RESEPI : Kek Marjerin 2

Kek Marjerin  
Bahan-bahan:  
Marjerin (1 cawan) 
Gula (1 cawan)
Tepung gandum (2 cawan)
Telur gred B (4 biji)
Esen vanila (1 sudu makan)
Serbuk penaik (1 sudu makan)
Susu pekat (2 sudu makan)
Cara-caranya :  
1. Ayakkan tepung dan juga serbuk penaik.
2. Pukul marjerin dan gula selama 5 minit .
3. Masukkan telur, esen vanilla dan susu lalu pukul selama 3 minit .
4. Masukkan tepung dan pukul seketika.
5. Bahagikan dan letakkan pewarna kesukaan .
6. Sapukan marjerin ke atas loyang dan alas menggunakan baking paper .
7. Tuang adunan kek ke dalam loyang .
8. Bakar pada suhu 170 C mengikut ketuhar masing-masing dengan menggunakan bahagian api atas dan bawah. Bakar sehingga masak. Sekiranya dicucuk dan tidak lekat ia menandakan kek sudah masak.

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

1 ulasan:

  1. Kek marjerin ni Sis pakai kek bahulu...emak mesti buat tiap kali raya sebab buat lebihan adunan bahulu...

    BalasPadam

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”