa yang aku sembah,  
6- untukmu agamamu, dan untukku agamaku”

Ringkasan Kisah Disebalik Penurunan Surah Al-Kafirun.

Turunnya ayat-ayat dalam surah di atas bersempena dengan satu kisah ketika islam mula-mula disebarkan. Disebutkan dalam satu kisah bahawa orang Quraisy Mekah telah membuat pelbagai tawaran kepada Rasulullah S.A.W supaya meninggalkan ajaran islam yang dibawanya ketika itu. Ada yang menawarkan harta, pangkat, perempuan dan macam-macam lagi supaya penyebaran agama islam dihentikan oleh baginda. Akan tetapi Rasulullah tidak mahu menerima satu pun dari tawaran tersebut tetapi terus menerus menyebarkan islam.

Setelah pelbagai cara dilakukan oleh orang Quraisy, lalu pada suatu hari mereka mengajak Rasulullah berbincang dan membuat tawaran lagi kepada Rasulullah S.A.W dengan tujuan supaya baginda berhenti menyebarkan ajaran islam. Dipendekkan ceritanya:
“Ya Muhammad, apa kata kami menyembah Tuhan kamu sehari dan kamu menyembah Tuhan kami sehari, berselang-seli”
Rasulullah tidak bersetuju, lalu mereka pulang berbincang sesama mereka dan datang bertemu Rasulullah lagi.
“Beginilah, Kami sembah Tuhan kamu seminggu dan kamu sembah Tuhan kami sehari”
Rasulullah menjawab,”Tidak”
- Iklan -
Orang Quraisy membuat tawaran lagi kepada Rasulullah, “Kami sembah Tuhanmu selama setahun dan kamu sembah Tuhan kami sehari, bagaimana?” Rasulullah menolak tawaran tersebut,lalu dari pertemuan tersebut turunlah ayat Allah seperti dalam surah di atas.

Kisah Lengkap Disebalik Surah Al-Kafirun
Latarbelakang Surah/ Asbabun Nuzul

Kaum musyrikin Quraisy sentiasa tidak merasa senang dengan perkembangan dakwah Nabi saw. Pelbagai teknik telah digunakan untuk menyekat perkembangan ini.
Sebagaimana kisah dalam surah al-Lahab, bermula di bukit Safa, mereka telah memperolok-olokkan, memperlekeh-lekehkan, mempermain-mainkan, mendusta dan mempersendakan Rasulullah saw supaya dapat melemahkan semangat kaum muslimin. Sehingga sanggup menuduh Nabi saw sebagai gila(al-Hijr:6). Mereka menyatakan al-Quran itu cerita dongengan(al-Furqaan:5), tiada keistimewaan yang ada pada Nabi saw(al-Furqaan:7)

Namun dakwah Rasulullah saw tetap berjalan seperti biasa. Maka mereka mula menyiksa sesiapa sahaja yang mengikuti ajaran baru yang dibawa oleh Muhammad. Seperti kisah Bilal disiksa dan dihempap batu besar namun tetap dibibirnya melafazkan perkataan “Ahad, Ahad, Ahad”. Nampaknya hati orang mukmin adalah begitu kuat bertauhidkan hanya semata-mata kepada Allah swt.

Ibnu Hisyam menceritakan daripada Ibnu Ishaq, ‘Utbah Bin Rabi’ah salah Seorang pembesar Quraisy yang bijak dan jauh pandangannya telah bertemu dengan Rasulullah saw dan berkata; “Wahai anak saudaraku, sebagaimana kita ketahui bersama bahawa engkau adalah sedarah sedaging dengan kami, berasal dan keturunan dan baka yang mulia dan seperti yang diketahui ramai, bahawa engkau telah membawa suatu ajaran baru, memecahkan kaum puak kita di samping engkau selalu mengolok-olokkan dan memperbodohkan penyembahan berhala. Mahukah sekiranya aku tawarkan beberapa perkara, semoga engkau dapat menerima sebahagian darinya”

Maka Rasulullah saw pun berkata kepadanya; “Katakan, ya Abal-Walid, saya cuba mendengarnya.”
Maka berkatalah ‘Utbah: “Sekiranya tujuanmu membawa agama baru ini untuk mendapatkan harta kekayaan maka kami akan kumpulkan harta-harta kami untuk kamu sehingga kamu menjadi seorang yang lebih kaya-raya dan kami, sekiranya engkau bermaksud untuk mendapatkan kemuliaan maka kami sekalian bersedia bila-bila masa melantik engkau sebagai ketua kami, sekiranya engkau ingin menjadi raja, yang demikian pun kami bersedia juga untuk mempertabalkan engkau sebagai raja kami dan sekiranya segala tawaran tadi semuanya engkau tolak mentah-mentah maka yang terakhir sekali kami bersedia membelanjakan harta kekayaan kami untuk mencari tabib untuk merawat engkau hingga sembuh.”

Setelah itu Rasulullah saw menjawab dengan katanya: “Apakah sudah habis segala hasrat yang hendak dicurahkan itu?”
Jawab ‘Utbah: “Ya.”
Maka sambung Rasulullah saw, “sekiranya demikian maka dengarkanlah dariku pula”, Rasulullah saw membaca surah al-Fusilat dari ayat pertama hingga ayat ke tiga-belas, tiba-tiba ‘Uthbah meminta Rasulullah saw berhenti membacanya sebelum Baginda meneruskan ayat yang seterusnya kerana terpaku dengan ayat-ayat yang penuh ugutan itu.

‘Utbah pun kembali kepada sahabat-sahabatnya lalu ia ditanya: “Apakah pengkhabarannya,”
Jawab ‘Utbah. “Demi Sesungguhnya belum pernah aku dengar lagi barang sesuatu sepertimana aku dengar hari ini, ianya bukan sya’ir, bukan jampi, seloka, sihir dan bukan gurindam biarawan. Wahai kaum Qu raisy sekelian! dengarlah cakapku ini, berilah peluang kepada Muhammad, biarkanlah dengan usahanya itu. Demi Tuhan sesungguhnya apa yang kudengar tadi adalah suatu berita yang teristimewa. Andaikata apa yang digambarkan oleh Muhammad terhempap ke atas kamu maka tidak ada orang lain hanya Muhammad saja yang boleh melepaskan kamu, dan andaikata Muhammad boleh menonjol diri di kalangan bangsa ‘Arab maka percayalah bahawa kekuasaan kamu dan kemegahannya adalah kemegahan kamu jua.”
Jawab mereka: “Demi sesungguhnya engkau pun juga telah diperdaya oleh Muhammad dengan kelancaran lidahnya.” 
Jawab ‘Utbah pula: “Apa yang kukatakan tadi adalah pendapatku tentang Muhammad dan pendapat kamu terserahlah kepada kamu sekelian.”

Al-Tabari dan lbnu Kathir serta periwayat yang lain menceritakan: Beberapa orang musyrikin termasuk di antaranya Al-Walid Bin Al-Mughirah dan Al-’As bin Wail telah datang menemui Rasulullah saw di rumahnya di mana mereka sekelian telah menawar kepada baginda hendak menyerahkan wang kekayaan mereka kepada Baginda sehingga menjadi manusia yang paling kaya di antara yang lain dan menawarkan juga untuk mengahwinkannya gadis jelitawan ‘Arab. Kedua tawaran itu meminta ditukarkan dengan satu syarat sahaja iaitu memberhentikan sikap penentangannya terhadap orang ‘Arab dan penyembahan berhala serta memberhentikan kecamannya terhadap adat tradisi yang mereka warisi dan datuk nenek terdahulu. Bila saja segala tawaran itu ditolak mentah-mentah oleh Rasulullah saw dan sebagai usaha diplomatik mereka yang terakhir ialah menawarkan supaya Rasulullah saw bertolak ansur sehari menyembah berhala dan di hari yang lain pula mereka beramai- ramai menyembah Tuhan Nabi saw tetapi tawaran ini juga telah ditolak oleh Rasulullah saw. Diperjelaskan lagi dengan turunnya surah ini.

Jawatan raja memungkinkan Rasulullah saw membuat apa sahaja yang ia kehendaki dan dengan harta kekayaan Baginda dapat memajukan pergerakan Islam. Semuanya ditolak oleh Rasulullah saw. Ini sudah tentu ada sebab-sebab yang tersendiri (perlu difikirkan) mengapa Rasulullah saw bertindak sedemikian.

Al-Tabrani dan Ibn Abi Hatim mentakhrijkan hadith berikut daripada Ibn ‘Abbas; bahawa orang-orang Quraisy telah menawarkan kepada Rasulullah saw untuk memberi Baginda harta benda sehingga Baginda menjadi orang yang paling kaya di Mekah. Mereka berjanji akan mengawinkan Baginda dengan mana-mana wanita yang diingininya dengan syarat ; “Wahai Muhammad ini adalah untuk engkau dengan syarat engkau berhenti daripada mencerca tuhan-tuhan kami dan memburuk-burukkannya. Kalau engkau tidak mahu, maka sembahlah tuhan-tuhan kami selama setahun.”

Rasulullah saw menjawab; “Tunggulah sehingga aku melihat perintah Tuhanku.” Lalu Allah swt menurunkan surah ini (al-Kafirun:1-6) dan kemudian turun ayat 64 dari surah al-Zumar.
Kemudian mereka cuba berkompromi dengan Rasulullah saw dengan alasan ajaran mereka dan ajaran Muhammad adalah juga dari ajaran Nabi Ibrahim a.s.
Ibn Ishaq dan yang lain-lain telah menyebutkan daripada Ibn ‘Abbas bahawa sebab turunnya surah ini ialah berikutan peristiwa di mana al-Walid bin al-Mughirah, al-‘As bin Wa’il, al-Aswad bin ‘Abd al-Muttalib dan ‘Umayyah bin Khalaf berjumpa dengan Rasulullah saw seraya berkata; “Wahai Muhammad,(begini sahajalah) kami menyembah apa yang engkau sembah dan engkau pula menyembah apa yang kami sembah. Kita sama-sama berkongsi pada setiap perkara. Sekiranya apa yang engkau bawa adalah lebih baik daripada pegangan kami, kami akan berkongsi dengan engkau mengenai perkara itu dan kami akan mengambil habuan kami daripadanya. Sekiranya pegangan kami adalah lebih baik dari pegangan engkau, maka engkau boleh berkongsi dengan kami mengenai perkara itu dan engkau masih boleh mengambil bahagian engkau daripadanya.” Lalu Allah swt menurunkan ayat ini.

Diriwayatkan pembesar-pembesar Quraisy tidak berputus asa dengan usaha mereka. Sekali lagi mereka datang beramai-ramai menemui Nabi saw mengemukakan kepada baginda apa yang pernah ditawarkan oleh ‘Utbah bin Rabi’ah dahulu, menawarkan kepadanya untuk memegang jawatan sebagai penganjur bangsa ‘Arab, kekayaan dan mengemukakan persediaan dan kesanggupan mereka untuk mencari tabib atau dukun sekiranya Nabi saw dirasuk oleh jin dan syaitan dengan syarat yang dahulu juga.

Semuanya itu dijawab oleh Rasulullah saw dengan katanya: “Sebenarnya aku ini tidak ada kena mengena dengan apa yang kamu suarakan tadi, segala apa yang aku bawa ini bukan dengan bertujuan mencari harta kekayaan dan pangkat dan kekuasaan, tetapi Tuhan telah mengutuskan aku untuk kamu sekelian di samping itu diturunkan Kitab Suci kepada aku dan Tuhan telah menyuruh aku menyampaikan berita yang menakutkan dan mengembirakan, kewajipanku Semata-mata menyampaikan apa yang telah dipertanggungjawabkan ke atasku, sekiranya kamu terima maka itu adalah habuan kamu untuk dunia dan akhirat dan kalaulah kamu tolak, tidak ada lain hanya bersabarlah sahaja sehingga Tuhan menjatuhkan hukumanNya di antara aku dan kamu sekelian.”

Setelah perbincangan berlarutan dan tawar-menawar pun berlanjutan tetapi Rasulullah saw tetap dengan pendiriannya dan sebagai kata yang terakhir dan pihak Quraisy: “Apa yang telah sampai kepengetahuan kami tentang seorang yang tinggal di Al-Yamamah bernama “Al- Rahman” dialah yang telah mengajar engkau segala-galanya ini, sesungguhnya kami tidak percaya langsung dengannya, segala-galanya telah kami usahakan setakat daya dan upaya kami dan sebagai kata yang terakhir dan kami untuk kau iaitu kami tidak akan biarkan engkau begitu sahaja, dan pilihlah antara dua; kalau tidak engkau yang membinasakan kami maka kamilah yang akan memusnahkan engkau; itu sahaja.” Dengan kata-kata itu mereka pun berangkat pulang tanpa sesuatu pun yang tercapai.[ Tahzib Sirah Ibnu Hisyam dan Kitab Sirah yang lain.]

Fikrah Ayat
Allah swt menyuruh kita menyatakan apa? Katakanlah; يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ – “Wahai orang-orang kafir”. Kita tidak perlu menyebut perkataan kafir ini dengan perkataan yang lebih sopan. Allah swt menyuruh kita menyebutnya dengan sifat hakikinya iaitu ‘kafir’. Istilah yang paling tepat untuk digunakan adalah istilah yang telah digunakan di dalam al-Qur’an.
Melainkan jika kita berhadapan dengan situasi; ketika itu kita sedang bercakap dengan Ah Chong atau Muthu, untuk menjaga hatinya, kita menyebut perkataan ‘non Muslim’. Tetapi jika ketika itu kita sedang berbincang sesama muslim, kita perlu menyebut terus perkataan ‘kafir’ merujuk kepada orang kafir. Bukan dengan perkataan ‘non muslim’.

Video: Fakir Ilmu

Gelombang Haba


Gelombang Haba

KULIM kini termasuk dalam kawasan yang didalam  ketegori 1.

Berjaga- jaga iaitu suhu dicatat mencecah 35c -37c  selama 3 hari berturut-turut.

Jadi pastikan jangan berada di kawasan terbuka untuk elakkan strok haba!

Sumber FB: Malaysia Meteorological Department




Wadah Terkini