Ustaz Ebit Lew kemalangan



Ustaz Ebit Lew cedera ringan dalam kemalangan dekat Lebuhraya Utara-Selatan di Seremban, hari ini.

Ketika itu, dia bersama dua lagi rakan dalam perjalanan balik dari Pasir Gudang menuju ke Kuala Lumpur kira-kira jam 3 pagi tadi.

"Saya bertiga. Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Takde (tiada) kereta lain di highway (lebuh raya).

Saya cuba elak sampai hampir kena divider (pembahagi jalan) kanan.

Dua-dua hampir terbalik. Saya tercampak ke depan. Sempat mengucap. Terhentak kuat juga. Sakit badan dengan hidung," Ustaz Ebit Lew berkongsi di laman Facebooknya."

Sumber : SinarHarian

El Ceria Megastar Ministar 2019

Image result for el ceria megastar ministar 2019
google

El Ceria Megastar Ministar 2019

El atau nama penuhnya, El Farabi Faeez Muhammad Faeez

Mempunyai rupa paras yang hampir sama, Nabil melihat El seakan-akan melihat dirinya ketika kecil.

“Sama-sama ‘cute’. Persamaan paling ketara adalah telinga kami, dan satu lagi adalah perangai kami.


Nabil tidak keberatan jadi mentor Ceria Megastar Ministar, El

“Mungkin masa mengandung, ibunya banyak melihat saya di televisyen. Kadang-kadang saya tengok perangai dia seperti saya. Banyak juga persamaan saya dengan El.

Ceria Megastar Ministar merupakan rancangan realiti pertandingan nyanyian kanak-kanak yang bersiaran mulai 14 Jun lalu di saluran Astro Ceria 611, Prima 105, Prima HD 121 dan Astro Go pada setiap Jumaat jam 9 malam.

Rancangan itu di dihoskan oleh Nabil bersama dua juri tetap iaitu Datuk Aznil Nawawi dan Zizan Razak.

Tambah pelawak tersebut, beliau banyak belajar daripada Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil dan ingin menurunkan ilmunya kepada peserta yang terlibat.

“Jangan hilangkan bakat yang ada, jangan tidak gosok.

“Biarpun sudah menggilap bakatnya, jangan lupa tentang pendidikan, jangan berhenti belajar.

“Kita tidak tahu apa yang akan terjadi dalam pertandingan ini. Jika kalah, ia bukannya satu pengakhiran. Pentingkan pendidikan, bila ada bakat dan pendidikan, anda akan jadi hebat,” tambahnya.

Sementara itu, El mula berjinak dalam bidang nyanyian sejak berusia empat tahun sambil memberitahu ‘Abang Nabil’ ialah idolanya.

“Abang Nabil ialah idola saya.

‘Saya juga mengidolakan Hael Husaini dan Haqiem Rusli, saya serba boleh dan boleh nyanyi apa-apa lagu sahaja,” kata El.

Malam Pesta Muda Mudi

Malam Pesta Muda Mudi - Saloma
Malam pesta muda mudi
bertemasya dan menari
suka ria dalam hati

sungguh ramai malam pesta
muda mudi bergembira
hilang rasa duka

kita menyanyi sungguh merdu
menghiburkan hati
mari mari kawan kawan ku
jangan malu...

malam pesta muda mudi
banyak kisah yang terjadi
cinta mesra hampa

Drama komedi Keluarga Baha Don di VIU


Drama komedi Keluarga Baha Don (10 episod) yang membariskan pelakon  seperti Remy Ishak, Khir Rahman, Susan Lankester, Sharifah Aleysha, Jihan Muse, Mark Adam, Namron dan ramai lagi. Ditayangkan bermula 11 Julai 2019 menerusi laman hiburan atas talian, Viu.

Kawan Yang Baik Membawa Ke Syurga

Kawan Yang Baik Membawa Ke Syurga

1. Dengarkan nasihat dari Ustaz Abdul Somad ini. Sahabat yang baik sepatutnya membawa kita ke syurga. Melihat wajah sahabat yang soleh, seharusnya mengingatkan kita tentang kebaikan. Jangan pula ketika melihat muka kawan kita, dia mengingatkan kita untuk melakukan dosa.

Link video:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=913953235608470&id=630358917301238

2. Jadilah seperti Abu Bakar, seorang sahabat yang soleh. Tahukah anda bahawa Abu Bakar berjaya mengislamkan lima sahabat yang dijanjikan syurga. Lihat bagaimana persahabatan Abu Bakar dengan sahabatnya menyebabkan mereka dijamin ke syurga.

Menurut Ibn Ishaq, dikalangan sepuluh orang sahabat yang dijamin akan memasuki syurga, separuh dari mereka (iaitu lima orang) telah beriman atas persahabatan dan usaha dakwah Abu Bakar. Mereka ialah: Uthman ibn Affan, al-Zubair ibn al-Awwam, Abd Rahman Auf, Saad Abi Waqas dan Talhah.

3. al-Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan sebahagian ayat daripada surah al-Kahfi memetik kata-kata dari Abu al-Fadl al-Jauhari berhubung kewujudan anjing di kalangan pemuda Kahfi yang sebutkan Allah di dalam al-Quran.

4. Menurut Abu al-Fadl, keberadaan anjing tersebut bersama pemuda Kahfi menjadikan anjing tersebut merasa tempias keberkatan duduk bersama dengan orang-orang yang soleh sehingga Allah menyebutkan tentang anjing tersebut di dalam al-Quran.

5. Bayangkan bagaimana anjing yang mendampingi dengan manusia yang baik pun telah menerima kesan baik mereka, maka apatah lagi manusia? Sudah pasti berkawan dengan sahabat yang soleh dan muslih akan membantu kita ke syurga. Berdampinglah dengan sahabat yang mengingatkan kita tentang kebaikan. Bukan kawan yang mengingatkan kita untuk melakukan kemungkaran.

Semoga Allah kurniakan kita sahabat yang soleh.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Mengapa Panggil Sultan Sebagai Syaitan?

Mengapa Panggil Sultan Sebagai Syaitan?

1. Sebagai seorang Duta Rahmah (Rahmatan lil Alamin), Wanji seharusnya bersifat hikmah dalam menegur Sultan. Sekiranya beliau boleh bersifat Rahmah dengan Cina dan DAP, mengapa memanggil Sultan dengan panggilan yang keras.

2. Ingatkah kita kisah Harun al-Rashid yang menegur rakyatnya yang mengkritik beliau secara keras. Kisah ini direkodkan oleh al-Imam al-Tabari yang menyatakan bagaimana Harun al-Rashid menangani pengkritiknya dengan petunjuk dari al-Quran.

3. Harun al-Rashid dikatakan menerima kritikan keras dari seorang lelaki. Selesai mendengar kritikan tersebut Harun al-Rasyid bertanya kepada pengkritik tersebut:

فأخبرني أنا شر وأخبث أم فرعون ؟ قَالَ : بل فرعون

“Beritahu kepada aku, apakah aku lebih jahat dari Firaun? Lelaki tadi menjawab: Firaun lebih jahat dari engkau.”

Harun al-Rashid bertanya lagi:

فأخبرني فمن خير أنت أم موسى؟

“Beritahu pada aku, apakah engkau lebih baik dari Nabi Musa? Lelaki itu menjawab: Bahkan Nabi Musa lebih mulia dari aku.”

4. Harun al-Rashid terus menempelak lelaki tersebut dengan berkata: “Ingatkah engkau bahawa ketika Allah memerintahkan Nabi Musa bertemu Firaun, bukankah Allah meminta Nabi Musa bercakap lembut dengan Firaun?

"Engkau sendiri menyedari bahawa aku tidaklah sejahat Firaun dan engkau juga bukanlah lebih baik dari Nabi Musa. Lalu mengapa engkau bersikap keras terhadap aku?”

Begitulah Harun al-Rashid berhujah dengan lelaki tersebut.

5. Menurut kertas pertuduhan, Wanji yang juga Duta Rahmah didakwa telah mengeluarkan kata-kata menghina terhadap Sultan Selangor khasnya dan terhadap Sultan-Sultan lain umumnya melalui laman Facebook beliau pada jam lebih kurang 10.00 pagi 8 November 2012, seperti:

(1) “Jenis syaitan tak baca hadis Nabi...”
(2) “Bahana bodoh agama tapi nak jadi ketua agama...”
(3) “Perasan bagus, tapi bodoh agama...”
(4) “Buang je Sultan-Sultan ni...”
(5) “Perabis duit rakyat...”
(6) “Si syaitan ni buat projek pembodohan...”
(7) “Bila orang bodoh, dia akan berkuasa...”
(8) “Firaun moden...”
(9) “Nak kaya dalam keadaan bodoh adalah jadi Sultan...”
(10) “Kalau di Malaysia, yang buat kerja (pembodohan) ni adalah UMNO dan Sultan...”

4. Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran buat para pendakwah semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Berkasih sayanglah kerana Allah dan benci membencilah juga kerana Allah.

Berkasih sayanglah kerana Allah dan benci membencilah juga kerana Allah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ; "Sesungguhnya sekuat kuat kekuatan iman itu ialah kasih sayang kamu kerana Allah dan benci kamu kerana Allah" (HR Ahmad)

Berkasih sayang adalah fitrah keinginan bagi setiap jiwa. Maka ia perlu didasari oleh syariat agama yang tulus ikhlas untuk mencapai objektif berkasih sayang kerana Allah. Jika tidak, manusia akan menganggap memenuhi keinginan hawa nafsu itu adalah berkasih sayang.

Manakala membenci pula adalah pada perkara perkara kemaksiatan serta kemungkaran yang dilakukan oleh manusia dan bukan pada batang tubuhnya. Maka kerana itu akan tercapailah objektif untuk benci membenci kerana Allah. Wallahu'alam.

https://t.me/DakwahTanpaHenti

Al-Quran Melembutkan Hati Yang Keras

Al-Quran Melembutkan Hati Yang Keras

1.  Beberapa insiden di dalam Sirah Nabawiyyah menunjukkan al-Quran berjaya mengetuk serta melembutkan pintu hati Quraysh. Sayyid Qutb menukilkan kisah bagaimana al-Walid ibn Mughirah, seorang pembesar Qurasyh yang tersohor memberikan reaksinya mengenai al-Quran.

Beliau pada suatu hari diminta oleh Abu Jahal untuk memberikan pandangan tentang al-Quran. Setelah mendengar bacaan al-Quran, al-Walid berkata:

صبأ والله الوليد، ولتصبون قريش كلها

Maksudnya: Sesungguhnya (aku) al-Walid telah terpukau (mendengar al-Quran ini), dan pasti Quraysh akan terpukau mendengarnya.

Reaksi al-Walid ini membuatkan Abu Jahal kecewa. Al-Walid adalah tokoh Quraysh yang hebat. Bukan sahaja beliau hebat, anak beliau Khalid al-Walid juga adalah tokoh Islam yang terkemuka. Namun, apabila mendengar bacaan al-Quran ini, al-Walid menjadi tersentuh dengan keindahan al-Quran.

2. Ibn Hisham pula meriwayatkan kisah bagaimana ‘Utbah ibn Rabiah, seorang pembesar Qurasyh yang datang menawarkan kepada Rasulullah ﷺ harta serta pangkat dengan harapan supaya Rasulullah ﷺ berhenti daripada berdakwah.

Setelah selesai dari segala tawaran tersebut, Rasulullah ﷺ membacakan kepada beliau potongan ayat dari surah Fussilat. Sehinggalah apabila Rasulullah ﷺ membaca ayat sujud (sujud sajdah), Utbah turut sujud bersama-sama dengan Rasulullah ﷺ. Lihatlah bagaimana Utbah yang pada awalnya datang untuk menghentikan dakwah Rasulullah ﷺ, akhirnya sujud bersama Rasulullah ﷺ setelah mendengar al-Quran.

3. Al-Bukhari pula meriwayatkan kisah bagaimana Rasulullah ﷺ surah al-Najm di hadapan khalayak ramai. Abdulullah ibn Mas’ud yang menyaksikan peristiwa ini berkata:

أن النبي صلى الله عليه وسلم قرأ بالنجم فسجد، فلم يبق أحد إلا سجد

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah ﷺ membaca surah al-Najm, lalu Baginda sujud dan tidak ada seorang Quraysh yang mendengar surah tersebut melainkan sujud bersama Baginda.

4. Begitu juga kisah Saidina Umar yang popular yang mendengar Surah Taha sehingga menjadi punca kepada keislaman beliau.

5. Riwayat-riwayat Sirah ini jelas menunjukkan bagaimana manusia yang mempunyai hati yang keras boleh berubah menjadi terpukau dan terpesona dengan al-Quran. Hati mereka turut lunak menghayati maksud yang ingin disampaikan.

6. Andai sekiranya kita merasakan diri kita jauh daripada Allah, kembalilah dengan membaca al-Quran. Bersihkan hati kita dari segala kekotoran dunia. Jangan tinggal baca al-Quran.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Mereka Tinggalkan Rasulullah Keseorangan

Mereka Tinggalkan Rasulullah Keseorangan

1. Ketika Rasulullah menyampaikan khutbah di Madinah, datanglah kafilah dagangan dari luar. Mereka yang sedang mendengar khutbah tersebut tiba-tiba meninggalkan Rasulullah berdiri keseorangan kerana mengejar perdagangan dunia. Al-Quran merekodkan peristiwa ini di dalam firman Allah:

وَتَرَكُوكَ قَآئِماًۚ

“Dan mereka meninggalkan engkau berdiri keseorangan (wahai Muhammad).”

2. Lihatlah bagaimana dunia itu menggoda, sekalipun manusia berada di hadapan Nabi yang agung, mereka sendiri boleh terpesona dengan kilauan dunia sehingga meninggalkan Rasulullah berdiri keseorangan. Apakah kita akan meninggalkan ajaran Rasulullah hanya kerana habuan dunia?

3. Ingatlah urusan dakwah tidak akan mengecewakan mukmin. Beberapa siri sirah membuktikan para ulama itu tidak jemu menyampaikan sekalipun mereka ditinggalkan manusia.

4. Ibn Asakir menukilkan bahawa Ata’ Ibn Rabah adalah seorang manusia yang sangat tabah. Beliau sentiasa menyampaikan pengajiannya sekalipun hanya dihadiri oleh tujuh atau lapan orang sahaja. Sedangkan keilmuannya adalah sesuatu yang tidak dinafikan. Kata seorang lelaki dari Bani Umayyah:

لا يفتي الناس في الحج غير عطاء

“Manusia tidak akan mengeluarkan fatwa berhubung haji sekiranya Ata’ ada.”

Kenyataan ini membuktikan tahap keilmuannya yang tinggi sehingga tiada siapa berani memberikan fatwa sekiranya Ata’ ibn Rabah ada. Namun, dalam menyampaikan dakwah, beliau tidak merasa jemu untuk meneruskan sekalipun hanya disahut oleh segelintir. (Tarikh Dimashq, Ibn Asakir)

5. Hanbal ibn Ishaq pula menceritakan bahawa al-Imam Ahmad ibn Hanbal menghabiskan proses pengajian kitab Musnadnya (secara imla’) hanya dengan tiga orang pelajar iaitu Hanbal, Soleh dan Abdullah. (Siyar A’lam al-Nubala’)

6. Begitulah lumrah dakwah. Seorang pendakwah akan diuji dengan dunia. Adakalanya dunia mengujinya, manusia melarikan diri dari mereka. Adakalanya dunia akan mengalihkan dirinya dari urusan dakwahnya.

Apakah kita akan meninggalkan Rasulullah berdiri keseorangan? Apakah kita akan meninggalkan dakwah Rasulullah kesepian?

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

DR SOO WINCCI CIPTA REKOD LAGI

DR SOO WINCCI CIPTA REKOD LAGI 

MALAYSIA BOOK OF RECORD  (MBOR)

- RATU CANTIK YANG MEMILIKI IJAZAH AKADEMIK TERBANYAK

- ARTIS RAKAMAN YANG MEMILIKI IJAZAH AKADEMIK TERBANYAK

* 2007 - IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG

* 2008 - SARJANA PENGURUSAN PERNIAGAAN

* 2016 - DOKTOR FALSAFAH  (PHD) DALAM PERNIAGAAN

* 2018 - SARJANA MUZIK

* 2019 IJAZAH PASCA SARJANA FELLOWSHIP DARI BARKLEE VALENCIA, SEPANYOL

HARIAN METRO 09-07-2019 M/S 8 SETEMPAT


Surah An-Nisa ayat 136

Surah An-Nisa ayat 136

Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu.

Tersalah Cinta

Tersalah Cinta - Bad Ghani

Terindah itulah yang ku rasa
Bahagia hari ini
Kerana hati telah diketuk kamu

Sempurna yang kamu bagiku
Tersentuhnya hati ini
Kerana dia membuatku
Tersenyum kembali

Oh sayang
Aku ini untuk kamu
Janganlah dikau ragu
Yang ku

Oh cinta
Tetaplah padanya
Janganlah berubah hati

Oh bintang
Kirimkan salamku pada

Oh bulan
Tunjukkan aku mencintainya Tuhan
Tolonglah aku agar tak
Tersalah cinta

Terindah itulah yang ku rasa
Bahagia hari ini
Kerana hati telah diketuk kamu

Oh sayang
Aku ini untuk kamu
Janganlah dikau ragu
Yang ku

Oh cinta
Tetaplah padanya
Janganlah berubah hati

Oh bintang
Kirimkan salamku pada

Oh bulan
Tunjukkan aku mencintainya Tuhan
Tolonglah aku agar tak
Tersalah cinta

Oh sayang
Aku ini untuk kamu
Janganlah dikau ragu
Yang ku

Oh cinta
Tetaplah padanya
Janganlah berubah hati

Oh bintang
Kirimkan salamku pada

Oh bulan
Tunjukkan aku mencintainya Tuhan
Tolonglah aku agar tak
Tersalah cinta

Tersalah cinta

Surah An-Nisa ayat135

Surah An-Nisa ayat135

"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu."

Wadah Terkini