Pages

Jun 20, 2019

SINOPSIS UTUSAN CINTA BUAT ADAM

SINOPSIS UTUSAN CINTA BUAT ADAM

Mengisahkan Aireen Husna seorang doktor yang masih lagi mencari lelaki pilihan idamannya iaitu seorang yang kuat pada agama. Seringkali dipertemukan dengan Adam Firdaus di masjid telah menambat hati Aireen walaupuan tidak kenal siapa gerangan orangnya.

Adam Firdaus, seorang pensyarah berumur 35 tahun masih belum menemui wanita yang berkenan dalam hatinya walaupun sudah ramai calon menantu pilihan dari keluarganya.

Sebaik mengetahui Adam adalah anak kenalan ibu saudaranya, Aireen langsung menyuruh ibu saudaranya mengirimkan utusan melamar Adam untuk dijadikan teman sehidup semati. 

Perkahwinan Adam dan Aireen tidak direstui nenek adam, Tok Wan yang mahu cucu kesayangannya itu berkahwin dengan Liyana.

Drama adaptasi novel Utusan Cinta Buat Adam karya Myra Ameer yang bakal menghiasi slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Kamal Adli dan Puteri Aishah. Diarahkan oleh Along Kamaludin. Bakal menemui penonton bermula 3 Julai 2019.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!