Pages

Julai 13, 2019

El Ceria Megastar Ministar 2019

Image result for el ceria megastar ministar 2019
google

El Ceria Megastar Ministar 2019

El atau nama penuhnya, El Farabi Faeez Muhammad Faeez

Mempunyai rupa paras yang hampir sama, Nabil melihat El seakan-akan melihat dirinya ketika kecil.

“Sama-sama ‘cute’. Persamaan paling ketara adalah telinga kami, dan satu lagi adalah perangai kami.


Nabil tidak keberatan jadi mentor Ceria Megastar Ministar, El

“Mungkin masa mengandung, ibunya banyak melihat saya di televisyen. Kadang-kadang saya tengok perangai dia seperti saya. Banyak juga persamaan saya dengan El.

Ceria Megastar Ministar merupakan rancangan realiti pertandingan nyanyian kanak-kanak yang bersiaran mulai 14 Jun lalu di saluran Astro Ceria 611, Prima 105, Prima HD 121 dan Astro Go pada setiap Jumaat jam 9 malam.

Rancangan itu di dihoskan oleh Nabil bersama dua juri tetap iaitu Datuk Aznil Nawawi dan Zizan Razak.

Tambah pelawak tersebut, beliau banyak belajar daripada Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil dan ingin menurunkan ilmunya kepada peserta yang terlibat.

“Jangan hilangkan bakat yang ada, jangan tidak gosok.

“Biarpun sudah menggilap bakatnya, jangan lupa tentang pendidikan, jangan berhenti belajar.

“Kita tidak tahu apa yang akan terjadi dalam pertandingan ini. Jika kalah, ia bukannya satu pengakhiran. Pentingkan pendidikan, bila ada bakat dan pendidikan, anda akan jadi hebat,” tambahnya.

Sementara itu, El mula berjinak dalam bidang nyanyian sejak berusia empat tahun sambil memberitahu ‘Abang Nabil’ ialah idolanya.

“Abang Nabil ialah idola saya.

‘Saya juga mengidolakan Hael Husaini dan Haqiem Rusli, saya serba boleh dan boleh nyanyi apa-apa lagu sahaja,” kata El.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!