Hai semua !
Saya nak umumkan berita gembira.Ya berita bahawa saya rasa gembira dan harap anda juga rasa gembira..
.
Gembira sangat sangat.Gembira dari pagi ini sampai esok hari.kita gembira kerana Kita berhak pilih gembira.Bukan orang lain..
.
Saya gembira sebab saya pilih gembira.Tidak perlu bayar apa apa.Ianya percuma.
.
Bagaimana nak rasa gembira?
.
Tepuk dada tanya minda.
Rasakan dan lihat apa yang ada di sekeliling kita.
Gembira kerana Kita masih hidup lagi.Gembira kerana sudah sampai ke kampung halaman.Gembira kerana masih bersama orang tersayang.Gembira kerana ada anak anak di sisi.Pendek kata selagi ada kebaikan yang kita ada..wajar sungguh rasa gembira.
.
Jika belum ada apa apa, apa kata bergembira kerana masih ada impian
.
Impian untuk kaya dan senang.Impian untuk ada jodoh yang saling mencintai.Impian untuk apa apa yang baik dan membahagiakan
.
Impian itu sendiri mengembirakan.
.
Benda boleh gembira buat apa mahu sedih.
#kisahpenulis
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.