Pages

Jun 14, 2019

RESEPI : 2 Resepi Kek Mudah Guna Rice Cooker

2 Resepi Kek Mudah Guna ‘Rice Cooker’. Tetap Lazat Dan Gebu!
Tiada alasan lagi bagi anda penggemar kek! Kali ini kita akan ikuti cara buat kek tanpa oven yang ringkas dan mudah. Hanya menggunakan rice cooker saja, anda sebenarnya boleh membuat kek yang lazat dan gebu!

2 RESEPI KEK MUDAH MENGGUNAKAN RICE COOKER

Terdapat 2 resepi yang kami sertakan dalam entri ini, iaitu kek coklat dan kek minyak. Kedua-duanya ‘special’ dan senang, hanya perlu menggunakan periuk nasi.
Sesuai untuk dihidangkan untuk makan sendiri mahupun majlis-majlis.

1. RESEPI KEK COKLAT VERSI RICE COOKER

Kek ini memang istimewa. Bukan saja tak perlu pakai oven, tetapi resepi ini juga tidak perlu menggunakan mixer. Tetap menjadi walaupun Puan Scha baru pertama kali mencubanya!
Sesuai sangatlah untuk mereka yang bujang atau yang terlebih ‘rajin’, bukan?

BAHAN-BAHAN:

Bahan kek
1 1/2 cawan tepung
1/2 cawan gula
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda penaik1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk penaik
90ml minyak bunga matahari
1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
1 sudu besar cuka
1 cawan air

Bahan topping coklat ganache

1/2 cwn serbuk koko
1/2cwn susu pekat manis
1 sb minyak

CARA MEMBUAT:

1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda penaik, garam, serbuk kayu manis, serbuk penaik. Kacau sehingga sebati. Asingkan.

2. Dalam bekas yang berlainan, masukkan minyak, ekstrak vanila, cuka dan air. Kacau sehingga sebati.

3. Campurkan kedua-dua adunan kering dan basah tadi dan kacau sehingga lembut.

4. Sapukan mentega dalam rice cookersupaya tidak melekat. Tuangkan adunan dan masak untuk 60 minit. Tekankan suis‘cook’ itu semula apabila ia bertukar kepada ‘warm’.


5. Periksa kek dalam masa 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.

6. Setelah kek masak, biarkan kek sejuk untuk 15 minit sebelum dikeluarkan dari periuk.


7. Sementara itu, anda boleh membuattopping coklat ganache. (Ini optional, kalau suka boleh buat). 
Caranya mudah. Masukkan serbuk koko dan susu pekat manis dalam periuk. Gaul hingga sebati. Panaskan atas api yang kecil. Masukkan minyak dan gaulkan sekejap hingga agak sebati dan sesuai kelikatannya.

7. Apabila sejuk, terbalikkan kek ke atas pinggan leper. Taburkan gula aising ke atas kek atau curahkan dengan coklat ganache.

*Resepi asal cara buat kek tanpa oven oleh Scha She ini diterbitkan semula dengan kebenarannya.

2. RESEPI KEK MINYAK VERSIRICE COOKER

Resepi kedua ini pula adalah resepi kek minyak versi rice cooker hasil perkongsian air tangan Puan Junainah Sahrudin. Warna-warni dan ceria warnanya, anak-anak tentu suka!
Jom tengok cara membuatnya di bawah.

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula1 cawan susu pekat
5 biji telur
1 sudu kecil vanila
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar ovalette
1 cawan minyak
Pewarna ikut suka


CARA MEMBUAT:

1. Putar telur, gula, dan ovalette hingga kembang.

2. Masukan susu pekat & esen vanila.

3. Masukan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.

4. .Kemudian, masukkan minyak dan gaul sebati. Bahagi-bahagikan ke dalam bekas berasingan untuk diwarnakan.

4. Sapu majerin rata-rata pada rice cookerdan masukkan adunan ke dalam periuk nasi. Buat corak ikut suka ya. Saya tak lapiskan, cuma tompok-tompokkan sahaja.

5. Apabila siap dimasukkan ke dalam rice cooker, masak macam masak nasi. Tekan butang ‘cook’ dan dalam masa sekejap saja butang itu akan naik. Biarkan saja, dalam 10-15 minit, tekan semula butang itu. Ulangi langkah ini sehingga kek masak.

6. Inilah hasilnya.

*Resepi asal cara buat kek tanpa oven oleh Puan Junainah Sahrudin ini diterbitkan semula dengan kebenarannya. Follow FB beliau di SINI untuk lebih banyak perkongsian resepi menarik!



Sumber : Sirap Limau

1 comments:

evo7ori berkata...

Terima kasih share resepi kek ni :D


Penyakit lemah tenaga batin Evo7ori boleh bantu!

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!