Adakah kita semua sedar hari ini sudah masuk Syawal yang ke lima.Maknanya kita sudah lima hari beraya sakan dan bergembira.
Tentu ada yang rasa masih belum puas untuk terus beraya.Biasalah dalam pemikiran kita, puasa sebulan maka wajar juga raya untuk sebulan.
Tidak hairan banyak kedai makan atau restoran masih bercuti.Tidak salah dan ia adalah hak mereka yang berniaga.
Apa yang ingin saya kongsikan hari ini berkaitan masa.Ramai yang tidak peduli tentang masa termasuk saya sendiri.
Namun setelah membaca buku tulisan Dr Mohd Daud Bakar dalam Saya Ada 25 Jam Sehari, saya tersentap.Saya kerugian masa setelah masa tidak digunakan dengan sempurna.
Masa untuk tidur berlebihan, melayan media sosial berlebihan dan berlebihan masa melakukan aktiviti yang kurang bermanfaat.
Masa yang berlalu tidak dapat ditebus.Sekali masa berlalu, ia akan pergi buat selama-lamaya.
Sama juga dengan tempoh hayat kita.Jika sudah tamat tempoh, mana mungkin boleh kembali ke dunia ini.Noktah.
Benar sekali masa adalah detik nyawa.Setiap saat berdetik.Tidak pernah berhenti.
Masa tetap berlalu sama ada kita suka atau tidak.
Pesan saya kepada diri sendiri, hargai masa sebaik mungkin dan tolong jangan buang masa orang lain sama seperti membuang masa sendiri.
Ianya selalu berlaku terutama menunggu ketika temujanji.
Saya sedar masa adalah nikmat yang sering kita lupakan
Jom kita syukuri masa dengan menepati sebajk mungkin.
#kisahpenulis
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.