Pages

Jun 04, 2019

TV RAYA

TV RAYA

Telefilem Derita Pia disiarkan pada raya ketiga (Jumaat, 7 Jun 2019) pukul 9 malam di TV3.

Lakonan Zara Zya, Alif Satar, Azira Shafinaz, Naim Daniel, Sheila Rusly 

SINOPSIS DERITA PIA _ Pia merestui perkahwinan Zafran dan Qis. Pia menderita tanpa Budi.

*******

Sepahtu Reunion Raya Gear 5 di saluran Astro Ria pada 1 Syawal hingga 5 Syawal ( 5-9 Jun 2019) pukul 9 malam di Astro Ria & Ria HD

Lakonan Jep, Shuib, Rahim, Ilya, Amy Mastura, Ebby Yus, Fiza Elite, Chiwan

SINOPSIS SEPAHTU REUNION RAYA GEAR 5 _ Dato Shuib tinggal bersama Rahim, bapanya yang nyanyuk. Disebabkan sibuk dengan perniagaan, bapanya sering kesunyian.

*******

Telefilem Samad Tedung akan ditayangkan pada Raya kedua (Khamis, 6 Jun 2019) pukul 11:00 pagi di TV3.

Lakonan Faizal Hussein, Watie Sadali, Amar Asyraf, Sweet Farhana, Marissa Yasmin, Syed Muhammad Irfan, Azam Pitt, Ali Reza, Fatin Nabila Mesya, Amirul Syafiq Yusof, Faha Azhar

SINOPSIS SAMAD TEDUNG _ Samad, digeruni oleh orang kampung kerana sikapnya yang bengis. Oleh itu, dia digelar 'Samad Tedung'. Malah anak-anaknya juga pasti dipukul walaupun hanya melakukan kesilapan yang kecil. Isterinya Rusmila sentiasa bersabar dengan sikapnya walaupun ahli keluarganya sering mendesak supaya dia meninggalkan Samad. Kehidupan Samad berubah apabila isterinya meninggal dunia. Anak-anak mula mengabaikan Samad kerana terkesan dengan sikap Samad ke atas mereka. Namun Samad merasai kasih sayang seorang kanak-kanak yang merupakan cucu kepada jirannya.

*******

Telefilem Cinta Praktikal pada malam raya (Selasa, 4 Jun 2019) pukul 8 malam di saluran Okey  (Astro 109 / Myfreeview 110).

Lakonan Nad Zainal, Shah Jaszle, Jasper Supayah, Aidit Noh, Ucop Cecupak, Rosnah Mat Aris.

SINOPSIS CINTA PRAKTIKAL _ Kartini yang ingin mencari calon suami, jatuh cinta dengan Amri tanpa menyedari Amri hanya ingin mengambil kesempatan terhadapnya. Nuar juga menaruh hati terhadap Kartini dan selalu membantunya.

*******

Sepahtu Reunion Al Raya 2019 menampilkan Mira Filzah, Atikah Suhaime dan Aida Khalida selaku selebriti jemputan. Bersiaran pada malam raya pukul 8:30 malam menerusi saluran Astro Warna (132) & Warna HD (124).

Sumber : MyInfoTaip

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!