Jurugambar Malaysia raih hadiah utama sebanyak RM 491,040.00 dalam anugerah fotografi di Dubai

Jurugambar Malaysia raih hadiah utama sebanyak RM 491,040.00 dalam anugerah fotografi di Dubai

Pada 13 Mac yang lalu, pemenang Hamdan International Photography Award  (HIPA) telah diumumkan dan menyaksikan jurugambar dari Malaysia, Edwin Ong Wee Kee telah meraih Hadiah Utama dalam pertandingan berprestij tersebut.

Anugerah yang sudah memasuki musim kelapan itu telah diadakan di Opera Dubai dan dihadiri oleh tetamu kehormat dan mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Membawa tema ‘harapan’, anugerah tahun ini telah berlangsung dengan meriah dan penuh dengan cahaya gemerlapan.

Anugerah fotografi ini ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah naungan putera mahkota Dubai, Sheikh Hamdan bin Rashid bin Mohammed al Maktoum.

Dengan jumlah hadiah tahunan sebanyak $ 450,000 (RM 1,841,400.00) yang diperuntukan menjadikannya sebagai hadiah terbesar yang ditawarkan dalam penganugerahan fotografi.

Apa yang menarik mengenai HIPA ialah, ini adalah salah satu anugerah fotografi yang tidak mengenakan sebarang yuran, tiada had umur, jantina, kewarganegaraan dan status fotografi (peserta tidak perlu berstatus profesional).

Edwin Ong Wee Kee dari Malaysia telah diumumkan sebagai pemenang utama dengan menerima hadiah utama sebanyak $ 120,000 atau sekitar RM 491,040.00.

Imej Edwin yang telah memenangi hadiah utama: ‘Mother’s Hope’

Melihat pada gambar yang dipertandingkan, hasil karya Edwin menunjukkan momen getir yang dihadapi oleh seorang ibu di Vietnam. Walaupun wanita itu mempunyai masalah untuk bertutur namun dia tetap tidak berhenti berharap malah dia juga tetap bersemangat demi anak kecilnya.

Menurut Edwin, dia gemar melancong bersama kameranya dan ketika berada di Vietnam, dia terlihat akan pemandangan ibu dan anak ini lalu merakamkannya.

Edwin yang merupakan orang Sibu, Sarawak itu menjangka dia akan memenangi hadiah ke-5, namun rezeki menyebelahinya apabila terpilih sebagai pemenang hadiah utama. Tahniah Edwin!

Muhammad Fahrur Rasyid dari Indonesia memenangi ‘hope’ di tempat kedua.

Wissam Nasar dari Palestin memenangi ‘hope’ di tempat ketiga.

Setiap tahun, HIPA mempunyai tema yang berbeza dan untuk tahun 2018-2019, HIPA menjadikan ‘hope’ sebagai tema pertandingan. Terdapat juga kategori umum (termasuk warna dan hitam dan putih) dan portfolio serta kategori video fotografi udara dipertandingkan.

Video fotografi udara yang menang

Aun Raza dari Perancis menang dalam kategori umum (hitam dan putih)

Anugerah Penghargaan ‘Fotografi’ dianugerahkan kepada jurugambar British, Tim Flach di atas sumbangannya yang cemerlang dalam bidang fotografi alam semula jadi dan alam sekitar sepanjang kariernya sebagai seorang artis.

(Imej: © tim flach)

Anugerah ‘Pencipta Kandungan Fotografi’ pula dianugerahkan kepada Tom Ang atas peranan utamanya dalam pendidikan dengan mengarang lebih daripada 40 buah buku mengenai fotografi yang diterjemahkan di dalam lebih daripada 20 bahasa.

(Imej: © Tom Ang)

Jurugambar Emirat, Yousef Al Habshi pula telah diumumkan sebagai penerima anugerah ‘Emerging Person in Photography Award’ kerana karyanya dalam dunia fotografi makro dan mikro.

(Imej: © Yousef Al Habshi)

Pada akhir acara penyampaian anugerah tersebut, tema untuk anugerah tahun hadapan, 2019-2010 (musim kesembilan) juga telah diumumkan iaitu ‘air’.

HIPA musim kesembilan: Air

Jurugambar digalakkan untuk mentafsir tema ‘air’ ini dengan sudut pandangan mereka sendiri dan apa yang paling penting ialah karya mereka perlulah diterjemahkan dengan cara yang paling kreatif.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HIPA dan cara menyertainya, orang ramai boleh melihatnya sendiri di laman web www.hipa.ae/en.

Bagi anda yang mempunyai minat dan bakat, jangan sia-siakan peluang yang ada.

Memandangkan HIPA adalah salah satu anugerah fotografi yang tidak mengenakan sebarang yuran, tiada had umur, jantina, kewarganegaraan dan status fotografi (peserta tidak perlu berstatus profesional), oleh itu tidak salah jika anda mencubanya. Siapa tahu ini mungkin peluang anda untuk meraih anugerah fotografi di peringkat global?

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Sumber: DIGITAL CAMERA WORLD , DAYAK DAILY

Ini 20 Perkara Serius Boleh Berlaku Kalau Darurat Diisytiharkan

Ada Sebab Kenapa Tak Isytihar Darurat Kat Pasir Gudang. Ini 20 Perkara Serius Boleh Berlaku Kalau Darurat Diisytiharkan!

Selepas hampir 3,000 orang terkesan akibat daripada pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor, ramai yang tertanya-tanya kenapa kerajaan masih tak isytihar darurat di kawasan tersebut? Takkan nak tunggu sampai ada mangsa mati baru nak darurat kan?

Tunggu dulu! Menerusi perkongsian seorang peguam bernama Salkukhairi Abd Sukor di Facebook, beliau ada menjelaskan beberapa kemungkinan yang boleh berlaku di Pasir Gudang kalau darurat diisytiharkan. Ini bukan perkara main-main, ini serius ni! 

“Apa yang seronok sangat darurat sehingga semua orang seolah-olah hendak sangat kerajaan isytiharkan darurat?” 

AWAS!! INI YANG MUNGKIN AKAN BERLAKU JIKA KERAJAAN ISYTIHAR DARURAT BENCANA DI PASIR GUDANG.

1. Kecoh dalam media sosial, nitizen marahkan kerajaan kerana tidak isytihar darurat bencana di Pasir Gudang susulan pencemaran toksik yang berlaku di sana.

2. Saya tak tahu sama ada mereka ini benar-benar faham atau tidak apakah kesannya apabila sesuatu perintah darurat itu diisytiharkan oleh Kerajaan?

3. Atau mereka sekadar ikut-ikut orang lain sahaja? Orang lain kutuk kerajaan, mereka pun kutuk sama. Orang lain suruh kerajaan isytihar darurat mereka pun turut tumpang semangkuk, tanpa mengetahui apakah itu darurat bencana dan kesan daripada darurat bencana tersebut.

4. Sukacita saya ingin maklumkan. Semasa banjir besar berlaku di Kelantan pada tahun 2014, kerajaan persekutuan ketika itu pun tidak isytiharkan darurat bencana di sana, sungguhpun bolehlah dikatakan itu antara banjir terbesar yang pernah berlaku di negeri Kelantan yang hampir menenggelamkan sebahagian besar negeri itu.

5. Saya tak tahu, apa yang seronok sangat dengan darurat ini sehingga semua orang seolah-olah hendak sangat kerajaan isytiharkan darurat? Adakah mereka rasa darurat ni macam pesta?

“Sekiranya darurat diisytiharkan, kerajaan boleh buat atau keluarkan, atau gubal perintah atau undang-undang… tanpa perlu bawa ke parlimen untuk diluluskan” 

6. Sebenarnya pengisytiharan darurat bencana ini hanya perlu dilakukan sekiranya kerajaan merasakan mereka perlu membuat suatu tindakan drastik atau mengeluarkan perintah-perintah tertentu dengan segera untuk mengatasi bencana itu.

7. Ini kerana, menurut Arahan MKN No.20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, pengisytiharan darurat bencana, apabila perlu, dibuat secara peraturan pentadbiran dan eksekutif oleh Perdana Menteri atas syor Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) dan ianya akan tertakluk kepada undang-undang dan tatacara kerajaan yang sedang berkuat kuasa ketika darurat itu.

8. Ini bermakna, sekiranya darurat diisytiharkan, kerajaan (sila baca Perdana Menteri) boleh membuat atau mengeluarkan, atau menggubal sebarang perintah atau undang-undang yang dipanggil sebagai undang-undang darurat di kawasan yang disytiharkan darurat tersebut, tanpa perlu di bawa ke parlimen untuk diluluskan.

9. Dan secara otomatiknya undang-undang biasa yang terpakai dalam keadaan aman tidak lagi terpakai dalam situasi darurat tersebut sehinggalah pengisytiharan darurat tersebut ditarik balik oleh kerajaan.

10. Antara langkah yang akan dilakukan apabila darurat bencana diisytiharkan ialah pengambilan tanah dan tempat-tempat persendirian seperti rumah atau bangunan persendirian untuk dijadikan pusat pemindahan atau bilik gerakan tanpa kerajaan perlu membayar apa-apa saguhati atau pampasan kepada pemilik tanah atau bangunan tersebut, atau mengusir mana-mana pihak daripada premisnya untuk tujuan keselamatan dan sebagainya. Dan ketika itu tiada pihak boleh mempertikaikan arahan tersebut

“Kalau rakyat tahu betapa teruknya kesan sesuatu darurat bencana diisytiharkan, sudah pasti rakyat tidak mahu situasi sedemikian berlaku” 

11. Darurat juga biasanya akan diisytiharkan jika ramai mangsa enggan berpindah dan memilih untuk kekal di rumah mereka walaupun kediaman mereka tersebut telah diisytiharkan sebagai kawasan berbahaya.

12. Dan apabila darurat berlaku maka setiap arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa terutamanya oleh MKN (Majlis Keselamatan Negara), termasuk arahan untuk berpindah dan juga arahan untuk menggunakan aset-aset yang lain wajib dipatuhi.

13. Dalam tempoh darurat itu juga kerajaan persekutuan boleh mengarahkan dan memberi kuasa penuh kepada semua ejensi di bawahnya termasuklah tentera, bomba dan penyelamat, polis dan lain-lain untuk melakukan apa sahaja yang dirasakan perlu termasuklah mengambil alih kawasan yang diisytiharkan darurat tersebut dan sebagainya. Dan sekali lagi perlu diingatkan, semasa tempoh darurat tersebut tidak ada seorang pun yang boleh mempertikaikan apa sahaja arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan mahupun ejensi-ejensi yang telah diturunkan kuasa kepadanya. Ini bertujuan untuk memastikan langkah keselamatan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan berkesan.

14. Saya yakin kalau rakyat tahu betapa teruknya situasi dan kesan jika sesuatu darurat bencana itu disiytiharkan, sudah pasti rakyat tidak mahu situasi sedemikian berlaku. Ianya bukan sahaja akan menyebabkan suasana panik dan kelam kabut yang keterlaluan dalam negara kita, tetapi akan memberi kesan negatif dan tidak baik kepada pelabur luar. Nanti akan ada pula yang kata kerajaan persekutuan ini zalim kerana isytiharkan darurat. Sedangkan dahulu mereka yang beriya-iya suruh kerajaan isytiharkan darurat.

“Sebelum lontarkan kutukan dan kritikan bersifat emosional … eloklah dapatkan maklumat dan info tepat”

15. Melihatkan jaminan dan langkah-langkah drastik yang telah diberikan dan diambil oleh kerajaan persekutuan setakat ini, saya fikir buat masa sekarang, tidak perlu dan dan tidak terdesak pun undang-undang darurat diisytiharkan di Pasir Gudang, memandangkan ejensi-ejensi kerajaan pun telah dikerahkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya di sana dan semuanya dilaporkan dalam keadaan terkawal.

16. Tambahan pula kerajaan telah mengumumkan peruntukan tambahan untuk mengatasi bencana tersebut. Dan bantuan pun masih dapat disalurkan dengan baik setakat ini.

17. Oleh sebab itu saya fikir tidak ada keperluan pun untuk kerajaan mengisytiharkan darurat pada ketika ini.

18. Dan Parlimen Malaysia pun semalam telah membahaskan usul tergempar bagi membincangkan sama ada perlu atau tidak darurat bencana diisytiharkan di sana. Dan ahli parlimen mewakili kerajaan dan pembangkang pun telah memberikan hujah masing masing. Justeru berdasarkan hujah-hujah itulah kerajaan membuat keputusan untuk tidak mengisytiharkan darurat bencana di sana.

19. Kesimpulannya, sebelum anda melontarkan kutukan atau kritikan bersifat emosional berdasarkan sentimen politik semata-mata eloklah anda dapatkan maklumat dan info yang tepat tentang perkara tersebut. Jangan hanya ikut orang sahaja.

20. Selain usaha yang telah dilakukan, sama-samalah kita berdoa kepada Allah moga-moga saudara saudara kita di sana diberi perlindungan dan diselamatkan oleh Allah dan bencana ini dapat di atasi dan berakhir dengan segera. Insya Allah.

Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Peguambela & Peguamcara,
Pengerusi Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR)
Sumber: Facebook

Meskipun ada yang kurang bersetuju dengan apa yang dijelaskan peguam tersebut, tapi info dan point yang diberikannya ada betul juga. Jadi admin rasa, kerajaan pasti ada sebab kukuh mengapa mereka tidak mahu mengisytiharkan kawasan Pasir Gudang sebagai darurat.

Dalam kita sibuk mengecam dan menuding jari ke sana sini, marilah kita doakan semoga mangsa yang terbabit cepat pulih dan pembersihan sisa toksik diselesaikan dengan segera. Moga-moga mereka yang bertanggungjawab dijatuhkan hukuman setimpal dengannya. 

SUMBER:Lobakmerah

Sumber

SEGMEN | Giveaway bersama Sponsor by Mrs Pip

Giveaway bersama Sponsor by Mrs Pip


Giveaway bersama Sponsor by Mrs Pip

KLIK SINI UNTUK JOIN

Syarat syarat untuk join giveaway ini

1. Wajib Follow blog mrs pip 😊

2. Wajib Follow IG mrs pip @mrspip18  (done follow refer iq)

3. Wajib follow IG sponsor @qissborneo (done follow refer iq)

4. Follow facebook sponsor fb:qissborneo (done follow refer iq)


Laa Ilaaha Illallah

‘Laa Ilaaha Illallah’ Sabyan Gambus feat Alma Syubnnul akhyar
Laa ilaha illa Allaah
Laa ilaha illa Allaah
Laa ilaha illa Allaah
maa la naa robbun shiwaa
Laa ilaha illa Allaah
Laa ilaha illa Allaah
Laa ilaha illa Allaah
maa la naa robbun shiwaa
Robbuna Robbul quluubi
wa huwa alamul ghuyuub
fii syuruuqi wa fil ghuruubi
nuruhu yahdil ashoo
Robbuna Robbul quluubi
wa huwa alamul ghuyuub
fii syuruuqi wa fil ghuruubi
nuruhu yahdil ashoo
Robbunal hadil waduud
fadhluhu mil ul wujuud
afwuhu khoirul wajuud
fakhtarji dauman ridhoo
Robbunal hadil waduud
fadhluhu mil ul wujuud
afwuhu khoirul wajuud
fakhtarji dauman ridhoo
fakhtarji dauman ridhoo
Laa ilaha illa Allaah
Laa ilaha illa Allaah
Laa ilaha illa Allaah
maa la naa robbun shiwaa
Laa ilaha illa Allaah
Laa ilaha illa Allaah
Laa ilaha illa Allaah
maa la naa robbun shiwaa
Robbunal hayyul roqiibu
yadhbalul abdal muniib
fahwar rohmaanun mujiibun
liddu’a yu wa man da’a
Robbunal hadil waduud
fadhluhu mil ul wujuud
afwuhu khoirul wajuud
fakhtarji dauman ridhoo
Robbunal hadil waduud
fadhluhu mil ul wujuud
afwuhu khoirul wajuud
fakhtarji dauman ridhoo
fakhtarji dauman ridhoo
Laa ilaha illa Allaah
Laa ilaha illa Allaah
Laa ilaha illa Allaah
maa la naa robbun shiwaa
Laa ilaha illa Allaah
Laa ilaha illa Allaah
Laa ilaha illa Allaah
maa la naa robbun shiwaa
Laa ilaha illa Allaah
Laa ilaha illa Allaah
Laa ilaha illa Allaah
maa la naa robbun shiwa

Kredit : Rahmad Jazuli

SINOPSIS 14 HARI

SINOPSIS 14 HARI  


Kisah Anggun yang dalam dilema apabila keluarganya ingin berpindah ke Dubai. Anggun enggan, kerana dua matlamatnya yang belum dicapai iaitu bercinta dan memiliki syarikat penerbitan sendiri.


Telefilem 14 hari akan disiarkan pada Sabtu, 16 Mac 2019, 9:30 malam.

Lakonan Elisya Sandha, Syazuwan Hassan, Luqman Hafidz, Riena Diana, Arash Mohamad, Watie Sadali, Faiz Tapaw, Putra Amaris, Aishah Atan, Abby Nadzri dan ramai lagi.

SINOPSIS SAYA JUAL YE BANG

SINOPSIS SAYA JUAL YE BANG

Mengisahkan tentang Rose (Uqasha Senrose), seorang pegawai pemasaran yang bercita-cita tinggi, mempunyai seorang suami yang sangat penyayang dan sentiasa merendah diri iaitu Amin (Zizan Razak), seorang mekanik. Walaupun tidak memiliki kehidupan yang mewah dan hidup dalam keadaan serba sederhana, namun Rose dan Amin merupakan pasangan yang sangat bahagia.

Suatu hari, Rose tiba-tiba diberhentikan kerja di atas kesalahan yang tidak disengajakan. Setelah berbulan-bulan lamanya Rose menganggur, akhirnya Rose ditawarkan kerja sebagai jurujual di sebuah pasaraya, namun pekerjaan itu agak mencabar dan Rose tidak mampu untuk mencapai sasaran jualan bulanan yang dikehendaki oleh majikannya. Pada masa yang sama, Rose turut tertekan dengan sikap rakan sekerja yang dilihat kerap kali memperlekehkannya kerana kegagalan beliau menjual produk syarikat.

Oleh kerana sebuah insiden yang mengelirukan, beliau berkenalan dengan seorang usahawan tersohor, Datuk Jaki (Dato’ AC Mizal) yang mengajar beliau selok belok perniagaan dan cara-cara untuk menjadi seorang jurujual hebat. Dari situ, beliau mengorak selangkah lagi dan terlibat dengan dunia pengacaraan di mana namanya kemudian menjadi sebutan dan popular. Rose mula lalai akan tanggungjawabnya sebagai isteri dan mengabaikan Amin. Pada masa yang sama, pengurus Rose, Mr. Sam (Idris Khan) turut cuba mendekati Rose. Rose kini dalam dilema dan rumahtangganya bersama Amin dilihat semakin goyah. Bagaimana pula dengan Amin yang begitu mencintai isterinya?

Telefilem Saya Jual Ye Bang merupakan adaptasi dari filem Taiwan berjudul “Ace of Sales” (2016). Dibintangi oleh Uqasha Senrose, Zizan Razak, Dato’ AC Mizal, Nadiyah Sahab Idris Khan dan ramai lagi.

Mula ditayangkan 14 Mac 2019, di Astro First Eksklusif, saluran 480 dan On Demand.

Tutorial: Cara Modifikasi Blog Archive

Cara Modifikasi Blog Archive


SEBELUM

News


SELEPAS

News


Cara Modifikasi Blog Archive dengan CSS3 Transition

1. Tambahkan Widget Blog Archive ke blog anda.

2. Kemudian Konfigurasikan seperti berikut


3. Letakan kode CSS berikut ini diatas kode ]]></b:skin:

/*Blog Archive*/
#BlogArchive1 {background: transparent;color:#D4CFFC;border: 1px solid #; border-radius: 5px;  -moz-border-radius: 5px; -webkit-border-radius: 5px;  box-shadow: 0px 0px 0px #FFFFFF; -moz-box-shadow: 0px 0px 0px #FFFFFF; -webkit-box-shadow: 0px 0px 0px #FFFFFF;}
#BlogArchive1 .widget-content {background: -moz-linear-gradient(left, #021638, #043482);background: -webkit-gradient(linear, left center, right center, from(#021638), to(#043482));}
#ArchiveList a.post-count-link, #ArchiveList a.post-count-link:link, #ArchiveList a.post-count-link:visited {color:#7265DB;  font:bold  10px Arial;text-decoration: none;}
.BlogArchive #ArchiveList ul li { background: none repeat scroll 0% 0% transparent; list-style: none outside none; margin: 0em 0px;}
#BlogArchive1 ul.posts a:link{font:bold  11px Georgia,Tahoma;color:#D4CFFC; background:url(https://sites.google.com/site/archivesiugi/home/2012/arrowList_2b.gif) no-repeat 0 50%;padding-left:10px; margin-left:-20px;}
#BlogArchive1 ul.posts a:link:hover {color: red;-o-transition: all 0.8s ease-out; -moz-transition: all 0.8s ease-out;-webkit-transition: all 0.8s ease-out;-o-transform:translate(12px, 0) scale(1.1);-moz-transform:translate(12px, 0) scale(1.1);-webkit-transform:translate(12px, 0) scale(1.1);}
#BlogArchive1 a:visited{font-family:Arial;font-size:10px;color:#BCB8E0;}
#BlogArchive1 a:hover{font-family:Arial;font-size:10px;font-style:normal;}
#ArchiveList a.toggle, #ArchiveList a.toggle:link {color: yellow;background: #9090FC;background: -moz-linear-gradient(top, #BDFCFC, #BDC6FC);background: -webkit-gradient(linear, left top, left bottom, from(#BDFCFC), to(#BDC6FC));border: 1px solid  #a9937b;padding-left: 4px;margin-right: 5px;font-size: 9px;border-radius: 2px;-moz-border-radius: 2px;-webkit-border-radius: 2px;-o-transition: all 1s ease-in;-moz-transition: all 1s ease-in;-webkit-transition: all 1s ease-in;}
#ArchiveList a.toggle:hover, #ArchiveList a.toggle:link:hover {background: #DB8CFF;background: -moz-linear-gradient(top, #B700FF, #8000FF);background: -webkit-gradient(linear, left top, left bottom, from(#B700FF), to( #8000FF));margin-right: 20px; border-radius: 20px;-moz-border-radius: 20px;-webkit-border-radius: 20px; -o-transition: all 1.5s ease-in 0.3s;-moz-transition: all 1.5s ease-in 0.3s;-webkit-transition: all 1.5s ease-in 0.3s;}
#ArchiveList a.toggle:active, #ArchiveList a.toggle:link:active {background: #33CCFF;background: -moz-linear-gradient(top, #FFFFCC, #3E018C);background: -webkit-gradient(linear, left top, left bottom, from(#3E018C), to(#FFFFCC));border-radius: 4px;-moz-border-radius: 4px;-webkit-borderradius: 4px;-o-transition: all ease-out 10ms;-moz-transition: all ease-out 10ms;-webkit-transition: all ease-out 10ms;}  a.toggle{outline:none;}span.zippy{color:yellow;background:#0000FF;background:rgba(0,0,0, 0.2);padding-left:3px;padding-right:30px;margin-right:40px;border-bottom-right-radius:8px;border:1px solid #4000FF;-o-transition:all 0.6s ease-in;-moz-transition:all 0.6s ease-in;-webkit-transition:all 0.6s ease-in;}span.zippy:hover{color:white;background:#8000FF;background:rgba(0,0,0, 0.4);margin-right:60px;padding-right:20px;}span.zippy:active{color:blue;background:#FFC400;transition:all 0.4s ease-out;-o-transition:all 0.4s ease-out;-moz-transition:all 0.4s ease-out;-webkit-transition:all 0.4s ease-out;-ms-transition:all 0.4s ease-out;}*, * focus{outline:none;} span.zippy.toggle-open{color:red;background:#FFC400;transition:all 0.4s ease-out;-o-transition:all 0.4s ease-out;-moz-transition:all 0.4s ease-out;-webkit-transition:all 0.4s ease-out;-ms-transition:all 0.4s ease-out;}
/*Blog Archive*/

4. Save.

Kredit : Anon Friend's

Word 128

Wadah Terkini