Telefilem Cerita Raya Luar Biasa di Astro Ria
Telefilem Raya Kali Ini TV3
Lakonan Fasha Sandha, Aprena Manrose, Dayang Areeda, Arash Mohd, Zoey Rahman, Afzan A.Rahman, Fauziah Nawi, Qistina Raisah, Muntazar Ghufran, Alyssa Dezek
Telefilem khas malam Raya bertajuk Remuk disiarkan pada pukul 10 malam di TV3
Telefilem Sempurnakah Aku? di Astro Ria pada Hari Raya
Lakonan Zul Ariffin, Erra Fazira, Sasqia Dahuri, Dian P Ramlee, Mustaqim Bahadon, Salina Saibi, Zalfa Zin ...
RESEPI : Kek Marjerin 2

WORD 173 : BACAAN MENJELANG DAN BANGUN TIDUR
WORD 173 : BACAAN MENJELANG DAN BANGUN TIDUR
Menjelang tidur disunnahkan berwudhu (HR. Bukhari 247 dan Muslim 2710), kemudian membaca bacaan berikut sebelum tidur:
Membaca takbir (allahu akbar) 34x, tasbih (subhanallah) 33x dan tahmid (alhamdulillah) 33x. Sebagaimana Rasulullah mengajarkan ini pada putrinya, Fathimah radhiyallahu anha. (HR. Bukhari 3705 dan Muslim 2727)Membaca ayat kursi (HR. Bukhari no. 2311) dan dua ayat terakhir surat Al Baqarah, yakni ayat 285-286 (HR. Bukhari no. 5051 dan Muslim no. 807).Mengumpulkan dua tapak tangan, lalu ditiup dan dibacakan surat Al Ikhlash, Al Falaq dan An Nas. Kemudian mengusap bagian tubuh yang dapat dijangkau. Hal ini dilakukan tiga kali (HR. Bukhari no. 4439 dan Muslim no. 2192).Membaca do’a
بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوْتُ وَأَحْيَا
“Dengan namaMu, ya Allah! Aku mati dan hidup.” (HR. Bukhari no. 6312 dan Muslim no. 2711)
Jika terbangun di malam hari?
Jika terbangun dimalam hari hendaknya membaca dzikir dan beristighfar. Rasulullah bersabda, “Barangsiapa bangun dimalam hari kemudian membaca: la ilaha illallah, wahdahu laa syarikalah. Lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syaiin qadir. Alhamdulillah, wa subhanallah, wa laa ilaha illallah, wallahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illah billah, kemudian dia mengatakan, ya Allah ampuni aku atau berdoa maka dikabulkan. Jika berwudhu dan shalat maka diterima shalatnya” (HR. Bukhari no. 1154)
Ketika bangun tidur disunnahkan membaca:
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرp
“Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah mematikan (menidurkan) kami dan kepadaNya (kita akan) dikumpulkan.” (HR. Bukhari no. 6312 dan Muslim no. 2711). Kemudian membaca sepuluh ayat terakhir surat Ali Imran, yaitu ayat 190-200. (HR. Muslim no. 256)
Maraji’: Tuhfatul Akhyar dan Hisnul Muslim
Abu Zakariya Sutrisno. Riyadh, 12/12/1438H.
Artikel: ukhuwahislamiah.com
Sumber : https://ukhuwahislamiah.com/
Sinopsis Telefilem Yang Terindah (TV1)
Drama Aku Tak Raya Syawal Ini Di TV3
Perkahwinan berbangsa asing
Hasrat Nur Afilah untuk sampai ke Makkah sudah dimakbulkan
TIDAK semua berpeluang merasai suasana berpuasa pada bulan Ramadan di Tanah Suci Makkah. Namun gadis kelahiran Jitra, Nur Afilah Amir Rusdi, 24, dan suaminya, Adama Mohamed antara yang bertuah apabila diberi peluang untuk ke sana selepas sebulan mendirikan rumah tangga.
Nur Afilah atau lebih mesra disapa Fila dan suaminya tiba di Makkah kira-kira pukul 4 pagi Ahad lalu. Fila ketika dihubungi mStar berkata dia bersyukur kepada Allah kerana niatnya dan suami untuk menunaikan umrah bersama-sama bukan sahaja dimakbulkan tetapi dipermudahkan.
“Kami plan dah lama tapi beli tiket seminggu sebelum datang ke sini. Alhamdulillah kata-kata itu satu doa. Semuanya dipermudahkan. Apa pun niat tu yang penting. Fila teruja pertama kali menjejakkan kaki ke Makkah. “Bila jejak sendiri kaki ke Masjidil Haram tengok Kaabah dengan mata sendiri, perasaan dia lain dari yang lain.
Perasaan terharu, teruja gembira semua ada,” katanya. Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, walaupun tiba awal pagi, rasa penat dan mengantuk bagaikan tiba-tiba hilang ketika berada di sana. “Kami sampai pukul 4 pagi kemudian terus letak barang dekat hotel dan lepas tu pergi menunaikan umrah.
“Kami tak nak melengahkan masa sebab nak kongsi masa buat tawaf. Ajaibnya tak tidur tapi tenaga banyak, tak mengantuk pun. Bila dah selesai balik hotel kejap je dah rindu Kaabah,” katanya. Fila turut menceritakan pengalaman berharga apabila berpeluang mencium batu Hajar Aswad.
“Bila dah habis tujuh kali tawaf dan diizinkan sentuh Hajar Aswad, semua berebut nak sentuh. Nak dijadikan cerita, Allah mudahkan suami sebab dia tinggi.“Senang je dia dapat pergi sentuh Kaabah. Mudah je dia dapat pergi sentuh Hajar Aswad. Saya dalam berhimpit-himpit ni boleh terbayang telekung tercabut punya ramai jemaah tarik.
Suami Fila sewaktu menunaikan ibadah di Kota Suci itu. “Saya dahlah kurus. Tapi Alhamdulillah saya dapat juga cium Hajar Aswad. Masa tu memang rasa sebak, tak dapat digambarkan perasaan itu bersyukur sangat-sangat,” katanya. Biarpun waktu berpuasa di Makkah lebih panjang berbanding Malaysia ia langsung tidak bermasalah bagi Fila dan suaminya.
“Puasa kat sini lagi lama tapi tak rasa macam berpuasa pun dekat sini. Rasa penat tapi tak rasa letih macam berpuasa di Malaysia.“Mungkin sebab teruja dan saya hanya fokus pada tujuan datang ke sini sahaja,” katanya. Bila jejak sendiri kaki ke Masjidil Haram tengok Kaabah dengan mata sendiri, perasaan dia lain dari yang lain. Perasaan terharu, teruja. gembira semua ada.
NUR AFILAH AMIR RUSDI.
Walaupun sebenarnya tidak berhijab, Fila mengakui dia seronok dan selesa memakai tudung sepanjang berada di sana.“Bila berhijab dekat sini rasa macam seronok pula. Rasa selesa pun ada sebab tak payah bersolek… mudah. Insya-Allah niat untuk berhijab sepenuhnya itu ada… slow-slow.
“Di sini saya dapat lihat dan bertemu dengan pelbagai macam orang. Dari baby sampailah ke orang tua. Berbeza bangsa dan warna kulit tapi semua bertandang ke rumah Allah dengan satu matlamat untuk berdoa,” katanya yang akan kembali ke tanah air pada Jumaat ini.
kisah perkahwinan Fila yang bertemu jodoh dengan suaminya berusia 26 tahun selepas pertemuan secara tidak sengaja di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara pada Disember lalu. Fila bertemu dengan suaminya ketika sedang menangis di sebuah kafe di Pavilion, Kuala Lumpur.
Kedua-duanya selamat disatukan di kediaman pengantin perempuan di Jitra, Kedah pada 26 April lalu. “Saya terjumpa suami dekat Pavilion. Waktu tu saya sedang menangis sebab ada masalah sikit dengan teman serumah. Saya ni jenis kurang berkawan dengan orang.
“Kemudian dia tiba-tiba datang dekati saya ketika saya bersendirian. Dia pujuk Fila. Mula-mula rasa takut sebab saya seorang dan takut orang ambil kesempatan. “Tapi bila tengok dia betul-betul ikhlas, saya terharu. Itulah kan kalau dah jodoh Allah akan hadirkan dia datang secara tiba-tiba,” katanya.
Sumber : mstar
Jodoh itu rahsia, lelaki Sudan menjadi pilihan hati jururawat.
JARAK beribu batu antara Malaysia dan Sudan nun di benua Afrika bukan penghalang buat pasangan ini untuk disatukan sebagai suami isteri.
Lebih manis, mereka sudah empat tahun bertugas di sebuah hospital di Madinah sebelum disatukan pada 20 April lalu.
Menurut Nor Arlinda Md Anizam, 34, dia dan suaminya, Sheikheldein Bushra Hussien, 38, tidak mempunyai apa-apa hubungan sebelum perasaan cinta itu berputik tahun lalu. “Suami beritahu dia suka saya tahun lepas. Kebetulan mak saya datang buat umrah. Saya kata kalau serius, pergilah jumpa emak.
“Bila jumpa, mak saya suka, keluarga pun suka. Saya terima sahaja. Kalau ikutkan tak bercinta pun dengan dia, tapi perasaan itu boleh dipupuk. “Lagipun dia baik, yang penting tahu bab agama. Jadi tak susah nak sayang dia, dia pun sangat ambil berat dan bersungguh-sungguh orangnya,” ujar Arlinda sewaktu dihubungi mStar pada Rabu.
Arlinda yang berasal dari Kelantan merupakan seorang jururawat, manakala suaminya bertugas sebagai doktor di National Guard Hospital, Madinah. Lebih mesra disapa sebagai Dr Sheikh, pertemuan lelaki itu dengan ibu Arlinda juga berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan.
“Saya dah beritahu mak awal-awal, jangan terkejut kalau tengok dia. Saya ingatkan mak saya tak terima dia. “Lain pula jadinya, mak dan makcik saya suka sangat kat dia. Katanya sebab suami ni nampak ikhlas dan baik. “Jadi mereka nasihatkan supaya saya terima sebab bukan senang nak cari lelaki yang boleh bimbing kita bab agama,” katanya lagi.
Dr Sheikh meluahkan hasrat untuk menyunting Arlinda sebagai isteri pada tahun lalu. Mengulas persepsi masyarakat terhadap perkahwinan dengan lelaki berbangsa asing, Arlinda mengakui wujud komen negatif dan ia turut dijadikan bahan jenaka di media sosial. Malah, segelintir individu turut membuat komen lcah termasuklah mengenai saiz alat lelaki berkenaan.
“Sejak saya kenal dia, keluarga dan kawan semua positif. Saudara, orang kampung semua suka. “Ada juga yang negatif dan jadikan sebagai jenaka. Kebanyakannya yang tak kenal kami. Kawan ada muat naik gambar kami di Instagram. “Banyak juga komen yang tak sedap dibaca, tapi saya abaikan. Tahu masing-masing ‘tak ada kerja’ dan kutip dosa kering sahaja,” katanya lagi.
Arlinda tampil jelita dalam majlis yang berlangsung di Luxury Garden, Kota Bharu, Kelantan pada April lalu. Dalam pada itu, majlis perkahwinan mereka yang berlangsung meriah di Luxury Garden, Kota Bharu, Kelantan turut dihadiri 10 ahli keluarga Dr Sheikh.
Malah, beberapa rakan sekerja dari Madinah turut hadir ke majlis itu. Bercerita mengenai pengalaman pertama menjalani ibadah puasa sebagai suami isteri, pasangan yang menetap di Madinah itu mengakui semuanya baik-baik sahaja. Antara tetamu yang hadir dalam majlis meraikan mempelai itu baru-baru ini
”Alhamdulillah hari pertama kami berpuasa di Sudan. Hari ni baru balik ke Madinah. Pengalaman berbeza, makanan pun agak berbeza. “Kalau nak kira meriah tu, mestilah meriah kat tempat sendiri. Malaysia di hati. Kat sini, tak ada jumpa bazar Ramadan pun. Kebanyakannya masak sendiri. “Tapi disebabkan saya dah biasa jauh dari keluarga dan biasa dengan makanan Arab, jadi tak adalah kekok sangat dengan keluarga baharu,” ujarnya mengakhiri bicara.
Sumber : memorikini
Kredit : ApamPink
Datuk Dahlan Zainuddin meninggal dunia

WORDLESS WEDNESDAY : WORD 172 : MAY 29 2019

RASULULLAH SAW BERSABDA :
BERSAHURLAH KALIAN,
KARENA PADA SANTAP SAHUR ITU
ADA KEBERKAHAN.
~ HR. BUKHARI ~
RAMADHAN 14 1440H
SAAT-SAAT AIDILFITRI
SAAT-SAAT INDAH MENJELMA PAGI
SUASANA MESRA BERWARNA WARNI
KITA BERSAMA KEMBALI
MENYAMBUT DETIK SERIBU ERTI
KERDIPAN BINTANG MEMBAWA BERITA
KHABAR GEMBIRA KAN KUNJUNG TIBA
TAWA MESRA YANG DIRINDU
PASTI MENYINARI AIDILFITRI
MASA UNTUK GEMBIRA
RIANGNYA SUASANA
BERMAAFAN SESAMA KITA
KAU BAHAGIA SENTIASA
TIADALAH SENGKETA
KEMESRAAN JALIN BERSAMA
MERIAHKAN HARI RAYA
SAAT-SAAT INDAH MENJELMA LAGI
SUASANA MESRA BERWARNA WARNI
KITA BERSAMA KEMBALI
UNTUK MENYAMBUT AIDILFITRI
Telemovie Ayyad Aisyah yang akan disiarkan 2 Jun ini di TV3
Telemovie Masihkah Ada Raya Buatku akan disiarkan 1 June ini di TV3
SINOPSIS CIK REEN & ENCIK NGOK NGEK RAYA
Pokok letup-letup
Pokok letup-letup atau juga dikenali sebagai pokok ulat bulu merupakan tumbuhan liar yang sering dijumpai di kawasan semak samun atau dibatas-batas sungai.
Pokok ini tumbuh secara menjalar dan dikenali dalam nama saitifik, Passiflora foetida. Pokok ini berasal daripada Amerika selatan dan Barat India, merupakan tumbuhan yang terkenal dikalangan penduduk kampung kerana pucuk daunnya boleh dijadikan ulam dan buahnya boleh dimakan.
Pokok letup-letup ini mempunya begitu banyak khasiat, jom kita ketahui antara khasiat-khasiat pokok menjalar ini.
1. UNTUK RAWATAN MENGHIDAPI SALURAN JANTUNG TERSUMBAT
Caranya ambil 40 helai daunnya, diblander dijadikan jus. Minum tanpa campur apa2. Salah satu petua dan ubat untuk jantung kita
– Amalkan meminum air daun pokok ulat bulu dgn cara blender daun yang muda dan dicampur dengan susu tepung.
– Daunnya boleh dibuat ubat sakit jantung dengan memakannya sebagai ulaman dan biasanya pagi-pagi dalam sehelai dua setelah dibersihkan terlebih dahulu.
2. BOLEH DIJADIKAN UBAT PENYAKIT ASMA.
-Ambil daun dan batangnya, rebus minum airnya.
– Ambilkan daunnya dicampur dengan kapur sirih lalu dihancurkan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. Basahkan dengan air. Selepas itu gumpalkan pada tapak tangan sehingga keluar air berwarna hijau keputih-putihan serta berbuih. Sapukan ke bahagian dada, perut dan belakang.
3. DAUN TUMBUHAN INI BOLEH MENGUBATI KURAP.
Hancurkan daun dan letak dikurap.
4. MENURUNKAN SUHU BADAN YANG PANAS.
Gunakan buahnya dengan cara makan terus atau buat jus jika deman terutamanya kanak-kanak.
5. TURUNKAN BACAAN DARAH TINGGI.
Amalkan air rebusan daun, buah dan akarnya. Berfungsi cuci darah.
6. MASALAH KENCING KOTOR KETIKA MENGANDUNG.
Amalkan minum air rebusan pokok buah ulat bulu ni. Ambil dari akar sampai pucuknya.
7. MERAWAT KANSER.
Pucuknya yang muda dicampur dengan 4 biji beras dan tunas kunyit digiling dengan tempurung kelapa sampai lumat kemudiannya ditampalkan pada bisul ataupun yang ada kenser payu dara insya Allah cepat sembuh.
8. MERAWAT KEKUNINGAN PADA BAYI BARU LAHIR.
Ada kawan berbangsa cina bagitau pokok ni dijemur sampai kering pastu buat mandian utk bayi yang baru lahir.
9. MERAWAT ORANG YANG PENGSAN
Ambilkan akarnya dan akar samalu dan bakar kemudiannya habuknya campurkan dengan kapur sirih. Dan gaulkan menggunakan minyak kelapa. kemudiannya gosok pada kepala orang yang pengsan akibat gila babi. Cepat dia sadar.
10. MERAWAT JERAWAT.
Daunnya boleh guna untuk ubat jerawat.
11. BAGUS UNTUK NERVE ORANG YANG TERKENA STROKE
Minum dan makan sayur tu. Tanaman ini bagus untuk nerve orang yang stroke. Amalkan sangat membantu.
12. UNTUK CERDAS DAN CERGAS
Saya masukan dalam cawan atau gelas campur air dan limau nipis, gula sikit.
13. MERAWAT PASANG SURUT ATAU HERNIA
14. MENGUBATI KENCING MANIS.
Batang dan akarnya direbus kemudian minum sehari 3x, amalkan selalu.
15. SAKIT SENDI LUTUT ATHRITIS
Gumpalkan daun dengan kapur makan, tampalkan pada lutut
16. KENCING TIDAK LAWAS
Minum air rebusan daun ulat bulu
17. MENURUNKAN PARAS KOLESTROL
Dengan cara memakan daunnya 2 helai sekali makan dan tiga kali sehari
18. MERAWAT DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS
Rebus daunnya dan minum air.
19. UNTUK TAMBAH DARAH
Untuk tambah darah bagi mereka yang kurang darah, buang daun dan buah tu. masakkan batangnya sahaja dan air tu diminum. selalu amalkan meminum air rebusan tu, in sha Allah darah akan bertambah.
20. KES PESAKIT TALASEMIA
Minum air rebusan daun, darah dalam badan akan bertambah. Kulit dan muka tidak kelihatan pucat.
21. PENAWAR UNTUK ORANG YANG TERMAKAN RACUN
Sepohon pokok ini termasuk akarnya boleh juga jadi penawar untuk orang yang termakan racun dan orang yang keracunan makanan
AMARAN.
Lepas makan buah tidak boleh minum kopi ye. Pernah terjadi keracunan.
Sumber: Facebook
John Wick 3 merampas takhta kutipan pecah panggung mengatasi Avengers : Endgame
John Wick 3 merampas takhta kutipan pecah panggung mengatasi Avengers : Endgame
Keanu Reeve sekali lagi membuktikan dirinya boleh mengatasi sesiapa sahaja, termasuk sekumpulan adiwira paling hebat bergelar Avengers.
Setelah tiga minggu mengungguli tempat pertama dalam carta di Amerika Syarikat, filem adiwira Avengers: Endgame akhirnya tumpas di tangan Keanu Reeves apabila tempatnya digantikan dengan filem penuh aksi, John Wick 3: Parabellum dalam carta pecah panggung di Amerika Syarikat.
Dengan kutipan mingguan terbaru pada minggu pertama pembukaan bermula 19 Mei, John Wick 3: Parabellum berjaya mendahului carta dengan kutipan sebanyak USD57 juta (RM239 juta) di Amerika Syarikat dan Kanada yang jauh meninggalkan Avengers: Endgame dengan kutipan sebanyak USD29.4 juta (RM123 juta)
Kutipan John Wick 3: Parabellum di hari pertama tayangan yang sudah mencecah USD57 juta membuktikan bahawa sekuel kepada filem John Wick 1 (2014) dan John Wick 2 (2017) ini sememangnya dinantikan oleh ramai peminatnya.
Manakala pada tayangan global, filem John Wick 3: Parabellum berjaya mengutip USD36 juta (RM151 juta) menjadikan jumlah kutipan secara keseluruhan pada hari pertama ialah USD93 juta (RM389 juta).
Filem John Wick 3 : Parabellum menjejaki watak Keanu Reeves si bekas pembunuh upahan tanpa akses kepada hampir semua sumber bawah tanahnya, dalam perjalanan keluar dari New York dan pembunuh upahan selepas tawaran $14 juta dikeluarkan untuk kepalanya. John Wick mempunyai sedikit peluang untuk menarik nafas dalam filem ini, dan seperti biasa, sama ada dia berada di New York atau Maghribi, jejak mayat ditinggalkan di belakangnya.
Tetapi boleh dikatakan kejutan terbesar dalam John Wick 3 adalah penentuan di New York di mana The Continental telah berpaling tadah selepas pemiliknya Winston lakonan Ian McShane, bertindak mempersembahkannya kepada The High Table.
Untuk kekal dalam organisasi, Winston telah menembak John sehingga dia jatuh dari bumbung The Continental. John bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh The Bowery King, yang sedang marah dan mengisytiharkan perang ke atas The High Table. Tidak mengejutkan apabila John Wick telah bersetuju untuk bekerjasama.
Tonton sendiri filem penuh aksi mendebarkan ini untuk mengetahui kesudahannya di pawagam berdekatan anda.
Sumber : Lionsgate Movies/YouTube , Elite Readers
Kredit : Era Baru
Jangan buruk sangka individu tidak bertarawih di masjid
Jangan buruk sangka individu tidak bertarawih di masjid
ANTARA hikmah terbesar diturunkan solat tarawih pada bulan mulia ini adalah untuk memberitahu tentang keistimewaan Ramadan, kata pendakwah Ustaz Fauzi Mustafa.
Beliau berkata, tarawih merupakan satu-satunya solat sunat yang datang setahun sekali pada bulan Ramadan.
"Bukan itu sahaja, ALLAH SWT juga mahu memberikan keampunan kepada seluruh hamba-hamba-Nya yang beriman (dalam bulan Ramadan).
"Sesiapa yang mengerjakan tarawih, maka diampunkan dosa-dosanya bukan sekadar pada malam itu tetapi juga dosa-dosa terdahulu pun akan diampunkan," katanya kepada Sinar Islam.
Ujar beliau, dengan mengerjakan solat tarawih, ia sebenarnya menggalakkan umat Islam supaya bersatu padu pada malam bulan Ramadan.
"Ramai yang akan ke masjid atau surau. Pelbagai orang yang datang sama ada orang kaya, miskin dan ada juga yang sakit turut datang bertarawih. Pada masa itulah kita akan kenal sesama kita. Kita tahu ada orang susah, sakit dan sebagainya.
"Kita juga digalakkan untuk melakukan sedekah kerana disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW bahawa sedekah pada bulan Ramadan merupakan sebaik-baik sedekah," jelasnya.
Dalam pada itu, Ustaz Fauzi berpesan agar umat Islam tidak berburuk sangka dengan orang yang tidak melakukan solat tarawih di masjid kerana ia perbuatan dosa yang disebut di dalam al-Quran.
"Barangkali ada orang solat di rumah atau solat di masjid lain. Ingatlah bahawa solat tarawih tidak wajib secara berjemaah, buat secara sendirian pun boleh, buat dengan keluarga juga boleh dan tak semestinya ditunaikan di masjid. Malah, tunaikanlah di pejabat, kilang atau pasar raya sekalipun," katanya.
DAI FUAD
Sementara itu, seorang lagi tokoh agama, Ustaz Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Dai Fuad mengingatkan agar kita menjaga rukun dan syarat sah solat ketika mengerjakan solat tarawih.
"Pastikan bacaan Surah al-Fatihah betul sebutannya dan lancar. Lagi satu, kena pastikan ada tamakninah," jelasnya yang turut menegur masjid di Bandung, Indonesia yang melakukan solat tarawih 23 rakaat dalam masa tujuh minit.
Hakikatnya, kata Dai Fuad, solat sebegitu pantas bukanlah menarik orang muda tetapi ia seolah-olah mempermainkan agama.
"Saya dapati video tular yang memaparkan imam membaca surah al-Fatihah adalah tidak jelas. Bahaya kalau anak muda pandang begitu dan mereka akan fikir, tiada masalah sekiranya mereka membaca dalam nada begitu ketika solat.
"Boleh buat daya penarik untuk anak muda solat tarawih tetapi jangan sampai ia melanggar syariat yang telah ditetapkan," ujarnya.
Dai Fuad turut mencadangkan cara anak muda untuk bertarawih secara berjemaah di masjid atau surau antaranya dengan mengetengahkan golongan itu ke hadapan jika mereka mampu untuk menjadi imam.
"Selain itu, boleh juga wujudkan liga imam di mana kita mempelbagaikan imam yang boleh membaca seperti mana amalan orang Syria dan Mesir. Walaupun imam itu berbangsa Melayu, ia akan membuatkan golongan belia teruja," katanya.
Artikel asal Jangan buruk sangka individu tidak bertarawih di masjid:
