
Facebook larang Huawei guna aplikasi
SAN FRANCISCO: Facebook Inc tidak lagi membenarkan pemasangan aplikasi media sosial di dalam telefon pintar Huawei, tamparan terbaru untuk syarikat teknologi gergasi China itu.
Larangan itu dibuat ketika syarikat terbabit berusaha untuk mengekalkan perniagaannya di negara itu ketika berdepan dengan sekatan pembelian alat ganti dan perisian Amerika Syarikat.
Menurut Facebook, pengguna sedia ada telefon Huawei masih boleh menggunakan aplikasi dan menerima kemas kini, tetapi pelanggan baharu tidak lagi dapat menggunakan aplikasi Facebook, WhatsApp dan Instagram.
BHONLINE
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”